Sunday, November 1, 2009

Sidang Gerakan lebih bertenaga dari UMNO

Ada beberapa perkara yang dibincangkan di dalam persidangan ke 38 parti Gerakan yang sedang berlangsung itu boleh dibanggakan.

Pertamanya, mereka melalui presidennya Koh Tsu Koon meminta kerajaan menilai dan memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap institusi seperti kehakiman, SPRM dan Polis.

Bagi Gerakan, untuk memerangi jenayah dan rasuah ianya memerlukan 'political will'. Pada hemat saya, Gerakan sudah bosan dengan ucapan, slogan dan acara memukul gendang dari UMNO.

Saya kira Gerakan lebih baik dari UMNO dalam soal ketelusan. Mereka mahu ketirisan seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara bukan sahaja disiasat tetapi tindakan keras diambil terhadap mereka yang terlibat dalam penyelewengan yang didedahkan.

Layanan yang tidak adil dan kurang sopan dari penjawat awam dilihat Koh sebagai perkauman kerana majoriti penjawat awam adalah orang Melayu. Bagi Gerakan, hal seperti ini sepatutnya sudah tidak wujud.


Nampaknya Gerakan satu-satunya parti yang sering membangkitkan masalah kadar tol yang tinggi.

UMNO parti ketuanan Melayu yang kerap meneriakkan bahawa orang Melayu masih dhaif dan ketinggalan gagal menjuarai isu tol di atas kepentingan kroni.

Di pentas yang berlianan, pemimpin UMNO merasakan majoriti Melayu kampong adalah sama seperti mereka yang kaya raya dan jutawan segera.
Jadi soal tol bukan merupakan masalah.

Tertarik dengan ucapan Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe. Beliau berkata kemenangan Bagan Pinang jangan diambil kira sebagai rakyat sudah mula menyokong BN.

Baginya konsep rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan hendaklah dilihat dalam bentuk yang lebih global.

Soal hendak membawa Gerakan keluar Barisan Nasional merupakan usul gertakan dan menilai pasaran sahaja. Pada tahun lepas, usul seperti ini telah dipersembahkan.

Usul 1BN yang diketengahkan oleh pemuda dengan mengharapkan agar UMNO lupakan DEB, ketuanan Melayu dan perkara seumpama dengannya bakal melukakan kembali kudis Gerakan.

1 BN merupakan idea baru dari Gerakan namun dikhuatiri ianya hanya akan tinggal slogan sahaja.

Saya kira kenyataan Mohamed Aziz dari Seri Gading yang mahukan Koh meletakkan jawatan perlu dilihat dari kacamata yang positif.

Najib sendiri mendedahkan bahawa perlantikan Koh sebagai menteri adalah kerana membalas jasa Gerakan kepada BN.

Maksudnya bukan kerana ketokohannya sangat. Itu sebab Idris Jala pula dilantik bagi membantunya.

Eloklah jika Koh meninggalkan kabinet Malaysia. Heret sama Ong Tee Keat yang dikatakan degil itu.

Apapun, saya melihat persidangan Gerakan lebih bertenaga dari UMNO yang banyak retoriknya.
(Foto:Malaysiakini)


1 comment:

Anonymous said...

Bila jawatankuasa siasatan Audit Negara turun ke Kelantan utk siasat masalah pembalakan siapa agaknya akan panas punggung ya.