Minyak turun : "Kami dapat apa, motosikal pun tiada"
Harga minyak turun mulai hari ini. Harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen kepada RM2.55 seliter manakala harga runcit diesel diturunkan sebanyak lapan sen kepada RM2.50 seliter.
Sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini. Di Malaysia, apa yang sudah naik tidak pernah turun. Maksud saya dari segi harga barang-barang, kos perkhidmatan dan sebagainya.
Bermakna, setelah pilihanraya kedua belas- impaknya sangat besar bukan sahaja kepada kerajaan BN malah kepada rakyat.
Apa tidaknya. Kerajaan BN bimbang jika sesuatu yang dituntut rakyat tidak dilakukan, mereka akan kehilangan kuasa. Rakyat seharusnya bersyukur kerana kuasa rakyat atau 'makkal sakti' sedang bertunas sekarang.
Jika tidak kerana kemenangan Pakatan Rakyat, jika tidak kerana pilihanraya kecil Permatang Pauh, jika tdak kerana suara rakyat, mana mungkin kerajaan BN berbuat demikian ?
Singapura dan beberapa negara lain telah lima atau enam kali menurunkan harga minyak dipasaran negara mereka. Abdullah Ahmad Perdana Menteri Malaysia dan kabinetnya sebelum ini tetap berdolak-dalik untuk mengkaji beberapa masalah teknikal sebelum harga minyak diturunkan.
Namun kerana tertekan dengan isu-isu di Permatang Pauh, Abdullah dan kabinetnya merasakan sesuatu perlu dilakukan segera tanpa menunggu lagi tarikh 1 September.
Rakyat Malaysia berharapkan agar pada 1 September ini, harga bahan api itu akan diturunkan sekitar RM2.00 seliter.
Apa yang paling penting, penduduk kampung mengharapkan penurunan harga barang-barang keperluan harian mereka seperti beras, tepung, susu, rempah dan lain-lain lagi.
"Kami tidak ada motosikal. Apa yang kami dapat dengan penurunan harga minyak" tanya Rokiah Ramli seorang pengundi di kawasan Abdullah Ahmad.
Mereka juga berharap tidak ada kenaikkan tambang bas dan pengangkutan serta perkhidmatan awam selepas ini.
"Apa lagi alasan untuk kerajaan meluluskan kenaikan tambang pengangkutan awam?" tanya Adaikalam a/l Mutthu bekas penyokong kuat Samy Vellu.
Bagi rakyat Malaysia sebagai pengguna, tekanan demi tekanan hendaklah dilakukan supaya bukan sahaja harga barang-barang keperluan harian diturunkan malah kerajaan yang ada pada hari ini diturunkan sama.
"Kerajaan BN sudah terlalu lama. Ketua-ketua mereka sudah kaya dan gemuk dengan hasil negara. Rakyat macam kita sudah kurus nampak tulang. Dia orang makan isi. Kita makan kuah. Cukuplah" marah Chor Heong dari Alor Star.
Rakyat Malaysia sekarang ibarat, air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam.
(Foto:Malaysiakini)
No comments:
Post a Comment