Sunday, June 8, 2008

Salahuddin : Mana penyata Petronas

Rakyat sahaja berjimat cermat dan perlu ubah gaya hidup ?

Apa kata pak-pak menteri?

Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS mencadangkan elaun yang dinikmati menteri dipotong sebagai salah satu langkah penjimatan wang kerajaan.

"Kerajaan tidak mengumumkan sebagai contoh nak kaji semula elaun semua menteri. Jangan hanya meminta rakyat sahaja berjimat tetapi mereka (menteri) tidak mengamalkan kehidupan yang menunjukkan mereka berjimat," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Dewan Pemuda Pas.

Salahuddin juga mahu kerajaan mendedahkan penyata kewangan Petronas.

Apa cerita Salahuddin ni. Minta benda yang berada di dalam kelambu Pak Lah dan keluarga serta kroninya. Mana boleh?

Ahli UMNO yang taat setia 'membabi buta' itu pun tidak diberitahu. MCA, MIC dan Gerakan yang berkawan sejak merdeka lagi tidak tahu.

Takkanlah nak beritahu PAS


4 comments:

kulatlapok said...

KALAU SEPERTI KATA PAK LAH RAKYAT MENJADI AGENDAA UTAMA BN IAITU 'TRADISI MEMBELA RAKYAT'. TRADISI IAITU SATU PERBUATAN KEBIASAAN ATAU SUDAH LAMA ATAU TAK PEERLU DISANGKAL LAGI ATAU SEPERTI SUDAH JADI TANGGUNGJAWAB. KENAPE PULAK TIDAK BOLEH SALAHUDDIN POHON PENYATA KEWANGAN PETRONAS.

KALAU PAK LAH BENAR IKHLAS, RAKYAT PERLU TAHU WALAUPUN DALAM KELAMBU PAK LAH. JIKA INI DIPENUHI, MORAL DAN KEPOPULARAN PAK LAH ADE KEMUNGKINAN NAIK SIKIT ATAS. AGAKNYA LAH.

http://www.kulatlapok.blogspot.com

Anonymous said...

Inilah contoh Pemimpin Islam Hadhari... Ader Had & Ader Hari...
Cemerlang, Gemilang & TEMBERANG!!!!!

AFRAR YUNUS said...

salam sdra kl
ibarat seorang 'tuan' yang telah meminta pekerjanya menjaga segala harta bendanya, lalu apabila ditanya tuan tersebut - dimana keretanya, berapa banyak ladang getahnya mengeluarkan hasil dsb - maka tidak dimaklumkan atau berdiam diri pekerja itu. normalkah?
spt kata sdra, rakyat atau tuan tadi perlu tahu biarpun ianya disorokkan di dalam kelambu.
rakyat malaysia masih waras sdra. jika tidak sudah lama dimusnahkan kelambu itu

AFRAR YUNUS said...

salam anak tumpat,
susoh nok sebuk namo (gurau).
politikus mencari kuasa, memperguna dan cuba mempengaruhi masyarakat, maka kitalah perlu bertindak sebagai penstabil dalam menerima pelaksanaan nya.
tk.