Friday, April 3, 2009

Mampukah Najib bertahan

Tuanku Mizan Zainal Abdidn YDP Agong Malaysia berkenan melantik Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam pagi tadi diistana negara.

Perlantikan beliau menerima reaksi yang berbeza.

Walaupun beberapa pemimpin pembangkang telah menghantar memorandum kepada Agong supaya menangguhkan upacara angkat sumpah perlantikan itu, namun ianya tetap diteruskan.

Tun Dr Mahathir merupakan orang yang paling gembira kerana strateginya 'menghambat' Abdullah Ahmad dari Jabatan Perdana Menteri dikira berjaya.

Najib dan Rosmah yang diikuti dan dibaluti pelbagai tuduhan skandal boleh tersenyum lebar kerana segala dakwaan terhadap mereka masih merupakan tuduhan sahaja. Tiada siapa dapat membuktikan apa-apa.

Tapi untuk berapa lama ? Ini yang menjadi persoalan. Isu Altantunya Sharibu tetap menjelma dimana sahaja Najib berada.

Masalah ekonomi, pengangguran, kenaikan harga barang-barang keperluan, PPSMI, ISA, rasuah, SPRM, PDRM, krisis perlembagaan di Perak dan pelbagai isu sedang menanti Najib.

Mampukah Najib bertahan dan untuk berapa lama ?
(Foto Malaysiakini)

No comments: