Monday, June 11, 2007

CUEPACS, "PTK"kan semua wakil rakyat di Malaysia


Presiden CUEPACS Hj Omar Osman pada hemat saya bermati-matian menjelaskan kepada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Awam tentang kelemahan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dijadikan syarat kenaikkan pangkat dan anjakkan gaji kakitangan perkhidmatan awam sejak tahun 2003.


Penjelasannya seperti mencurahkan air didaun keladi.


Ekoran dari itu saya mengesyorkan kepada Saudara Omar agar mencadangkan kesemua Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan wakil rakyat diwajibkan menduduki PTK. CUEPACS boleh meminta supaya Ketua Setiausaha Negara dapat merangka format peperiksaan untuk golongan ini.


Setiap hujung tahun, pengundi dan juga penduduk kawasan pilihanraya berkenaan diberikan borang untuk menilai prestasi wakil rakyat masing-masing. Jika markah mereka melebihi 90% bermakna perkhidmatan wakil rakyat berkenaan boleh dilanjutkan.


Jika markah yang diperolehi ialah 80%-90%, maka pelbagai elaun bulanannya hendaklah dipotong 30%. Kalau markahnya 70%-80%, bermakna tahap kerja atau prestasinya kurang atau tidak memuaskan. Gajinya hendaklah dipotong 20%. Jika di bawah 70%, pilihanraya lain perlu diadakan di kawasan berkenaan.


Cadangan ini sepatutnya mendapat sokongan ramai.


Namun begitu, ketika berada di Putrajaya baru-baru ini, saya sempat bertanya pandangan beberapa orang kawan yang sedang bekerja di pelbagai jabatan kerajaan. Ada yang kurang bersetuju berlandaskan beberapa faktor. Diantaranya mereka bersimpati dengan wakil rakyat di Malaysia yang dikatakan langsung tidak suka membaca. Kerja-kerja mereka juga ditunjuk ajar oleh pegawai di kementerian masing-masing. Jawapan kepada soalan di Parlimen, kepada media, teks ucapan, susunan aktiviti harian dan sebagainya disediakan oleh penjawat awam.


Ada juga yang berpendapat Samy Vellu, Zainuddin Maidin, Rafidah Aziz, Nazri Aziz, Abdullah Zin, Lim Keng Yaik, Ong Ka Ting, Hishamuddin, Shazmin Mansor, Masitah, Sazmi Miah, Noh Omar, Veerasingam, Shahrizat, Shafie Apdal, Chua Soi Lek, Teuku Adnan, Johari Baharom, 2 Badut di Parlimen dan yang lain-lain ini sudah pasti bakal merupakan kumpulan pertama yang akan gagal. Mereka tidak rela perkara ini berlaku.


Atas dasar apa? Kasihan, sayang, benci atau apa?


Ramai juga yang berpendirian, kebanyakkan daripada wakil rakyat dikhuatiri mendapat markah di bawah 20% terutama sekali di kawasan parti pemerintah yang kelihatan mempunyai trend menunaikan janji pilihanraya sewaktu berlakunya kematian wakil terdahulu. Sudah tentu memalukan negara kita. Ada juga yang mengatakan wakil rakyat di Malaysia kurang berkualiti dalam membela nasib rakyatnya.


Ramai yang meminta Hj Omar Osman berfikir semula. Kata mereka, majoriti kakitangan awam bersetuju kabinet dan wakil rakyat di "PTK"kan. Apa masalahnya pula dengan CUEPACS. Lepas di "PTK"kan wakil rakyat nanti, mereka bolehlah melihat kebaikkan PTK apabila golongan yang jatuh menjunam macam buah nangka busuk bergelimpangan di hadapan pintu utama Jabatan Perkhidmatan Awam.


Golongan mana yang lebih ramai. Penjawat Awam atau ahli politik ?


Sudah tentu Samy dan camca-camcanya kelihatan tertiarap di atas keputusan PTK mereka.

2 comments:

Deanz said...

Salam..

Bayangkanlah Samy Vellu, Zainuddin Maidin, Rafidah Aziz, Nazri Aziz, Abdullah Zin, Lim Keng Yaik, Ong Ka Ting, Hishamuddin, Shazmin Mansor, Masitah, Sazmi Miah, Noh Omar, Veerasingam, Shahrizat, Shafie Apdal, Chua Soi Lek, Teuku Adnan, Johari Baharom, 2 Badut di Parlimen pegang pensil duduk dalam dewan periksa terkulat2...muka nampak skema, masa tinggal 10 minit tapi tak habis lagi dok belek mukasurat pertama... :D

alkerohi said...

salam sdra
saya difahamkan soalan PTK selalunya terkeluar dari bidang kerja kakitangan awam walaupun ada soalan yg bertepatan dan bersesuaian. spt sdra menulis, bimbang dok belek kertas soalan muka pertama, masa dah nak habis. puak menteri dan w rakyat ni teori dia ok lah, praktikalnya mencelarukan. t.kasih sdra.