Lina Joy - Jahannamnya Erti Kebebasan Human Rights
Anda berkahwin tetapi tidak memberikan nafkah kepada isteri anda. Kemudian anda menderanya. Jika ada yang mempersoalkannya, anda beritahu satu dunia - 'ini demokrasi. Ini hak saya. Ini hak kebebasan manusia"
Anak anda mencuri dan merogol. Bila dia ditangkap polis, anda jerit dan beritahu, "ini kebebasan yang sepatutnya dimiliki anak saya. Tidak ada sesiapa yang sepatutnya melarang anak saya dari berbuat sedemikian".
Anak anda bersetubuh dengan anda setiap hari. Anda gembira dan maklumkan kepada satu dunia, " ini hak kebebasan yang anda dan anak anda sepatutnya nikmati di bawah teriakkan human rights".
Biarkan anak gadis anda dirogol oleh setiap kawan lelaki mereka di sekolah dan di universiti. Perogol adalah dari kalangan yang mengamalkan demokrasi, kebebasan dan memiliki human rights sejagat. Biarkan anak anda dimengandungkan oleh pejuang human rights. Biarkan anak anda melahirkan anak-anak (haram) pejuang human rights.
Kenapa kita mahu sekolah menguatkuasakan peraturan dan disiplin. Biarkan sekolah-sekolah , universiti dan tempat kerja ini menjalankan human rights penghuninya.
Tawaran untuk mendapatkan pembantu rumah dari negara Cina. Anda bimbang suami anda digoda kaum sejenis anda dari negara Cina. Anda melaungkan hak anda kepada kerajaan Malaysia bahawa pembantu rumah jenis ini tidak sesuai. Bagaimana pula hak kebebasan suami anda dalam hal ini ? Apakah hak pembantu rumah dari negara Cina ? Di mana human rights mereka ?
Anda disepak dan diterajang oleh anak anda lalu dihumban ke rumah orang tua. Anda sepatutnya mendiamkan diri kerana itulah hak human rights anak anda. Biarkan dia menjalankan nilai demokrasi dan haknya sebagai manusia.
Negara anda diserang. Anda berpeluk tubuh. Biarkan penjenayah mencerobohi kedaulatan negara anda. Itu hak human rights penceroboh ?
Biarkan isteri anda disetubuhi lelaki pelbagai jenama. Biarkan di atas nama human rights. Lelaki lain juga berkeinginan dan bernafsu melihat isteri anda? Sanggupkah di atas nama kebebasan ?
Ini baru sekadar pencapaian akal manusia. Belum lagi bidang, hak dan kuasa tuhan yang tidak tercapai oleh kebijaksanaan pemikiran manusia.
Wahai pecinta demokrasi dan pejuang humanrights, bezakan tanggungjawab dan kebebasan human rights.
Bezakan hak ibu untuk disetubuhi anak yang memperjuangkan kebebasan, bezakan tanggungjawab isteri yang ingin disetubuhi ramai lelaki di atas nama human rights, bezakan hak human rights melahirkan anak-anak haram (sudah ada hak homoseks di negara barat, sudah ada hak lelaki berkahwin lelaki) dan bezakan peraturan dan disiplin yang bernama tanggungjawab.
Oleh itu setiap agama mempunyai peraturan dan disiplinnya.
Biarkan orang Islam menjaga peraturan dan disiplin penganutnya. Adakah anda bersetuju anda sepatutnya dibiarkan bermaharajalela di sekolah dan universiti tanpa peraturan, adakah anda bersetuju membiarkan isteri anda dikongsi secara bersama, adakah? Adakah di atas nama human rights ?
Atau, biarkan Bush memusnahkan Afghanistan dan Iraq, biarkan Peranchis menyekat kebebasan berpurdah, biarkan negara Cina menyekat globalisasi internet, biarkan Singapura menyekat kebebasan bersuara rakyatnya, biarkan pembantu rumah wanita Cina di negara mereka sahaja, biarkan Switzerland menghancurkan menara masjid di sana, biarkan imigresen Amerika menelanjangkan warga asing yang memasuki negara mereka dan biarkan semuanya tanpa peraturan ?
Seksyen 375 Kanun Keseksaan menyatakan bentuk hukuman perogol, seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya ada menyatakan hukuman untuk pemilik dan pembawa dadah, pelanggar mati pengguna jalanraya ada hukuman di bawah Akta Pengangkutan Jalan, masuk secara haram ke negara orang ada hukuman di bawah Akta Imigresen, melacurkan diri ada hukumannya, membunuh ada seksyen 302 dan murtad juga ada hukumannya.
Penganut Hindu, Kristian, Buddha dan lain-lainnya tidak murtad. Yang murtad adalah orang Islam. Kenapa takut dan kecoh sangat?
Adakah pesalah dalam kes ini akan bertaubat dan kembali kepada agama asalnya ?
Kerajaan Malaysia di bawah lima Perdana Menteri telah melakukan kesilapan besar kerana tidak memaklumkan kuasa Mahkamah Syariah dan bentuk hukuman untuk orang murtad kepada warganegaranya.
Undang-undang buatan manusia termasuk perlembagaan boleh dipertikai dan diubah tetapi Zabur, Taurat, Injil dan Quraan adalah wahyu.
Kepada pejuang human rights, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu....
Usah dirosak dan dijahannamkan erti dan nilai perjuangan yang ada.
2 comments:
Saya rasa anda ni belum cukup matang. Bagus lagi anak saya yang baru tingkatan 3 sudah tahu falsafah hidup. Saya menentang murtad tapi cara penyampaian anda sungguh buta. Bikin malu umat Islam. Nanti non-muslim baca komen anda mereka pasti ketawakan Islam. Bukan begitu cara mau perbetulkan sesuatu.
sejahtera
t.kasih diatas persinggahan dan komen anda. sekali-sekala perlu menggunakan reverse-psycho. utk makluman, saya tujukan tulisan ini kpd pejuang hak kebebasan dan hak asasi yg saya faham dari luar negara dan mencampuri urusan dlmn pelbagai keturunan& agama masyarakat kita. pandangan sdra saya hargai dan ambil pertimbangan. silalah berikan komen utk akan dtg. saya ucapkan t.kasih.
Post a Comment