Ibrahim dan KJ : Berdebat ?
Khairy Jamaludin (KJ) seperti pukul anak sindir menantu. Sudah lama agaknya KJ simpan di dalam hatinya.
Bukankah Tun Mahathir Mohamed pernah menempelaknya. Mahathir menuduh KJ menggunakan wang untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Salah seorang pesaing KJ yang kalah ditangannya adalah anak mantan Perdana Menteri kelima itu, Mukhriz Mahathir selain Khir Toyo.
KJ menang pemuda tetapi tiada jawatan dalam kabinet.
Hari ini apabila Ibrahim Ali mendapat sokongan Tun M dalam memperjuangkan kalimah Melayu yang dikira sebagai berlawanan dengan kalimah satu Malaysia, maka ini merupakan peluang KJ untuk menghentam kedua mereka dengan menggunakan sebutir peluru sahaja.
Ibrahim digelar oleh KJ sebagai Jaguh Kampung.
Hanya jauhari saja yang mengenal manikam. Begitu juga, hanya pengundi Pasir Mas sahaja yang kenal Ibrahim.
Bukan sahaja KJ, Nazri Aziz memberitahu bahawa Perkasa yang diterajui oleh Ibrahim akan ada selagi adanya Mahathir.
Bermakna, Ibrahim sebagai gedebe politik seperti yang didakwa KJ hanya sedang menunggu masa untuk dikuburkan masa depan politiknya.
Pasir Mas adalah kerusi ihsan PAS kepadanya. Namun, gedebe politiknya terhadap PAS sudah dimulakan beberapa lama dahulu.
Nasib Ibrahim masih dikira baik. Jika Abdullah Badawi masih menjadi Perdana Menteri dan Kalimullah Hassan sahabat KJ sebagai penasihat media, Ibrahim sudah lama kelihatan berenang di Pantai Cahaya Bulan.
Begitu juga Tun M sudah lama dirantai pergerakan dan dikunci mulutnya.
Najib sudah pasti mahu berbuat demikian namun bimbang kes Altantunya yang mengekorinya akan menjadi senjata Mahathir.
Bukankah Nazri Aziz menjadi jurucakap Najib Razak. Mahathir dan Ibrahim Ali tidak terlepas dek amarannya.
Begitu juga dengan KJ yang menganggap beridea reformis seperti Najib. Satu Malaysia untuk semua kaum kata Najib.
Inilah yang KJ mahu tunjukkan kepada rakan-rakan di dalam kabinet dan parti. Dia mahu naikkan imejnya semula yang sudah tercalar berbanding Ibrahim yang masih mahu mencium keris Hang Tuah.
Bagi mereka, Mahathir dan Ibrahim kelihatan seperti kucing tidak bergigi. Tikus pun boleh berlari-lari di atas kepala jika mahu.
Apa kata Ibrahim ajak KJ berdebat dalam isu yang dipertikaikannya?
Tak malukah Ibrahim apabila KJ mengatakan BN akan kena tempias jika mendekati Ibrahim ?
No comments:
Post a Comment