Friday, June 13, 2008

Sudahlah Tajol Rosli


Tajol Rosli bersuara lagi.

Sebenarnya serah tugas di jabatan atau mana-mana organisasi, tidak perlu dipanggil atau dihamparkan kapet merah.

Orang yang menyerah tugas dan orang yang menerima tugas tahu tanggungjawab dan peranan masing-masing.

Entah-entah Tajol Rosli, bekas Menteri Besar Perak ini tidak mempunyai fail meja pun.

‘‘Majlis penyerahan tugas sepatutnya dibuat awal, bukan orang itu sudah masuk pejabat berhari-hari baru hendak dibuat" kata Tajol.

Inilah orang politik. Cakap tak serupa bikin. Mungkin Setiausaha Kerajaan Negeri Perak tidak memaklumkan prosidur serah tugas kepada Tajol. Tajol yang perlu serah tugas kepada Nizarkah, atau Nizar yang perlu serah tugas kepada Tajol ?

Menyorok dan menangis berhari-hari tanpa mahu jumpa orang ramai, apa ceritanya? Macamana nak serah tugas ?

Wang berjuta-juta yang dibelanjakan dalam tempoh singkat sebelum pilihanraya, dimana penyata kewangannya. Kawasan balak yang dianugerahkan kepada 'sahabat-sahabat' termasuk kepada lima jutawan di Keroh, adakah ketelusannya.

Sudahlah Tajol !

Gambar : Detikdaily

9 comments:

Anonymous said...

salam saudara.
orang dekat2 kita pun apa kurangnya. dapat naik pangkat tak mau2 pindah. 27 di situ, 32 pun di situ dan dapat 41 pun nak dok di situ juga. siap pasang kabel sana sini. kena karan baru tau. takkan tak mau2 keluar kot. orang hebat kena keluar. kalau macam tu mana ada serah menyerah tugas. asyik dok buat kerja yang sama saja sejak dari tahun 1993.
apa pandangan saudara?

Anonymous said...

Semasa dia jadi MB Perak dulu tidak ada apa pun pembangunan yang dibawa.Tajul hanya merupakan MB macam kakitangan kerajaan yang hanya menunggu mendapat gaji pada hujung bulan.Lihatlah negeri Perak sekarang ini, ekonomi yang mundur walhal ia mempunyai hasil kekayaan yang banyak.Itulah sebabnya ramai anak negeri berhijrah kenegeri lain untuk mecari rezeki.Alangkah ruginya....

AFRAR YUNUS said...

salam sahabat,
macam boleh berbau siapakah gerangannya. alhamdulillah, sahabat -sahabat menjengok ke blog kerdil ini.itulah, jika boleh nak buat pejabat dalam rumah. bekas boss kl dulu kata, cari atau jadilah taukeh kedai barang runcit. tak payah pi mana. buka kedai depan rumah atau tepi rumah. senang bini nak jengok ke..suami nak balik ke..
satu lagi sdra,
hebat kah depa tu. macam kata sdra lah, try pi tang lain tengok. baru teruja.bukan sahaja fail meja takdak, kerja pun tergantung sana-sini. depan boss, sikit punya cantik kah? yg boss depa pun satu 'haghu' juga. tak kenal yg mana intan, yg mana kaca. selamat bertugas. jangan jadi macam Tajol Rosli dan macam kawan kita tu sudahlah..marah Ustaz Azizan nanti.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra ahmad,
kelmarin MRSM Keroh dah dibuka. pelajar pun dah masuk. kem PGA dalam pembinaan. projek-projek yang lain tu, kena tanya Tajol Rosli, 5 jutawan di Keroh, Hasbullah bekas su Tajol, dll penasihat .apakan daya, bn ditolak rakyat. tajol mimpi nak letak jawatan pengerusi bn, pengerusi umno, adun keroh - entah bila pula?

kulatlapok said...

Salam Alkerohi,

Bila UMNO jadi pembangkang, tak boleh terima, mulahlah cari kesalahan orang lain. Satu jari menuding, rupanya empat lagi untuk diri sendiri.

PR baru tak sampai setahun memrintah, dah mcam2 dikatanya malah tak mampu untuk melaksanakan janji2 manifestonya.

Pada hal mereka berpuluh-puluh tahun memerintah (mcam ahmad said kata kerja tunggu gaji je) sepatutnya dah banyaklah pembangunan.

Yang lebih malang lagi rupanya masih ada ramai lagi rakyat Perak dibelenggu kemiskinan. Ini bukannya berita palsu (TV3suku yang keluarkan). Bila keluar TV, JKKK dan pemimpin UMNO pun sibuk sama muncul berlakon.

Konon dalam TV tu mereka lah yang perihatin nasib rakyat. Rupanya meereka kena hukum oleh rakyat dalam PRU12.

Lahni pulak sibok dah nak perhimpunan Agung. Masing-masing dah mula cari publisiti dalam media. Kalau tak hentam PR mungkin buat-buat sibuk adakan majlis amal.Takpun buat-buat isu, yang orang lain boleh sokong dia.

ps* Saya cuma ada FAIL YANG BEKERJA bukan FAIL MEJA YANG TEPERAP.

http://www.kulatlapok.blogspot.com

AFRAR YUNUS said...

salam sdra kl,
kebanyakkan kawasan parlimen dan dun selama ini dikuasai oleh umno dan bn. tidak banyak kemajuannya. tapi dalam pru ke 12 yg lalu, apabila pakatan rakyat memenangi kawasan tersebut yg belum sampai pun 4 bulan,telah kedengaran suara-suara sumbang dari kalangan bn iaitu, 'apa yg pakatan rakyat buat'. jenis manusia semacam ini, tidak sedar diri. 50 tahun dia memenangi kawasan itu, apa yg telah dia buat? lebih malang lagi, orang kita ini mudah lupa.
media utama adalah milik kerajaan persekutuan, kerajaan umno dan bn. tidak boleh dipercayai 100%.

Anonymous said...

salam semuanya,
Sememangnya BN sudah alpa semua kerana banyak yang sudah lali dan nyanyok dengan hasil kekayaan yg diperolehi mereka hinga tidak tahu mana yang halal dan mana yang haram. Hanya kita beserah dan berdoa agar malaysia akan diperintah olih seorang yang berwibawa dan telus demi rakyat dan keseluruhannya dan saya percaya satu detik dan saat Pati Pembangkang khususnya (PKR) akan melakar satu sejarah dalam MALAYSIA untuk pertamakalinya memerintah Malaysia dalam abad ini. Isyallah....Amin..!!!

Unknown said...

Si Tajol muluk ni mmg lembap..konon nak majukan kawasan dia jer(Gerik). 2x5 jer dgn Ramli Ngah Talib.
Alhamdulillah MB Nizar nmpk agresif & tegas. Cumanya Dap kena hormati & beri penuh kerjasama utk memajukan negeri Perak ni.

ashrafkhidzar.blogspot.com

AFRAR YUNUS said...

salam sdra ashraf,
sudah berapa tahun tajol dipersada politik hulu perak dan perak. kroni-kroni dia menjadi kaya. namun, kawasan yang diwakilinya, terus seperti itu. saya teringat kata-kata sanusi junid, tajol adalah pegawai mara yang paling lembam. ketika itu tajol berkhidmat sbg peg mara. dah jadi yb pun, masih spt itu.