Letak kereta Hospital UM : Bukan semua profesor bijak
Kepayahan orang ramai masuk keluar ke tempat letak kereta di Pusat Perubatan Universiti Malaya bukanlah perkara baru.
YB Lim Kit Siang seorang wakil rakyat yang saya kira prihatin tentang perkara-perkara yang melibatkan masyarakat membangkitkan di dalam blognya.
Salah seorang wakil rakyat Malaysia yang boleh diberi anugerah cemerlang. Urusan masyarakat menjadi keutamaannya.
Sejak tahun 2006 lagi, masalah ini sudah menjadi rungutan orang ramai yang berurusan dengan hospital berkenaan.
Saya melihat sendiri bagaimana kenderaan bergesel di dinding bangunan, terlanggar kereta lain, mengambil masa sehingga lima puluh minit untuk turun dan sebagainya.
Pernah saya memberikan pandangan kepada Pengarah Hospital ketika itu, Profesor Dr Mohd Amin Jalaludin - jika saya tak silap namanya.
Semasa saya berbual dengan beberapa orang pengawal yang menjaga lalulintas di situ, mereka memberitahu, "Encik janganlah tegur orang atasan hospital ini tentang tempat letak kereta. Mereka semua profesor. Payah diajar. Biarkan saja. Bukan mereka tak tahu".
Peliknya, tiada wakil rakyat Melayu yang tahu atau ada yang sengaja tidak mahu tahu dan uar-uarkan tentang kelemahan sistem yang dilaksanakan oleh mereka yang 'bangang' di Hospital Universiti itu.
Jika tidak sudah lama sistem ini dibaiki.
Jangan terkejut, seperti kata pengawal itu lagi, bukan semua profesor itu bijak.
Jika rajin, baca tulisan pembaca blog LKS:
No comments:
Post a Comment