Bomoh : Omongan Kosong Sahaja
Bomoh-bomoh yang mendakwa boleh mengubati pesakit, mengetahui di mana orang hilang, manaikkan kedudukan orang tertentu dan pelbagai lagi terutama sekali dari kalangan orang Islam di Malaysia bukan sahaja memalukan umat Islam malah menjatuhkan moral mereka sendiri dipandangan umum.
Bomoh, pawang atau perawat secara tradisional pada mulanya menggunakan ayat-ayat Quraan dan tumbuh-tumbuhan untuk rawatan tetapi kini terlalu ramai bomoh yang mengambil kesempatan di atas penderitaan orang lain untuk menipu. Mereka bukan sahaja menggunakan kuasa roh, kuasa alam sekeliling, kuasa jin dan sebagainya, malah mereka mengambil peluang merosakkan akidah orang ramai.
Bukan setakat itu, ada yang menjadikan pesakit sebagai mangsa seks mereka.
Memang, penentu segala-galanya adalah Allah swt. Malangnya, ramai masyarakat
Bagi saya, lebih baik cara rawatan moden di hospital-hospital atau rawatan ayurvedic, homeopathy dan sebagainya.
Apa yang dapat bomoh buktikan. Menipu dan tidak telus sepanjang masa dengan memberikan contoh-contoh dan andaian palsu yang direka-reka. Menuding jari dan menyalahkan jiran-jiran dan saudara-mara sebagai punca masalah.
Jika kita minta mereka buktikan atau tunjukkan pesakit yang berjaya dipulihkan, mereka akan memberitahu tidak ada alamat, percaya dan yakinlah untuk menerima kejayaan rawatan, jangan banyak menyoal dan pelbagai tipu daya yang digunakan.
Jika dibiarkan khidmat bomoh berterusan, tunggulah saat kehancuran akidah dan kerosakkan akhlak masyarakat. Sembilan puloh sembilan peratus (99%) bomoh di
Jika mereka benar, sudah tentu mereka dapat buktikan kejayaan mereka secara saintifik atau secara hitam putih.
Bolehkah penyakit parkinson's dirawat secara berurut ? Adakah pankreas dapat dipulihkan dengan jampi serapah ? Berapa ramai pesakit barah payu dara boleh dipulihkan dengan sireh yang dimentera ? Tulang yang patah bolehkah disambung dengan mengurut?
Tidak ada bukti. Hanya omongan kosong sahaja.
Bomoh-bomoh di Malaysia sepatutnya mencari kerja lain. Mereka perlu ingat bahawa tanggungjawab mereka bukan sahaja terhadap diri mereka sendiri tetapi juga kepada anak isteri, masyarakat dan Allah swt.
No comments:
Post a Comment