UMNO meraih simpati, baru sedar ia ditolak
Setelah menerima kekelahan dalam pilihanraya yang lalu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Sazmi Miah yang bangun dari tidur dan mula merayu kepada orang ramai untuk memberikan pandangan dan menegur mereka.
Dari percakapannya dapatlah diandaikan bahawa kini mereka sedar bukan sahaja kakitangan awam malah golongan muda telah meluat dengan UMNO.
Amran Ali, 47 seorang penduduk dari Baling memberitahu beliau telah menghubungi pejabat Subahan Kamal hampir dua belas kali meminta bantuan tentang penyakit anaknya tetapi sampai ke hari ini tiada tindakan walaupun dua tahun yang lalu ada pegawai dari pejabat UMNO Kuala Lumpur itu menghubunginya.
Seorang kakitangan kerajaan dari Penaga Kepala Batas, kawasan Parlimen Abdullah Ahmad yang enggan dikenali memberitahu sudah lima kali beliau e-mel masalahnya kepada Reezal Merican, anak Naina Merican, penjual tabung gas makanan di Kepala Batas satu ketika dulu yang kini menjadi Setiausaha Politik Menteri Kewangan dan juga dikatakan seorang jutawan muda, tidak mendapat reaksi daripadanya.
Mariah Ramli, 36 seorang ibu tunggal yang tidak mendedahkan masalahnya kepada media tetapi memberitahu ada menghubungi pejabat Azeez Rahim atau dikenali sebagai Azeez Rempit tidak mendapat layanan.
"Nombor 4765437 kak hubungi sampai letih. Kerani perempuannya memberitahu telah menyerahkan perkara itu kepada Dato' tetapi tidak juga dapat membantu" kata Mariah.
Oleh kerana sudah kalah, UMNO yang memerintah 50 tahun, baru sedar bahawa mereka perlu menerima teguran.
Parti politik Melayu yang tidak sedar diri dan tidak dapat membantu bangsanya sendiri apatah lagi menolong orang Cina, India, Siam dan lain-lain lagi seperti sudah kehilangan arah.
UMNO dan BN satu parti yang dibarisi oleh mereka yang hanya mementingkan tembolok sendiri, tembolok keluarga, kroni dan kenalan mereka sahaja.
Hasil 'ditolak' orang ramai dalam pilihanraya yang lalu, kini mereka mewujudkan blog pula dalam usaha meraih simpati dan mengabui orang ramai supaya mereka diterima semula oleh rakyat.
Terus bergantung kepada UMNO, bermakna nasib rakyat Malaysia ibarat " daun kering ditiup angin di tengah padang".
4 comments:
Salam alkerohi,
Selepas kemenangan PRU11, mereka mendakwa Pak Lah mengembalikan kegemilangan UMNO/BN apabila TDM mempalitkanya coretan hina kepada DSAI.
Kemenagan besar itu membuatkan pemimpin UMNO terus mendabik dada bahawa parti terbesar itu saja yang layak memerintah bumi bertuah ini dan tiada parti lain yang layak selain daripada UMNO/BN.
Setiap kali perhimpunan UMNO (sejak dulu lagi) maka bahas-membahas, pantun- memantun, lawak jenaka, hilai tawa dan sorak gempita dengan laungan hidup UMNO! Hidup Melayu! bergema di akhir majlis.
Mereka mendakwa bangsa melayu telah dibela. Berbagai cadangan dan ulasan telah diberi oleh pemimpin2 kanan malah pengnalisis politik/ekonomi bahawa UMNO telah membawa pembaharuan kepada kehidupan bangsa melayu. (tetapi kutuk negeri Kelantan yang sahihnya benar-benar Melayu Islam).
Akhirnya mereka terus lena dibuai mimpi seperti mendapat tilam dan bantal yang empuk. Tetapi rupanya mereka lupa masih ada lagi melayu yang tinggal seperti zaman 40an yang tidak mempunyai kemudahan asas. Hidup merempat dan jkkk pun tak kenal walaupun dalam kampung.(dibuktikan oleh TV3suku) .Bagaimana mereka kata mereka telah berjuang untuk bangsa mereka?
Ps* Yang mereka perjuangankan kalau ditolak kira ada masyukkk.
http://www.kulatlapok.blogspot.com
salam kl,
UMNO parti politik terbesar di dunia, spt kata ali rustam. wah!hebatnya pemidato-pemidato politik Umno. bersyarah seperti sukarno. mengglokalkan melayu kampung, dan mengangkasakan kebanyakkan projek rakyat. akhirnya bukan sahaja melayu kampung, majoriti rakyat malaysia terpaksa berhutang dengan ptptn. tanggungjawab asas pun sudah ditelan oleh buaya-buaya ini, apalagi nak diharapkan dari mereka.
sdra,
saya teringat kisah filem P Ramlee, antara dua darjat.wah!hebatnya UMNO.
Hopefully people can still survive and have something to eat and to cherish in life...
I am wondering what happen to the government? Cutting subsidy, price increase? Are we run put of money? Is the country is desperate for money? Anymore money left in the Bank Negara?
Recession may be inevitable, but the government need to make sure that the impact can be soften for those with less money.... Not following the capitalism idea ... the poor is getting poorer and the rich is getting richer...
salam sdra,
if anyone still wants to absorbs the pm's ideas, i think it will probably make them to deserve it.
bn should ensure the people that our monetary systems are still functioning.
Kampung peoples are very effected by the situations. More effort should be taken by the government to overcome the problems.
in the other posting, i mentioned abaout the P Ramlee's film Antara Dua Darjat.i hope that we will aware about that.
Post a Comment