Wednesday, October 6, 2010

Syarikat Air Dato' Azizan (SADA) di Kedah

SADA (Syarikat Air Darul Aman) ada kena mengena dengan Syarikat Air Dato' Azizankah ?

Tidak. Cuma orang UMNO Kedah yang kata begitu.

Depa perli Azizan yang ada banyak maklumat berguni-gunilah kot tentang UMNO dan BN Kedah.

Masihkah kau ingat suatu masa dulu SANJUN (Sanusi Junid) ada berguni-guni aduan tentang Osman Aroff ? Atau Ezam Md Nor yang ada berkotak-kotak surat atau dokumen rahsia melibatkan UMNO, BN dan Malaysia?

Simpan saja Azizan rahsia-rahsia penyelewengan itu. Bukankah di Kedah PAS dan UMNO macam adik-abang dan adik-beradik.

Jika UMNOlah yang ada rahsia-rahsia itu, bukan sahaja Azizan, malah PAS dan Pakatan Rakyat Kedah sudah dilondehkan oleh UMNO dan kelihatan berjalan -jalan di Tanjung Bendahara sambil ketawa bersendirian.

Orang Kedah marah PAS dan Azizan bukan sangat kerana harga air naik tetapi kerana sindrom bisu Azizan sebelum ini sangat-sangat berdarah-dagingkan UMNO.

Bukankah Azizan membisu dalam kebanyakkan penyelewengan UMNO dan BN sebelum ini di atas dasar adik-beradik. Selepas dibelasah UMNO dan BN Kedah, Azizan cuba memuntahkan apa yang terlekat dihalkumnya.

Lama-lama nanti orang Tamil Bukit Selambau kata, Azizan dan Abdullah Badawi ada macam surpa (serupa) lah. Abdullah sudah kasi buang, Azizan pun kasi tarik sama !

Bolehlah baca, jika rajin :

SADA

4 comments:

Anonymous said...

Lambat bertindak dalam sesuatu perkara adalah dapat diibaratkan seandainya Saidina Umar al Khattab melambat-lambatkan usaha memikul seguni tepung dan enggan memasak untuk seorang perempuan yang menjerang batu untuk memujuk anak-anaknya yang lapar... untuk tidur.

Jadi bersegeralah bertindak di dalam negeri Kedah, cukup-cukuplah kita membiarkan kunco-kunco UMNO mensabotaj pentadbiran kerajaan negeri.

Air semasa BN perintah jarang air menjadi pelan di Sungai Petani, tapi sekarang boleh kata kerap air perlahan... bukan nak kata kerajaan BN lagi bagus... cuma bimbang kuat-perlahannya air ni ada tangan musuh cuba memburukkan pentadbiran Ustaz Azizan.

Jadi bertindaklah ustaz, macam tindakan segera menaikkan harga air tu...

Anonymous said...

Ustaz Azizan kata harga air naik kerana UMNO. Tidak masuk akallah Ustaz. Jika UMNO seleweng, ambil tindakan di mahkamah. Buktikan Ustaz !

Anonymous said...

jadi umno memang susah.pas naikan air pun umno disalahkan sematelah kalau umno yg naikan air,apa pun alasan nya raayat kedah juga yg sengsara,uztaz..uztaz mengapa jadi lidah biawak

ALI MAIDIN said...

Masa kempen bukan main hebat mendedahkan penyelewengan BN. Tetapi apabila berkuasa tak berani buat apa pun!!!!!