Thursday, December 10, 2009

Politik Kelantan : Tanam delima tumbuh peria ?

Utusan Malaysia melaporkan bahawa "Nik Aziz menyifatkan Mahfuz memandai-mandai".

PAS baru memegang satu negeri. Belum satu negara.

'Kalut' tak habis-habis dengan politik keluarga. Sekejap Menteri Besar Kelantan, sekejap anak lelakinya Nik Abduh, sekejap anak perempuannya Nik Amalina dan kerap menantunya Ariffahmi.

Pemerhati politik berpendapat, Menteri Besar Kelantan terjerat dalam isu keluarganya.

Menuding jari pada UMNO dan Barisan Nasional sangat mudah dan dibolehkan tetapi janganlah berbuat begitu pada PAS parti yang dipimpin oleh 'orang-orang dari langit'.

Sebelah tangan jarinya lima
Dua tangan jari sepuloh
Niat di hati tanam delima
Sampai masa peria yang tumbuh.

Sayang Mahfuz pada Tok Guru, sayang lagi Amalina, Abduh dan Ariffahmi pada bapa dan mertua mereka.

2 comments:

ALI MAIDIN said...

Sedap pantun tu. Nanti akan dikoleksikan.

Pas hendaklah dilihat parti yang boleh ditegur secara terbuka dan bersdia berubah segera jika benar teguran tu. Jangan jadi macam Umno - mengISAkan setiap teguran.

Mek said...

Hello kawe, mu dok perli sapo ni ?