Sunday, December 13, 2009

Shahanim mahu Puteri menerajui blog


Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menerusi Naib Ketua Kebangsaannya Shahanim Bt Mohamad Yusoff nampaknya berusaha bersungguh-sungguh memberikan semangat kepada ahli pergerakan itu supaya mempelajari cara membuat blog.


Beliau dan jawatankuasanya mengadakan bengkel selama tiga hari di Merdeka Beach Resort Sungai Petani Kedah semata-mata bagi merealisasikan hasrat dan harapannya itu.


Dalam pertemuan singkat dengan Shahanim, beliau memberitahu, “Saya menaruh harapan agar dapat menganjurkan kursus penulisan blog kepada anggota dan kepimpinan pergerakan Puteri di semua tempat supaya memudahkan kita menangkis tohmahan atau fitnah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang”.


“Saya juga berharap sangat agar kita boleh bersiap sedia menghadapi segala suasana perang siber sebelum pilihanraya umum ketiga belas akan datang” kata Shahanim lagi.


Beliau juga menggalakkan ahli pergerakan itu samada di Kedah atau seluruh Malaysia mengadakan blog sendiri bagi menyampaikan maklumat dan berita terkini kepada komuniti setempat.


Walaupun pertama kali berjumpa dengan Shahanim, saya nampak semangat dan visinya untuk membawa pergerakan yang diterajuinya ke alam siber iaitu satu media baru, berpengaruh dan berkuasa buat masa ini sangat berkobar dan berwawasan.


Beliau menyatakan cita-cita dan harapannya itu akan dimulakan di Kedah sendiri iaitu negeri perintis perjuangannya.

4 comments:

komando said...

Takyah lah, sudah lambat duh
Kalau puteri nak cerita abang besar kamu semua dah lama lagi duk cerita dan cerita semua keluar karut berlaka

siapa nak baca hampa punya propaganda murahan lagi?

siapa tidak tahu tahi umno dari atas sampai bawah

lagi lagi tun mamak sendiri dah konpom umno busuk dari atas ke bawah

apa nak kita dengar yang kita tidak tahu?

AFRAR YUNUS said...

salam sdra komando,
disaat RPK menulis PR sedang lena, puteri UMNO hebat memperjuangkan media baru. soal menang atau kalah, adalah soal kedua. semangat mereka perlu dicontohi.
tk

Khomeini said...

Salam Tuan,
Bukankah ini Shahanim yang terlibat skandal dengan Mahdzir Khalid Menteri Besar Kedah sehinggakan isteri Mahdzir Noraini mengamuk di Pejabat MB masa itu ?

AFRAR YUNUS said...

salam sdra khoemini (nama imam besar di Iran),
saya pernah terbaca beberapa cerita mengenai perkara ini dan ada mendengar pro dan kontra dari pihak tertentu. namun saya kurang pasti sejauh mana ianya benar. mungkin yang empunya diri boleh menceritakan sesuatu untuk kepastian.
wallahua'lam.
tk sdra