Saturday, November 28, 2009

Siapa lebih ganas : Chin Peng atau Polis Perlis

Jika betul laporan ini, apakah Chin Peng lebih ganas dari Polis Perlis atau kedua-duanya sama ganas atau Polis lebih ganas ?

Dahulu, Parti Komunis Malaya diketuai oleh Chin Peng. Kini PDRM diketuai oleh Musa Hassan. Jangan biarkan rakyat samakan cara mereka berfungsi.

Oleh itu , untuk mengetahui betul atau tidak kejadian tersebut, satu Suruhanjaya Bebas perlu diwujudkan untuk 'mewangikan' nama polis yang sudah 'bangar'.

3 comments:

Zack said...

Salam..

Di sini saya ingin berkongsi cerita yang saya dapat mengenai hal di Perlis tersebut. Antara fakta yang tidak pernah timbul di media adalah:
- Tujuan si mati persi ke Alor Star. Difahamkan untuk bersuka ria di kelab malam. Rakannya terpaksa balik kerana sudah lewat dan esoknya perlu bekerja. Tetapi si mati tetap mahu berseronok lagi maka terpaksa ditinggalkan.
- Benarkah si mati berjalan kaki dari Alor Star ke rumahnya di Perlis? Maklumat yg saya ada ialah dia menumpang kereta seorang wanita.
- Si mati memang di kenali sebagai seorang yg bermasalah oleh orang kampung. Malah ada yg kata 'Lebih baik dia mampuih dari dok buat masalah kat kampung ni'.
- Berapa lama masa yg diambil oleh polis untuk mengekori si mati? Lama juga sebenarnya. Berlari kesana dan kesini kemudian bersembunyi dalam belukar. Dan akhirnya terpaksa ditembak setelah tiba2 keluar dari persembunyian dan cuba menyerang anggota polis menggunakan senjata tajam. Polis dah bagi tembakan amaran dan kemudian terpaksa tembak kerana mengancam keselamatan mereka. Setelah ditembak, ikut SOP polis kena gari dulu. Pada masa ni anggota polis berkenaan juga tidak tahu bahawa tembakan itu telah membunuhnya tetapi sebagai langkah berjaga2 polis kena gari dulu sebelum apa2 yg lain berlaku. Orang ramai yg tiba kemudian di tempat kejadian nampak sorang pemuda dengan tangan bergari dan kesan tembakan di dada. Siapa pun kalau tengok masa tu akan nampak macam polis tembak lepas gari.
- Kes ini sekarang disiasat oleh Polis Kedah bagi mengelakkan sebarang 'onflict of interest' memandangkan yg terlibat adalah seorang Ketua Balai yg ada hubungan baik dengan Ketua Polis Perlis.

Jika ada yg mempunyai maklumat yg boleh dikongsi harap dapatlah dinyatakan. Maklumat yg saya dapat adalah dari sumber yg berada di kawasan kejadian.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra zack
tk di atas maklumat.

kata sdra zack, "Jika ada yg mempunyai maklumat yg boleh dikongsi harap dapatlah dinyatakan. Maklumat yg saya dapat adalah dari sumber yg berada di kawasan kejadian"

mungkin ada maklumat lagi ?
tk

Anonymous said...

Salam Tuan
Budak budak peringkat umur remaja jika OKU atau nakal, bukankah ada tempat khas untuk pemulihan ? Kenapa perlu ditembak.