Saturday, October 30, 2010

Najib dan UMNO mahu Ku Li menongkat langit

Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li sudah berusia 73 tahun. Selain dari Ketua UMNO Bahagian Gua Musang beliau adalah Ahli Parlimen kawasan itu.


Pernah dilantik menjadi Setiauasaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Naib Presiden UMNO, Menteri Perdagangan, Menteri Kewangan dan pada tahun 1987 hampir-hampir mengalahkan Mahathir Mohamed sebagai Presiden UMNO.

Menerajui Parti Semangat 46 bersama pembakar jambatan Rais Yatim setelah kalah dengan Dr Mahathir dalam pemilihan UMNO itu.

Ku Li menyokong Kerajaan Negeri Kelantan sekarang dalam tuntutan royalti minyak dengan Petronas.

Pernah pembakar jambatan yang juga digelar pemilik dua lidah menyifatkan Ku Li sebagai manusia yang suka berdolak-dalik.

Ku Li pernah menyifatkan kemelut perebutan kuasa di Perak sebagai " sultan dan sistem beraja itu sendiri menanggung malu dengan babak ini".

Beliau juga dengan sinis berkata, Malaysia bukan republik pisang.
Sebenarnya Ku Li sudah ditolak dan diperbudak-budakkan oleh UMNO. Bukan sahaja oleh Dr Mahathir, malah dihujung pemerintahan Abdullah Badawi. Ketika itu kenyataan Musa Aman, Hishamuddin Hussein, Khalid Nordin, Rafidah Aziz dan beberapa tokoh UMNO yang sependapat bahawa bukan masanya bagi Razaleigh menonjol diri menggantikan Abdullah.

Razaleigh disindir mempunyai cita-cita besar yang belum pernah terpadam untuk mengepalai UMNO.

Ada yang mengatakan beliau pernah bertemu Tun Dr Mahathir untuk mendapatkan restu bukan sahaja bagi diadakan EGM UMNO tetapi rata-rata dihebohkan untuk mendapat restu Tun mengadakan ‘peperangan’ dengan Abdullah Ahmad PM Malaysia yang dikatakan lembam ketika itu.

Ketika mengetuai Semangat 46 Razaleigh meng'ada'kan gagasan Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Pada saya, cukup banyak masalah yang dihadapi oleh PAS ketika mengambil seseorang seperti Razaleigh yang mempunyai kerangka fikrah yang berlainan dengan perjuangan PAS.

Sahabat kepada Ananda Krishnan ini akhirnya membakar kesemua jambatan hubungan dengan gerakan Islam PAS, lalu menjalinkan hubungan cintanya dengan UMNO dan BN pada 1996.

Bekas Menteri Kewangan Malaysia ini sebenarnya sudah tidak mempunyai kuku dalam arena politik Malaysia. Sekejap menyokong UMNO dan BN, sekejap menyokong PAS, sekejap berkecuali dan kerap menyendiri. Percakapannya yang tidak konsisten membuatkan masyarakat tertanya-tanya ke mana arah tuju politiknya

Ramai yang mengatakan bahawa di Kelantan sendiri sebelum ini Razaleigh banyak bergantung kepada faktor istana. Jika tidak, kenapa Kelantan tidak dapat ditawan oleh UMNO sedangkan beberapa bulan sebelum pilihanraya kedua belas Razaleigh menyertai Awang Adek dan kepimpinan BN membelasah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan PAS.

Sesama UMNO Kelantanpun, Annuar Musa, Tok Pa dan Awang bimbang jika Razaleigh diletakkan sebagai ketua. Apakah kerana ketokohannya sangat atau kerana 'sayap' ghaib yang mungkin memanyunginya ketika itu?

Apapun bagi penyokong parti Pakatan Rakyat, Tengku Razaleigh sudah sepatutnya menjadi musuh utama politik mereka.

Gua Musang sudah lama diwakilinya. Proses pembangunan dan perbandarannya kelihatan sama seperti kawasan di Sabah dan Sarawak. Masalah tanah Orang Asli tidak berjaya diselesaikannya.

Bukan setakat itu, Najib Bangsawan dan UMNO Negeri Kelantan tidak mengharapkannya. Jika betul Ku Li berkaliber, kenapa Ketua Perhubungan Negeri dan jawatan menteri ditarik dan diberikan kepada Tok Pa dan Awang Adek ?

Kenapa pula memberikannya jawatan menongkat langit di Galas !

2 comments:

Anonymous said...

Pada pendapat saya yang sangat tidak arif dalam percaturan politik ini. Perhubungan 'kerjasama' diantara Ku Li dengan UMNO sekarang sebagai kata orang, "Head I win Tail you lose".

Jika BN menang di Galas,UMNO gembira, sebabnya kerana UMNO menanglah.

Tapi jika BN kalah di Galas, UMNO juga akan gembira, sebabnya, Riwayat hidup politik Ku Li akan tamat.

Dalam lain perkaraan, Ku Li akan 'pochik'.

Ketupan daun PALAS.
Pulau Pinang.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra
tk di atas pandangan. tiga hari takda talian internet. menggunakan dari tempat lain. tk