Kem.Kesihatan: Tiada perubahan diharap, selagi KPnya kini ada
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Ismail Merican yang sedang menerima dua gaji melebihi RM20,000.00 sebulan perlu menjelaskan apa sebenarnya berlaku di Klinik Kesihatan Balok Kuantan Pahang sehingga menyebabkan kematian seorang remaja yang pahanya terkena cermin nako.
Mati bergaduh dengan kakak
Kelmarin di Kulim Kedah, seorang suami mengadu akibat kecuaian doktor di Hospital kerajaan di Kulim, isterinya disahkan menghidap barah sedangkan pemeriksaan lanjut mendapati kenyataan doktor itu tidak benar.
Empat hari yang sudah, seorang doktor di Hospital Baling Kedah mengesahkan empat jari seorang kanak-kanak patah akibat terlibat dalam kemalangan jalanraya.
Kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Di hospital itu, pakar berkenaan yang melihat x-ray yang sama mengesahkan bahawa empat jari kanak-kanak itu cuma retak dan bukan patah seperti disahkan oleh pegawai perubatan di Hospital Baling.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia sudah berusia melebihi 63 tahun. Sepatutnya sudah pencen lapan tahun yang lalu.
Menteri MCA yang menjaga Kesihatan sibuk berpolitik. Tahukah dia ramai lagi Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Kesihatan di Putrajaya yang sedang menunggu untuk melakukan pembaharuan di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apa istimewanya Ismail Merican. Dia dikira spesis yang sama dengan Musa Hassan yang pergi dengan begitu hina.
Kita berasa dukacita, Ismail tidak dapat melakukan banyak perubahan. Ini masa burn-out baginya.
Pada hemat saya, gaji dan elaun bulanannya melebihi RM20,000.00 tidak berbaloi dengan perubahan yang dapat dilakukannya.
Disebalik setiap kes yang dilaporkan, teori mengatakan ada sepuluh kes kecuaian tidak sampai kepengetahuan umum.
Dalam satu perjumpaan, semasa Kamarudin Kacha menjadi orang kuat Biro Tata Negara, saya pernah mencadangkan kepadanya supaya melakukan perubahan di Kementerian Kesihatan yang banyak mewarisi sistem penjajah.
Rupa-rupanya Biro Tata Negara yang banyak teori itu gagal.
Sebagai pengguna, saya yakin bahawa wang pembayar cukai perlu diselamatkan !
No comments:
Post a Comment