Kita Sokong Siva SUHAKAM
Semasa mula-mula memegang jawatan Presiden CUEPACS, N. Siva Subramaniam diharapkan dapat membawa perubahan di dalam kesatuan sekerja yang terbesar itu.
Ketika di bawah kepimpinannya, banyak tuntutan kesatuan itu dikatakan tertangguh dan memerlukan tindakan segera.
Saya difahamkan, dalam beberapa road-show ke Perlis, Kedah, Kelantan, Selangor dan beberapa negeri yang lain, anjuran CUEPACS di bawah kepimpinan barunya Saudara Omar Osman, banyak rungutan yang dikemukakan ahli CUEPACS terutama sekali tentang Siva.
"Jangan jadi macam Siva sudahlah. Sudah dapat Dato', dia sudah bernada lain..." kata mereka mengingatkan Presiden baru kesatuan yang mereka menjadi ahlinya .
"Dulu kita sokong Siva SUHAKAM ini. Lepas tu lain macam pula dia" merungut mereka lagi.
Terkini, apabila Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mendesak agar Pesuruhjaya Suhakam, Dato’ N. Siva Subramaniam meletakkan jawatan daripada suruhanjaya tersebut berikutan kenyataannya bahawa polis tidak menggunakan kekerasan dalam perhimpunan 100,000 rakyat pada 10 November lalu membuatkan ramai yang teringat akan gelagat Siva semasa memimpin kesatuan sekerja tersebut.
Kata mereka lagi, "Orang macam Siva tidak sepatutnya berada di dalam satu organisasi yang menuntut keadilan dan menjadi orang tengah. Lebih-lebih lagi SUHAKAM. Dia ini senang berubah mengikut selera".
No comments:
Post a Comment