Permatang Pauh: Pertandingan tiga parti
Pengurus pilihanraya Parlimen Permatang Pauh (P 44), Roslan Yahya pagi tadi mengesah dan mengumumkan bahawa pertandingan tiga penjuru akan diadakan di kawasan tersebut melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) dan Hanafi Hamad dari AKIM(Angkatan Keadilan Insan Malaysia) .
Apapun, apa kena mengena kepetahan berbahasa Cina dengan pilihanraya kecil kali ini. Hatta orang Cina sendiri menolak kaumnya dari MCA dan Gerakan yang pandai berbahasa itu dalam pilihanraya yang lalu.
Media elektronik sejak beberapa hari ini menonjolkan Arif Shah sebagai pernah menerima pendidikan Cina dan tahu pula bahasanya.
Mungkin itu sahaja kelebihan yang ada pada calon Arif Shah untuk ditonjolkan . Arif Shah lebih Cina daripada keturunan Cina. Itulah yang perlu diberi keutamaan agaknya.
Pengundi mahukan pemimpin yang boleh mewakili mereka di parlimen. Bukan seperti pemimpin UMNO dan BN Pulau Pinang sebelum pilihanraya kedua belas yang lalu. Ketika itu, orang Melayu semakin pupus di pulau itu. Malah orang Cina dan India sudah kehilangan hak mereka.
Bagi Pengundi Permatang Pauh, air tawar secawan yang dituangkan UMNO dan BN ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya. Pertolongan yang sedikit semasa pilihanraya kecil ini tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar yang bakal dilalui selepas itu.
2 comments:
salam Tuan..
Tiba2 aje Arif Shah ni jadi antara pemimpin yang terbaik di cari oleh UMNO. Boleh cakap cina konon untuk mengmabil hati orang cina (tapi mereka snediri tak faham).. kalu lihat air muka semasa pengumumannya, macam sengal je (takut2)... tapi kalu dia boleh tumbangkan SDAI UMNO patut memberi penghormatan kepada beliau dengan jawatan NAIB PRESIDEN KEHORMAT kerana paksanggupnya oleh pemimpin2 UMNO yang lain... mereka cakap banyak tapi takut nak kedpan..
salam kl,
ada yang mengatakan arif menjadi 'bidan terjun'. jika dia kalah sekalipun, umno tidaklah malu sangat kerana masih mempertahankan DUN. wakil rakyat bisu sekalipun jika kerjanya berjalan, itulah yang masyarakat mahu. apa guna bedak, gincu dsb - jika moral, akhlak individu dan kumpulan yang dia menjadi ahli tidaklah hebat.
Post a Comment