Monday, June 7, 2010

Lima pelompat parti jadi kasi politik ?


Dahulu selepas pilihanraya kedua belas, lima ahli parlimen ini merasakan diri mereka tidak bebas.

Sekarang mereka sudah ada satu pasukan yang dinamakan 'konsensus bebas'. Tentu sudah sebebas-bebasnya.

Mereka bercadang untuk bertindak secara efektif dan berkecuali.

Ada dari mereka memberitahu mahu menjadi kuasa ketiga di parlimen. Mereka hendak memberikan fokus kepada keutamaan rakyat.

Bermakna, mereka bercadang untuk memperbaiki semula keutamaan rakyat yang memberikan kepercayaan kepada mereka di dalam pilihanraya yang lalu sebagai wakil - lalu kelima-lima mereka telah mencabuli dan merobekkan keutamaan pertama itu.

Bukankah begitu ? Jika ia, tentu 'kuasa ketiga' mereka di parlimen akan kelihatan menjadi lebih hebat dan berganda-ganda.

Di mata siapa ianya akan kelihatan sebegitu ?
Tentulah bukan dikalangan rakyat yang celik demokrasi. Entah kenapa nama Ibrahim Ali tiada dalam senarai 'kuasa ketiga' itu.

Berapa lama mereka berlima boleh bertahan.

Sebulan aku kasi, dua bulan engkau kasi, dua belas bulan lu kasi, enammmm belas bulan kita kasi, pilihanraya mendatang jadi kasi politik.


Tuan laksana lembu jantan, galak saja melawan tidak !
(sumber Malaysiakini)

No comments: