Belanjawan 2011 : Apa yg rakyat tak dapat ?
Apa yang penduduk Malaysia mahukan dari belanjawan negara 2011. Mereka mahu supaya:
- Harga bawang putih yang naik RM9.50 sekilo diturunkan pada harga baru RM1.60 sekilo.
- IPCMC alat untuk mengawal aktiviti polis tetap diadakan supaya keadilan dilihat dilaksanakan.
- Ombudsman - jentera menilai dan menerima aduan orang ramai terhadap penjawat awam dan politikus di Malaysia dikuatkuasakan kewujudannya serta merta.
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diletakkan di bawah Parlimen dan tidak lagi di bawah kawalan Perdana Menteri.
- Hakim-hakim akan dilantik oleh satu jawatankuasa khas parlimen. Peruntukan diberikan dalam belanjawan untuk Jabatan Kehakiman. Bebaskan badan ini dari cengkaman eksekutif.
- Konsep baru insuran kenderaan diwujudkan di mana pengguna tidak akan dibebankan dengan premium yang mencekik darah.
- Harga susu, ikan, tepung, ayam, gula, cabai, sayur-sayuran, roti dan keperluan dapur dimansuhkan cukai jualannya serta merta sama seperti yang dilakukan terhadap barangan kelambu, seluar dalam, minyak pewangi dan sebagainya.
- Duti impot kenderaan akan dikurangkan 70% sama seperti di negara Thailand, Singapura, Indonesia dan lain-lain negara yang dipimpin oleh manusia bertamadun.
- Jalur lebar akan dibekalkan percuma kepada masyarakat di kampung-kampung sebagai agenda mencelikkan mereka yang buta IT.
- Kadar baru tol dengan penurunan 40% berkuatkuasa serta merta.
- Semua sekolah agama rakyat akan dibiaya percuma termasuk bayaran utilitinya ditanggung oleh kerajaan.
- Semua menteri dan penjawat akan diwajibkan mengistiharkan harta berkuatkuasa pagi 01 Januari 2011.
- Hak asasi akan diperluaskan lagi selari dengan kehendak rakyat dan NGO.
- Peguam Negara diberi peruntukan untuk mengkaji perlembagaan Reid bagi digantikan dengan hukum hudud.
- Tambang pengangkutan awam diturunkan 40% sesuai dengan kekayaan minyak negara bagi memudahkan orang kampung menikmati kemudahan kapalterbang, keretapi, bas, lori dan lain-lain lagi.
- SPR juga diletakkan di bawah jawatankuasa khas parlimen.
- Pembiayaan untuk mendapatkan hak pendidikan diberikan percuma sehingga ijazah pertama.
- Kementerian kesihatan dirombak dan masyarakat diberikan rawatan kelas pertama secara percuma tanpa perlu menunggu lama.
- Hapuskan segera 'menternak' rasuah di PDRM, Pejabat Tanah, JKR, Jabatan Kastam , Jabatan Pengangkutan Jalan dan Imigresen.
- Kembalikan kebebasan media dan hapuskan akta-akta dracula.
- Cuti bersalin yang baru. Cuti yang diumumkan sama seperti jumlah sebelum ini.
- Kecilkan saiz kabinet Malaysia dan perkhidmatan awam.
- Hapuskan cukai bahan-bahan binaan rumah supaya pembeli dapat menikmati harga rumah pertama yang lebih rendah.
- Turunkan kadar pinjaman rumah dan kenderaan penjawat awam pada 1%.
Inilah diantara apa yang rakyat harapkan tetapi tidak dapat.
No comments:
Post a Comment