Chua Soi Lek: Pergi Secara Bermaruah ?
Chua Soi Lek, Menteri Kesihatan Malaysia yang meninggalkan persada politik Malaysia yang disertainya sejak tahun 1982, kini berusia 60 tahun.
Hari ini merupakan satu detik yang pasti tidak dapat dilupakannya. Samada pembunuhan kariernya dirancang atau tidak, itu satu persoalan lain.
Samy Vellu masih bermaharajalela. Kebangkitan Hindraf menyedarkan masyarakat Tamil di Malaysia bahawa Samy bukan lagi 'seperti tuhan' yang mereka anggap. Istana dan kolam mandi di rumah Samy harganya melebihi keringat beratus kaum Tamil yang membanting tulang pagi dan petang. Belum lagi aset peribadi, keluarga dan kroninya.
Ketua UMNO bahagian Chua, apa khabar ? Menjilat dan menghunus keris biarlah bertempat. Takkanlah kes zina, arak, bunuh, rogol, rasuah, seks dan sebagainya menjadi agenda perjuangan UMNO Hadhari.
Maruah Chua Soi Lek adalah 'lebih tinggi' dari anda dan bekas Ketua Menteri anda yang terpalit dengan isu merogol puteri sebangsamu. Entah ia entah tidak, tapi itulah yang menjadi cakap-cakap anak kampung yang bertamadun.
Chua meninggalkan politik Malaysia sebagai seorang pengamal demokrasi dan bukan pengamal Hadhari. Kesilapannya diperbetulkan dengan permohonan maaf dan meninggalkan tanggungjawabnya secara 'anak jantan'.
Ia tidak menegakkan benang yang basah. Lebih baik dari mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan wanita Monggolia. Lebih baik dari mereka yang dikaitkan dengan isu 'cucu kepada nenek Pendek'. Lebih baik dari mereka yang merompak harta negara. Lebih baik dari mereka yang menyelamatkan perasuah, perogol, pengkhianat negara dan penderhaka kepada rakyat.
Pengamal Hadhari mengaut keuntungan untuk diri sendiri, anak, menantu, kenalan, kroni, dan suku sakat.
Mereka membiarkan agama dan bangsa djadikan batu loncatan memenuhi keinginan hawa nafsu."Biar pecah diperut jangan pecah dimulut".
2 comments:
Saudara sebagai pelajar media, tentunya lebih memahami apa yang disebutkan sebagai "crisis management" hehehe
salam saudara
apa yang membimbangkan kita ialah paradigma pergelutan kuasa politika Malaysia kurang dilihat dari nilai dan norma serta peradaban deen dan kebudayaan (demokrasi).
sdra,
peribadi juga memainkan peranan dalam pengurusan. apakah tidak begitu.
sdra adalah pakar dalam pengurusan.
(selalu melawat teratak kembara)
Post a Comment