Adakan BERSIH serentak di beberapa lokasi
Agenda pertama BERSIH telah diadakan dengan jayanya pada 10 November 2007. Isu berapa ramai yang terlibat dalam perhimpunan itu adalah soal kedua. Jika ditanya kepada Zainuddin Maidin, sudah tentu dia akan mengatakan, "hanya 400 orang sahaja".
Namun, dalam peristiwa keramat itu, pelapor beritanya bukan dari RTM sahaja. Malah media alternatif dari Malaysia dan dari media antarabangsa termasuk para blogger juga terlibat.
Kini, RTM melalui tv1 dan tv2 saban hari menyiarkan berita , rencana, kupasan dan temubual daripada pelbagai pihak. Hasilnya, orang ramai semakin percaya dengan kecacatan maklumat dan masej yang ingin disampaikan. Masyarakat semakin nampak betapa pembohongan yang dilakukan oleh RTM.
Hatta, menteri bengap politik dari UMNO, Nazri Aziz dan menteri mangkak realiti kehidupan dari parti yang sama, Zainuddin Maidin didapati gagal mempromosikan demokrasi ala Malaysia. Lantaran penyiaran Al Jazeera juga cuba dikawal mereka.
Masyarakat Malaysia semakin gelisah dengan kenaikkan harga barang-barang. Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan oleh Menteri Penggunanya yang gemar berpidato seorang diri di hadapan cermin.
Ramai yang sependapat dengan cadangan Anwar Ibrahim agar agenda kedua BERSIH hendaklah menghimpunkan lebih ramai manusia bukan sahaja dalam menuntut pilihanraya yang bersih malah melahirkan ketidakpuasan tentang kenaikkan harga barang-barang, peningkatan kos sara hidup, pembasmian rasuah dan sebagainya.
Mereka juga mencadangkan agar perhimpunan kali ini dapat diadakan serentak di beberapa buah negeri. Biarlah Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Terengganu dijadikan sasaran berikutnya.
Selama ini beribu masalah dibangkitkan. Namun lena PM Malaysia sedap seperti itu juga. Tiba-tiba apabila terhidu gelombang kuning, penasihatnya yang juga menantunya, Khairy Jamaluddin orang pertama yang bersuara dalam Perhimpunan UMNO meminta pihak Polis menyekat aktiviti murni BERSIH.
Selepas dua hari menantunya yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan yang seolah-olah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa termasuk PDRM, maka bersuaralah pula PM yang serba tidak tahu ini.
Rupa-rupanya ada ubat untuk membuka mulut PM Malaysia yang selama ini digelar dan dianggap sebagai 'bisu'.
"Perhimpunan dan luahan hati" berpuloh ribu manusia merupakan ubat mujarab yang ada pada rakyat untuk memulihkan minda kabinet PM Malaysia yang 'mangkak' itu.
Pada hemat saya, Musa Hassan Ketua Polis Negara cukup bimbang dengan risiko yang bakal diterimanya jika dia melaksanakan arahan membabi buta KJ dan budak-budak di tingkat empat dalam isu seperti ini.
Atau, menimbang-nimbang perlukah arahan diterima daripada orang yang pantang dicabar demi melingkupkan masa depannya di hadapan rakyat.
Sudahlah Rahim Noor bekas KPN meninggalkan perkhidmatan Polis Malaysia dengan begitu hina. Apakah Musa ingin mengulangi kejelekkan tersebut ?
Biar siapa jua memberikan arahan. Baik PM atau menantu PM.
Perhimpunan yang dibenarkan undang-undang tidak sepatutnya menjadikan Musa dan PDRM sebagai kambing hitam PM dan menantunya.
Mana ada catatan sejarah tamadun bangsa dan negara yang menyatakan, 'kebangkitan rakyat telah dimusnahkan oleh pemerintah dan bala tenteranya".
Untuk sementara waktu memang ada, tetapi bukan untuk selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment