Saturday, December 5, 2009

Doa sama untuk hakim yang tidak amanah

Berkaitan doa yang disyorkan oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan terhadap kezaliman yang dilakukan oleh Mohd Najib Tun Razak kepada penduduk Kelantan, ramai yang bersetuju sangat.

Malah ulama memberikan contoh bahawa doa seperti ini pernah dipanjatkan oleh Rasulullah ketika baginda dizalimi oleh kaum Quraish.

Bukan setakat itu sahaja, ramai yang mahukan agar doa yang serupa dipohon untuk hakim-hakim yang mengendalikan kes-kes di mahkamah-mahkamah rendah dan sehingga ke mahkamah-mahkamah tertinggi di Malaysia.

Nampaknya politik di Malaysia sudah tidak mengikut lunas kemanusiaan apatah lagi mahu digunakan budi bicara.

Politik Malaysia merestui melanggar perjanjian, membiarkan pembunuh Altantunya bebas, melabelkan syuhada Memali sebagai penjenayah, pemimpin pengkhianat sebagai wira, perasuah anak didik UMNO dan BN sebagai pelapis pemimpin, perogol sebagai pembela ekonomi bangsa. SPRM dan PDRM yang khianat dan menzalimi rakyat sebagai pembela Ketua UMNO dan BN, wang dan harta negara yang dilarikan penjenayah dikekalkan sebagai menteri dan bermacam lagi.

Apakah golongan ini sebagai penjenayah-penjenayah mahu rakyat mendoakan supaya mereka terus bermaharajalela dan masuk syurga ?

Akhirnya kepada Allah swt jua kita mengadu dengan berdoa.

2 comments:

Anonymous said...

Saya pula teringat kisah sedih Nabi ke-zaliman yang di-perlakukan oleh penduduk Taif terhadap Rasul.

Tidak pula Rasul mendoakan pecah perut, laknat dan sebagai nya terhadap mereka yang menzalimi baginda malah Baginda telah mendoakan agar mereka di-berikan Allah taufik dan hidayah serta iman agar suatu hari nanti anak-cucu merka akan beriman kepada Allah dan Rasul nya.

Sungguh mulia sifat Nabi berbanding dengan sifat tercela dan jijik NIK NAJIS.

Semoga Allah melindungi kita semua dari sifat-sifat tercela.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra,
doa orang tertindas tidak ada hijabnya. tidak salah bermunajat kepada allah swt. sama-samalah kita memohon.
tk