Friday, June 6, 2008

Harga minyak naik, raya untuk Malaysia

Apakah kerajaan menindas pengguna dengan kenaikan harga bahan bakar di Malaysia ?

Baru pada minggu yang lepas Shahrir Samad mengumumkan bahawa kemungkinan harga minyak akan naik. Itupun dijangka pada Ogos akan datang.

Tiba-tiba pada 4 Jun 2008, kenaikan 40% dikhabarkan kepada rakyat.

Mukhriz Mahathir, Ahli parlimen Jerlun dipetik sebagai berkata keputusan yang dibuat bagi menaikkan harga minyak yang berkuatkuasa 5 Jun, terlalu drastik dan tidak boleh diterima rakyat.

Manakala Tun Dr Mahathir pula menulis, berdasarkan kepada keuntungan yang diperolehi oleh syarikat minyak negara, Petronas, kerajaan sebenarnya mampu untuk mengekalkan subsidi bahan bakar itu.

Malaysiakini melaporkan, rakyat membuat bantahan dengan tunjuk perasaan aman di Ipoh dan di Kuala Lumpur.

Seperti yang dilaporkan Harakah, Pengerusi Lujnah Pengguna PAS Pusat Dr Mariah Mahamud berkata, rakyat negara ini saban hari terbeban dengan kenaikan minyak dan akibatnya pasti akan mendorong kenaikan harga barangan lain.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pula berkata, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak ini pasti akan melonjakkan lagi harga barang tanpa mampu dibendung dan ditanggung rakyat.

Haji Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat pula menyifatkan tindakan kerajaan menaikan harga minyak sebagai 'melampau'.

Lim Kit Siang pula menulis di dalam blognya "In the previous oil price increases in February 2006, the government promised radical improvements in the public transport system – but nothing has come out of it".

Dalam pada itu Penganjur Gabungan Anti-Inflasi (Protes) berharap akan dapat menghimpun 100,000 orang pada 12 Julai ini untuk mendesak kerajaan supaya mengurangkan harga minyak ke paras asalnya.

Apapun, bolehkah kerajaan Abdullah Ahmad pastikan harga barangan kekal dan tidak naik ?

TNB dengan murah hati telah mengumumkan kenaikan tarif elektrik bermula 1 Julai 2008.

Manakala, Persatuan kenderaan pengangkutan Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah mengumumkan kenaikan tambang 30%.

Bolehkah harga barang keperluan rakyat dikekalkan ?

No comments: