Saturday, October 30, 2010

Ghaaribi hatao nahi, ghaaribo ko hatao - Anwar

Bukan hapuskan kemiskinan tetapi hapuskan simiskin, itulah ungkapan Anwar Ibrahim ketika berucap di Galas.

Tegasnya itu adalah kata-kata dalam bahasa Urdu.

Bagi Anwar, kemiskinan yang patut dihapuskan dan bukannya simiskin.

Anwar meminta pengundi di Galas memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk terus memerintah sehingga ke Putrajaya.

Beliau berjanji jika diberi amanah, harga petroleum akan diturunkan supaya rakyat dapat menikmati penurunan harga barang-barang keperluan sebenar rakyat.

Bukan seperti yang dilakukan oleh kerajaan sekarang dengan menurunkan harga seluar dalam, baju import, kelambu, kasut, beg tangan dan lain-lain keperluan yang mahal-mahal sehingga ada yang berharga RM4000.00 sehelai.

Anwar mengingatkan penduduk Galas agar tidak tertipu lagi dengan dakyah parti UMNO.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir sama dalam majlis tersebut.

Najib dan UMNO mahu Ku Li menongkat langit

Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li sudah berusia 73 tahun. Selain dari Ketua UMNO Bahagian Gua Musang beliau adalah Ahli Parlimen kawasan itu.


Pernah dilantik menjadi Setiauasaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Naib Presiden UMNO, Menteri Perdagangan, Menteri Kewangan dan pada tahun 1987 hampir-hampir mengalahkan Mahathir Mohamed sebagai Presiden UMNO.

Menerajui Parti Semangat 46 bersama pembakar jambatan Rais Yatim setelah kalah dengan Dr Mahathir dalam pemilihan UMNO itu.

Ku Li menyokong Kerajaan Negeri Kelantan sekarang dalam tuntutan royalti minyak dengan Petronas.

Pernah pembakar jambatan yang juga digelar pemilik dua lidah menyifatkan Ku Li sebagai manusia yang suka berdolak-dalik.

Ku Li pernah menyifatkan kemelut perebutan kuasa di Perak sebagai " sultan dan sistem beraja itu sendiri menanggung malu dengan babak ini".

Beliau juga dengan sinis berkata, Malaysia bukan republik pisang.
Sebenarnya Ku Li sudah ditolak dan diperbudak-budakkan oleh UMNO. Bukan sahaja oleh Dr Mahathir, malah dihujung pemerintahan Abdullah Badawi. Ketika itu kenyataan Musa Aman, Hishamuddin Hussein, Khalid Nordin, Rafidah Aziz dan beberapa tokoh UMNO yang sependapat bahawa bukan masanya bagi Razaleigh menonjol diri menggantikan Abdullah.

Razaleigh disindir mempunyai cita-cita besar yang belum pernah terpadam untuk mengepalai UMNO.

Ada yang mengatakan beliau pernah bertemu Tun Dr Mahathir untuk mendapatkan restu bukan sahaja bagi diadakan EGM UMNO tetapi rata-rata dihebohkan untuk mendapat restu Tun mengadakan ‘peperangan’ dengan Abdullah Ahmad PM Malaysia yang dikatakan lembam ketika itu.

Ketika mengetuai Semangat 46 Razaleigh meng'ada'kan gagasan Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Pada saya, cukup banyak masalah yang dihadapi oleh PAS ketika mengambil seseorang seperti Razaleigh yang mempunyai kerangka fikrah yang berlainan dengan perjuangan PAS.

Sahabat kepada Ananda Krishnan ini akhirnya membakar kesemua jambatan hubungan dengan gerakan Islam PAS, lalu menjalinkan hubungan cintanya dengan UMNO dan BN pada 1996.

Bekas Menteri Kewangan Malaysia ini sebenarnya sudah tidak mempunyai kuku dalam arena politik Malaysia. Sekejap menyokong UMNO dan BN, sekejap menyokong PAS, sekejap berkecuali dan kerap menyendiri. Percakapannya yang tidak konsisten membuatkan masyarakat tertanya-tanya ke mana arah tuju politiknya

Ramai yang mengatakan bahawa di Kelantan sendiri sebelum ini Razaleigh banyak bergantung kepada faktor istana. Jika tidak, kenapa Kelantan tidak dapat ditawan oleh UMNO sedangkan beberapa bulan sebelum pilihanraya kedua belas Razaleigh menyertai Awang Adek dan kepimpinan BN membelasah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan PAS.

Sesama UMNO Kelantanpun, Annuar Musa, Tok Pa dan Awang bimbang jika Razaleigh diletakkan sebagai ketua. Apakah kerana ketokohannya sangat atau kerana 'sayap' ghaib yang mungkin memanyunginya ketika itu?

Apapun bagi penyokong parti Pakatan Rakyat, Tengku Razaleigh sudah sepatutnya menjadi musuh utama politik mereka.

Gua Musang sudah lama diwakilinya. Proses pembangunan dan perbandarannya kelihatan sama seperti kawasan di Sabah dan Sarawak. Masalah tanah Orang Asli tidak berjaya diselesaikannya.

Bukan setakat itu, Najib Bangsawan dan UMNO Negeri Kelantan tidak mengharapkannya. Jika betul Ku Li berkaliber, kenapa Ketua Perhubungan Negeri dan jawatan menteri ditarik dan diberikan kepada Tok Pa dan Awang Adek ?

Kenapa pula memberikannya jawatan menongkat langit di Galas !

Friday, October 29, 2010

UMNO tak perlu undi Cina dan India di Galas ?

UMNO Titiwangsa tidak memerlukan undi Cina dan India jika 70% undi Melayu menyebelahi mereka.

Itu seperti kata Ketua UMNO Titiwangsa Johari Abdul Ghani.

Ketika berkempen di DUN Galas, Presiden MCA Chua Soi Lek yang diberitahu tentang isu terbaru ini cuba menutup kelemahan mereka dengan mengatakan, "kita tidak menyokong pemimpin seperti itu (Johari) malah akan mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya tidak mencalonkan mereka sebagai wakil BN"

"Mereka tidak bijak. Kita akan laporkan kepada PM. Sepatutnya mereka sudah bersara" jelas Chua.

Dalam kelambu BN, UMNO bercakap seperti orang baru kahwin - romantik. Di luar kelambu, dia sudah seperti cerai talak tiga.

"Lalam cakap maneh. Lua cakap kasi mati maa.."

Chua ! UMNO kasi lulus matapelajaran sejarah dalam meeting dia saja. Satu negara kena ikut. Ata panggil sama MCA bincang ka ?

Tionghua Galas, jadi lagu mano tu..

Sunday, October 24, 2010

Apabila dasar pelajaran negara dilulus dalam mesyuarat parti politik

Apabila Dasar Pelajaran Negara diputuskan dalam perhimpunan parti politik, bayangkan impaknya kepada anak-anak.

Muhyiddin Yassin Timbalan Presiden UMNO telah membuat satu dasar mewajibkan matapelajaran sejarah di sekolah-sekolah mulai 2013 setelah didesak oleh perwakilan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Tanpa pegawai-pegawai di Kemeterian Pelajaran diajak berbincang, pengumuman sudah dibuat.

Perancangan, persediaan, keperluan, kewangan, tenaga pengajar dan sebagainya sudah tidak diambil kira.

Bukan sahaja NGO dan parti-parti politik pembangkang tidak dipelawa berbincang malah MCA, Gerakan dan MIC dikira seperti daun kerng yang berterbangan.

Bukankah baik cadangan perwakilan itu diterima dahulu, dibincangkan pro dan kontranya di peringkat kemeterian lalu dijadikan arahan atau dasar. Apakah tidak boleh begitu ?

Kenapa perlu tergesa-gesa ?

Saturday, October 23, 2010

Kem.Kesihatan: Tiada perubahan diharap, selagi KPnya kini ada

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Ismail Merican yang sedang menerima dua gaji melebihi RM20,000.00 sebulan perlu menjelaskan apa sebenarnya berlaku di Klinik Kesihatan Balok Kuantan Pahang sehingga menyebabkan kematian seorang remaja yang pahanya terkena cermin nako.

Mati bergaduh dengan kakak

Kelmarin di Kulim Kedah, seorang suami mengadu akibat kecuaian doktor di Hospital kerajaan di Kulim, isterinya disahkan menghidap barah sedangkan pemeriksaan lanjut mendapati kenyataan doktor itu tidak benar.

Empat hari yang sudah, seorang doktor di Hospital Baling Kedah mengesahkan empat jari seorang kanak-kanak patah akibat terlibat dalam kemalangan jalanraya.

Kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Di hospital itu, pakar berkenaan yang melihat x-ray yang sama mengesahkan bahawa empat jari kanak-kanak itu cuma retak dan bukan patah seperti disahkan oleh pegawai perubatan di Hospital Baling.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia sudah berusia melebihi 63 tahun. Sepatutnya sudah pencen lapan tahun yang lalu.

Menteri MCA yang menjaga Kesihatan sibuk berpolitik. Tahukah dia ramai lagi Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Kesihatan di Putrajaya yang sedang menunggu untuk melakukan pembaharuan di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa istimewanya Ismail Merican. Dia dikira spesis yang sama dengan Musa Hassan yang pergi dengan begitu hina.

Kita berasa dukacita, Ismail tidak dapat melakukan banyak perubahan. Ini masa burn-out baginya.

Pada hemat saya, gaji dan elaun bulanannya melebihi RM20,000.00 tidak berbaloi dengan perubahan yang dapat dilakukannya.

Disebalik setiap kes yang dilaporkan, teori mengatakan ada sepuluh kes kecuaian tidak sampai kepengetahuan umum.

Dalam satu perjumpaan, semasa Kamarudin Kacha menjadi orang kuat Biro Tata Negara, saya pernah mencadangkan kepadanya supaya melakukan perubahan di Kementerian Kesihatan yang banyak mewarisi sistem penjajah.

Rupa-rupanya Biro Tata Negara yang banyak teori itu gagal.

Sebagai pengguna, saya yakin bahawa wang pembayar cukai perlu diselamatkan !

Friday, October 22, 2010

Ng Yen Yen ada minat luar biasa

Menteri Tourism Malaysia Ng Yen Yen mempunyai kegemaran luar biasa.
  • Dia suka minum air kelapa muda atau nyok muda.
  • Dia juga suka makan sambal sotong.
Apa yang luar biasanya ?

Dalam usia yang sudah mencecah 62 tahun, katanya ia masih kelihatan muda.

Luar biasanya menurut rungutan orang-orang yang bekerja di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat ialah ia mahukan secara percuma.


Dibeli dengan wang kementerian atau wang kakitangan di mana ia membuat lawatan kerja atau lawatan politik.

Saya saja nak tanya, betul atau tidak. Bila kakitangan sendiri yang bercakap - takkanlah tanpa angin boleh rasa tiupannya.

Kakitangan Tourism Malaysia pula memberitahu, pernah satu masa ketika Yen Yen berada di London, ada pegawai dari Malaysia terpaksa hantar sambal sotong untuknya ke sana. Sambal tersebut dikatakan adalah salah satu makanan kegemarannya.

Jika benar dakwaan-dakwaan kakitangan dua kementerian itu bermakna hebat sungguh kegemaran dan minatnya untuk terus kekal awet muda.

Kenapa tidak menggunakan duit suami, anak-anak atau wang bapanya untuk terus kelihatan awet muda ?

Peliknya ada ketua jabatan di dua kementerian itu terpaksa mengerah kakitangan mencari nyok muda dan sambal sotong supaya mereka dilihat pandai kerja dan diberi prestasi cemerlang. Rata-rata ketua jabatan seperti ini menjurus sebagai penyokong UMNO.

Itu baru Ng Yen Yen. Belum lagi menteri-menteri kabinet yang lain termasuk isteri-isteri mereka.

Apa nak jadi. Jika boleh korek habis khazanah Malaysia dan tinggalkan saja air kencing menteri untuk rakyat menghirupnya.

Ng Yen Yen belayar atas angin, rakyat pula mengundi menjaring angin.

Thursday, October 21, 2010

Perhimpunan UMNO ke 61 - Lagi-lagi Melayu perlu diselamatkan

Perhimpunan UMNO ke 61.

Isunya masih sama. Teriakan dan kata-kata keramat "Melayu" perlu bersatu dan kedudukan mereka perlu diselamatkan membuktikan bahawa 'pemimpin-pemimpin' UMNO membelit bangsa Melayu saban tahun.

Ini bukan tuduhan tetapi apa yang dilihat, dirasa dan impak terhadap masyarakat Melayu sendiri hasil sandiwara pentadbiran politik "pemimpin-pemimpin Melayu".

Pada masa yang sama, Najib Bangsawan cuba menyakinkan orang-orang Melayu bahawa hak-hak mereka terjamin di bawah perlembagaan selagi UMNO terus dijulang sebagai parti politik Melayu terbesar dan terulung.

Katanya, orang Melayu tidak perlu khuatir kerana pindaan perlembagaan memerlukan persetujuan dan perkenan sembilan raja-raja Melayu.

Adakah pindaan perlembagaan yang dilakukan oleh Mahathir Mohamed pada tahun 1983 yang dikira melucutkan kuasa raja-raja Melayu itu sah dan berkuatkuasa?

Jika tidak, di mana perkenan sembilan raja-raja Melayu ketika itu ?

Enam puluh satu (61) kali perhimpunan demi perhimpunan yang di'rayakan' oleh UMNO dikira sebagai retorik. Ibarat puasanya kurang, dentuman dari mainan mercun sahaja yang kuat.

Melayu Bangsawan dan Melayu kroni saering mendapat habuan. Rata-rata mereka tinggalkan majoriti Melayu jauh kebelakang.

Sepuluh DEB sudah berusia 53 tahun, namun ekuiti Bumiputera 30% masih belum tercapai.

Fatamorgana demi fatamorgana. Adakah yang dikendung berciciran dan yang dikejar tak dapat.

Monday, October 18, 2010

Belanjawan 2011 : Apa yg rakyat tak dapat ?

Apa yang penduduk Malaysia mahukan dari belanjawan negara 2011. Mereka mahu supaya:

  1. Harga bawang putih yang naik RM9.50 sekilo diturunkan pada harga baru RM1.60 sekilo.
  2. IPCMC alat untuk mengawal aktiviti polis tetap diadakan supaya keadilan dilihat dilaksanakan.
  3. Ombudsman - jentera menilai dan menerima aduan orang ramai terhadap penjawat awam dan politikus di Malaysia dikuatkuasakan kewujudannya serta merta.
  4. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diletakkan di bawah Parlimen dan tidak lagi di bawah kawalan Perdana Menteri.
  5. Hakim-hakim akan dilantik oleh satu jawatankuasa khas parlimen. Peruntukan diberikan dalam belanjawan untuk Jabatan Kehakiman. Bebaskan badan ini dari cengkaman eksekutif.
  6. Konsep baru insuran kenderaan diwujudkan di mana pengguna tidak akan dibebankan dengan premium yang mencekik darah.
  7. Harga susu, ikan, tepung, ayam, gula, cabai, sayur-sayuran, roti dan keperluan dapur dimansuhkan cukai jualannya serta merta sama seperti yang dilakukan terhadap barangan kelambu, seluar dalam, minyak pewangi dan sebagainya.
  8. Duti impot kenderaan akan dikurangkan 70% sama seperti di negara Thailand, Singapura, Indonesia dan lain-lain negara yang dipimpin oleh manusia bertamadun.
  9. Jalur lebar akan dibekalkan percuma kepada masyarakat di kampung-kampung sebagai agenda mencelikkan mereka yang buta IT.
  10. Kadar baru tol dengan penurunan 40% berkuatkuasa serta merta.
  11. Semua sekolah agama rakyat akan dibiaya percuma termasuk bayaran utilitinya ditanggung oleh kerajaan.
  12. Semua menteri dan penjawat akan diwajibkan mengistiharkan harta berkuatkuasa pagi 01 Januari 2011.
  13. Hak asasi akan diperluaskan lagi selari dengan kehendak rakyat dan NGO.
  14. Peguam Negara diberi peruntukan untuk mengkaji perlembagaan Reid bagi digantikan dengan hukum hudud.
  15. Tambang pengangkutan awam diturunkan 40% sesuai dengan kekayaan minyak negara bagi memudahkan orang kampung menikmati kemudahan kapalterbang, keretapi, bas, lori dan lain-lain lagi.
  16. SPR juga diletakkan di bawah jawatankuasa khas parlimen.
  17. Pembiayaan untuk mendapatkan hak pendidikan diberikan percuma sehingga ijazah pertama.
  18. Kementerian kesihatan dirombak dan masyarakat diberikan rawatan kelas pertama secara percuma tanpa perlu menunggu lama.
  19. Hapuskan segera 'menternak' rasuah di PDRM, Pejabat Tanah, JKR, Jabatan Kastam , Jabatan Pengangkutan Jalan dan Imigresen.
  20. Kembalikan kebebasan media dan hapuskan akta-akta dracula.
  21. Cuti bersalin yang baru. Cuti yang diumumkan sama seperti jumlah sebelum ini.
  22. Kecilkan saiz kabinet Malaysia dan perkhidmatan awam.
  23. Hapuskan cukai bahan-bahan binaan rumah supaya pembeli dapat menikmati harga rumah pertama yang lebih rendah.
  24. Turunkan kadar pinjaman rumah dan kenderaan penjawat awam pada 1%.

Inilah diantara apa yang rakyat harapkan tetapi tidak dapat.

Sunday, October 17, 2010

Bonus : Najib diberi tiga pilihan

Ramai penjawat awam tidak dapat menerima penjelasan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkaitan pemberian bonus.

Kata mereka, sepatutnya apabila ekonomi sudah diwar-warkan pulih, keadaannya semakin baik berbanding ekonomi di zaman Mahathir Mohamed dan Abdullah Badawi.

Sedangkan pada ketika Perdana Menteri keempat dan kelima itu, kerajaan boleh memberikan bonus sebulan gaji.


Kakitangan Persekutuan dari Pulau Pinang yang menyokong UMNO memberitahu Najib Razak mempunyai tiga pilihan dalam menyelesaikan kemelut ini;

  • Memberikan bonus sebulan gaji, atau
  • Memberikan saguhati RM2,000.00 kepada setiap kakitangan tanpa mengira gred, atau
  • UMNO yang sudah dibenci itu akan hilang kerajaan dalam pilihanraya ketigabelas ini.
Sementara itu Dato' Mahfuz Omar Naib Presiden PAS memberitahu "Bajet kali ini tetap tidak menunaikan tuntutan kesatuan sekerja iaitu bonus dua bulan gaji dan RM900 sebulan bagi tuntutan gaji minimum"

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena juga dengan sinis berkata, bajet itu merupakan bajet 'seluar dalam' kerana duti import hanya dimansuhkan terhadap barangan yang remeh temeh.

Bajet Permata Rosmah 2011 dikatakan bersesuaian dengan kehendak isteri Perdana Menteri yang suka berbelanja boros ketika membeli-belah.

Sepasang kasut Rosmah Mansor dianggarkan bernilai lebih empat kali ganda dari RM500.00 yang diberikan kepada setiap penjawat awam.

"Belum lagi harga pewangi, baju dan seluar dalam isteri-isteri menteri kabinet Malaysia yang dahulunya dibeli di luar negara" kata seorang kakitangan di Jabatan Pembangunan Persekutuan.

Saturday, October 16, 2010

Macam-macam kategori Taska di Malaysia

Ada Taska di bawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ada Taska Jabatan KEMAS (Kemajuan Masyarakat). Ada Taska Jabatan Perpaduan. Ada Taski ABIM, ada PASTI PAS. Ada Taska di bawah Jabatan Agama Negeri.

Ada yang campur adukan Taska dan TADIKA.

Terkini, ada Pusat Asuhan PERMATA di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Semuanya ada. Dianggarkan cuma 10% sahaja Taska JKM yang ada lesen.

Kenapa Taska, Tabika, Taski, Pasti dan lain-lain tidak ada lesen ? Ini kena tanya Meme Zainal Rashid Ketua Pengarah JKM Malaysia.

Seorang lagi kanak-kanak Taska mati di Putra Jaya

Mereka berkata-kata tentang bajet Rosmah


Selepas ini agaknya Rosmah tidak perlu membeli-belah di luar negara. Bukankah abang Bangsawan dah mansuhkan cukai 300 barang keperluan termasuk seluar dalam.

Selamat wang rakyat.

Jangan-jangan Shahrizat berfikir, "bajet gangguan seksualkah itu".

(Kartun diubahsuai dari UM)

Friday, October 15, 2010

Bajet Permata Rosmah 2011

Belanjawan negara atau bajet 2011 selesai dibentangkan oleh Najib Bangsawan sebentar tadi.

Kadar tol empat lebuhraya milik PLUS tidak akan dinaikkan selama lima tahun berkuatkuasa serta merta. Sepatutnya kadarnya diturunkan terlebih dulu sebanyak 30%-40%. Ia mencekik darah rakyat Malaysia.

Pinjaman 100% untuk membeli rumah pertama bagi golongan muda. Sesuatu yang baik.

Cukai jualan telefon mudah alih dimansuhkan. Baik untuk penduduk supaya dapat mengakses maklumat dan perubahan dunia dalam sekelip mata.

Peperiksaan PTK kakitangan kerajaan dimansuhkan. Malangnya akan diwujudkan satu penilaian baru pada Jun 2011. Wajar pandangan CUEPACS diambil kira.

Imbuhan RM500.00 untuk kakitangan kerajaan. Lebih baik di zaman Mahathir dan Abdullah Badawi - penjawat awam diberi bonus sebulan gaji.

Elaun Imam dinaikkan sepertimana telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Sesuatu yang wajar.

Peruntukan untuk Orang Asli dipertingkatkan. Sepatutnya sudah lama dilaksanakan.

Potongan cukai LHDN kepada anak-anak yang memberikan jagaan kepada ibubapa diperluaskan. Langkah yang baik.

Gaji pokok minima Pengawal Keselamatan dinaikkan - wajar.

Peruntukan Taska Permata tajaan Rosmah Mansor melebihi RM100 juta. Kenapa perlu bertindan dengan Taska Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat ?

Thursday, October 14, 2010

PAS bergayut pada dahan rapuh

Malas nak ulas panjang-panjang pemilihan calon dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sedang berjalan sekarang.

PKR parti yang cukup banyak masalah. Parti yang dikaitkan sebagai adik tiri UMNO.

PAS dan DAP lagi bergaya berbanding parti itu namun Abdul Hadi Awang Presiden PAS lebih berkeyakinan Anwar Ibrahim sebagai ketua dalam Pakatan Rakyat. Apa nak jadi dengan PAS ini ?

Ialah, phobia Terengganu hanya dapat diperintah selama satu penggal sahaja masih menghantui Hadi agaknya.

PAS perlu mendepankan diri sebagai ketua dan bukan sebagai pengikut.

Ini bukan masa bergayut pada dahan yang rapuh.

Wednesday, October 6, 2010

Syarikat Air Dato' Azizan (SADA) di Kedah

SADA (Syarikat Air Darul Aman) ada kena mengena dengan Syarikat Air Dato' Azizankah ?

Tidak. Cuma orang UMNO Kedah yang kata begitu.

Depa perli Azizan yang ada banyak maklumat berguni-gunilah kot tentang UMNO dan BN Kedah.

Masihkah kau ingat suatu masa dulu SANJUN (Sanusi Junid) ada berguni-guni aduan tentang Osman Aroff ? Atau Ezam Md Nor yang ada berkotak-kotak surat atau dokumen rahsia melibatkan UMNO, BN dan Malaysia?

Simpan saja Azizan rahsia-rahsia penyelewengan itu. Bukankah di Kedah PAS dan UMNO macam adik-abang dan adik-beradik.

Jika UMNOlah yang ada rahsia-rahsia itu, bukan sahaja Azizan, malah PAS dan Pakatan Rakyat Kedah sudah dilondehkan oleh UMNO dan kelihatan berjalan -jalan di Tanjung Bendahara sambil ketawa bersendirian.

Orang Kedah marah PAS dan Azizan bukan sangat kerana harga air naik tetapi kerana sindrom bisu Azizan sebelum ini sangat-sangat berdarah-dagingkan UMNO.

Bukankah Azizan membisu dalam kebanyakkan penyelewengan UMNO dan BN sebelum ini di atas dasar adik-beradik. Selepas dibelasah UMNO dan BN Kedah, Azizan cuba memuntahkan apa yang terlekat dihalkumnya.

Lama-lama nanti orang Tamil Bukit Selambau kata, Azizan dan Abdullah Badawi ada macam surpa (serupa) lah. Abdullah sudah kasi buang, Azizan pun kasi tarik sama !

Bolehlah baca, jika rajin :

SADA

Friday, October 1, 2010

UMNO tak kelihatan jaga kita pun - Wartawan Utusan

Wartawan Utusan juga merupakan manusia. Mempunyai hati dan perasaan.

Biarpun pihak editorialnya selalu membelasah musuh mereka tanpa fakta dan bukti yang nyata, difahamkan wartawaan biasanya tidak sehaluan dengan ketua mereka itu.

Kata Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ), Hata Wahari yang juga merupakan wartawan senior di media tersebut, "Kita lihat
Utusan ini milik Umno, tetapi saya tengok tak ada pun Umno jaga (kebajikan) kita. Kita berlari memperjuangkan hak sendiri."

Malu pun ada. Geram pun ada. Utusan nak memperjuangkan hak Melayu.

Melayu yang diketuai oleh UMNO.


Sudahlah UMNO ! Utusan pun tak boleh jaga, nak jaga Melayu dan Malaysia. Carilah lagi khazanah negara untuk memenuhkan tembolok sendiri, anak isteri dan kroni. Jagalah tembolok itu selagi Melayu belum sedar.

Melayu diperbodohkan selama 53 tahun.

Baca di sini.

(Foto : Malaysiakini)