Saturday, June 7, 2008

Dicadangkan Tan Sri tapi...?

Manusia memang pelik. Ada yang gemar mengumpul stem, ada yang gemar memburu, ada yang gemar bersukan, ada yang suka jika diberi pingat dan bermacam-macam lagi.

Ada juga yang suka memakai pakaian dan apa sahaja yang berjenama. Oleh kerana orang lain boleh memakai yang berjenama mahal, maka ada pula yang sanggup ke Thailand membeli barangan seperti itu yang 'berjenama' juga tetapi murah.

Asalkan boleh bergaya.

Kita bimbang jika pemberian pingat mula diberikan kepada mereka yang tidak ada apa-apa jasa kepada masyarakat dan negara.

Hanya kerana wajah mereka boleh kelihatan di media setiap hari, maka dianugerahkan pingat. Saya bimbang apabila pelakun-pelakun iklan yang tiada apa-apa khidmat dan bakti kepada masyarakat dan negara mula menuntut pingat hanya kerana wajah mereka kelihatan dimedia setiap hari.

Atau, dibimbangkan juga apabila kasut berjenama dan kasut palsu sudah tidak dapat dibezakan.

Maka hilanglah ketinggian nilai sesuatu yang asli. Ramailah akan berlakun, seperti kera mendapat bunga. Tidak sama kuntuman bunga asli biarpun ada bunga kertas dan plastik.

Hilanglah aroma dan semangat kejujuran. Tidak kira siapa yang terlibat.

2 comments:

kulatlapok said...

BUKAN SAJA DARJAH, PINGAT ATAU BINTANG YANG DIAORANG NAK KUMPULKAN, MALAH KALAU BULAN TU BOLEH DIPELUK ITUPUN JADI REBUTAN.

PS* KESIAN GOLONGAN PETANI DAN NELAYAN MEREKA SUMBANG UNTUK NEGARA TAPI TAK DAPAT APE PUN PENGHARGAAN DARI KERAJAAN.
WALLAHUALAM.

http://www.kulatlapok.blogspot.com

AFRAR YUNUS said...

salam sdra kl,
sangat tepat kenyataan sdra. petani, nelayan, penoreh dsb yang bukan sahaja membanting tulang untuk diri, keluarga, masyarakat tetapi juga untuk meningkatkan produktiviti negara, diabaikan untuk kesekian waktunya. berapa ramai daripada mereka yang mendapat pingat?
sdra,
nampak seperti sudah menjadi adat bilamana 'manusia bertopeng' diutamakan. belum lagi apabila kedengaran, pingat boleh dibeli, dicalunkan sendiri, menggunakan kawan dalan jawatankuasa pemberian pingat dll. entah betul entah tidak tapi kelihatan, jalannya menuju ke arah itu.