Saman trafik : Rakyat didahulukan
Tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyaman pemandu-pemandu mula menimbulkan keresahan.
Ada yang memberitahu bukan kesalahan terbaru sahaja yang PDRM saman malah kejadian empat atau lima tahun dahulu dikorek dan dibawa ke hadapan.
Tiada potongan diberikan ketika hendak membuat bayaran.
Bila sudah bayar di kaunter bayaran saman PDRM, pemandu yang disenarai hitam masih belum dapat berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mendapatkan cukai jalan.
Ramai yang merungut. Ada yang mengambil masa empat atau lima hari untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka.
Kata mereka, PDRM pandai menyaman tetapi tidak cekap dalam urusan perkomputeran bagi membatalkannya sesudah bayaran dilakukan.
Orang kampung pula menuding jari ke arah Najib Razak. Ada yang marah-marah mengatakan pilihanraya sudah dekat. Kerajaan Barisan Nasional kurang wang.
PDRM digunakan untuk memenuhi hasrat Perdana Menteri - rakyat didahulukan.
Entahlah. Apa guna saman yang bertahun kebelakang didahulu dan diutamakan !
Bukankah mahkamah pernah membuat keputusan bahawa saman ekor tidak sah ?
Jangan-jangan jadi macam judi sukan. Lontar isu dan tarik balik atau kurangkan kadar saman.
Maka Najib, Umno dan BN akan dipuji.