Monday, November 23, 2009

MB Kedah sampaikan 346 ekor lembu korban


YAB Menteri Besar Kedah Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak hari ini menyerahkan lembu-lembu kepada Jabatan-jabatan Kerajaan, kawasan DUN, kawasan parlimen, dan NGO dalam Majlis Penyerahan Lembu Korban Bagi Tahun 1430 Hijrah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti Alor Setar pada pagi tadi.

Sejumlah 346 ekor lembu yang disumbangkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dan beberapa badan koporat termasuk individu pada majlis tersebut disampaikan terus kepada penerimanya.

"Ini adalah pemberian hasil keuntungan GLC berkenaan" kata Menteri Besar.

Dalam ucapannya beliau berkata, "pengorbanan manusia dinilai melalui ketaqwaan dan taqw
a inilah yang sampai kepada Allah swt".

[Gambar alkerohi : Lori-lori yang membawa 346 ekor lembu]

2 comments:

ALI MAIDIN said...

Kerajaan PR Selangor dan Kedah dah agih lembu untuk korban. Antara penyumbang lembu ialah anak syarikat negeri.

Soalanya yang berkorban ini siapa. Orang ke syarikat?

Entahlah. Jika syarikat untung kena keluar zakat, memang kita tahu. Tetapi tak pernah pula saya dengar hukum syarikat diwajibkan berkorban.

Tolong jawab bib.....

AFRAR YUNUS said...

salam tuan ali,
Siapalah saya untuk memberikan jawapan sedemikian. Namun jabatan mufti negeri kedah ada jawapan seperti ini:
-asasnya lembu yang diberikan oleh kerajaan negeri sempena eidul adha atas nama jabatan tidak boleh dijadikan korban kerana iainya atas nama suatu jabatan secara umum tidak khusus. Hokum korban hendaklah lembu itu diletakan atas nama individu secara paling makasima 7 orang yang menepati 7 tompok.
Namun lembu itu boleh dijadikan korban jika, wakil kerajaan negeri menyerahkan lembu itu kepada seorang indiividu dari jabatan yang menerima (samada ind tersebut ketua jabatan atau mana-mana kakitangan dijabatan itu) sebagai penerima bagi pihak jabatannya.

apa-apa kemuskyilan, jabatan mufti boleh dihubungi.
tk