Saturday, December 26, 2009

Alor Setar : Sesak di Bangunan Persekutuan Anak Bukit

Kakitangan perkhidmatan awam jabatan-jabatan persekutuan di Alor Setar yang diarah berpindah ke Bangunan Persekutuan Bandar Muadzam Shah Anak Bukit melahirkan kekesalan kerana terpaksa tunggu lama untuk masuk semula ke kawasan pejabat berkenaan semasa hendak memulakan tugas pada waktu pagi.

Mereka terpaksa ke 'pusingan u' sejauh satu kilometer ke hadapan dan berpatah balik dalam jarak yang sama sebelum dapat masuk ke kompleks pentadbiran tersebut.

(Sila klik gambar untuk melihat pandangan sebenar. Kenderaan bertali-arus di pusingan u untuk berpatah balik. Kompleks pejabat membelakangi gambar)

Kesesakan sejauh satu hingga dua kilometer itu sering menatijahkan kad perakam waktu mereka merah.

Mereka berharap agar pihak Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perdana Menteri sebagai penyelaras projek berkenaan mengambil tindakan pantas untuk samada membina jejambat susur keluar ke bangunan itu atau memasang lampu isyarat.

"Walaupun sejak dua minggu ini ada polis trafik yang diminta membantu, namun kami percaya ianya adalah penyelesaian untuk jangka waktu pendek sahaja" kata Abdullah Ali yang bertugas di Jabatan Perangkaan.
(Foto:alkerohi)

3 comments:

MANSOR JUNUS said...

Pejabat2 Kerajaan akan sentiasa sesak bukan sahaja sebab kakitangan tetapi juga orang2 ramai yang datang untuk berbagai2 perkhidmatan. JKR patut sudah sedar perkara seperti ini. Kenapa tidak awal2 buat peruntukan ini. Budibicara dan akal fikiran duduk dimana ?

cicitHJHASSANu said...

salam tuan....

mudah2an dapat selesai dengan segera...kemajuan bermula segi perkhidmatannya.

kalau diperingkat bawahan/kecil pun terkulat-kulat,dah tentu yang di atas berlapuk..wallahua'lam

AFRAR YUNUS said...

salam sdra mansor
tadi saya dimaklumkan bahawa ketika mula perancangan bangunan itu, jalan baru tidak termasuk. pertengahan projek, baru dirancang jalan itu. seperti kata saudara, JKR sepatutnya boleh ubah plan di tengah pembinaan. tapi, biasalah. jika dah buat sekaligus, mana ada projek selepas itu. jadi buat dulu, kemudian buat lagi dengan peruntukan baru. merugikan.

II.salam sdra cicit hj hassan
kita tunggu berapa lama perlu diambil untuk perubahan ini. perkhidmatan yang bertindan dengan kos yang berkali ganda sudah pasti merugikan rakyat. apapun seperti kata saudara, dapat diselesai segera.
tk