Friday, July 24, 2009

Mirza bebas tuduhan rasuah

Mirza Mohammad Taiyab Beg Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini dari tuduhan rasuah.

Mirza yang digantung kerja sejak 13 Ogos 2008 dijangka akan dikembalikan ke perkhidmatan awam sebaik sahaja Lembaga Disiplin di Kementeriannya bersidang.

Heboh bagai nak rak. Telor sebiji riuh sekampung SPRM ni. Kerja dia - awal-awal lagi memalukan tertuduh.

Prosidur menghebahkan kes kepada media oleh SPRM sebelum ada apa-apa lagi perlu dikaji semula.

Jerung sentiasa terlepas. Ikan bilis yang di'tokak dan diratah'.

Kesatuan Sekerja Pelancongan Malaysia nampaknya memberikan sokongan yang kuat kepada Mirza.

Inilah akibatnya apabila orang politik campur tangan dalam kerja-kerja pentadbiran. Azalina Othman Said ada main belakangkah?

Apapun Azalina sudah disepak keluar dari politik UMNO dan bukan lagi menteri di mana-mana kementerian.

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulilah kami rakan rapat mirza tau beliau tidak bersalah tapi atas desakan menteri les yang banyak porak poranda pelancongan malaysia ni lah yang berada di blakang tabir yang cuba memerangkap mirza.Jangan terkejut lagi satu kes world expo shanghai menanti untuk di bongkar berkenaan dengan tender pavillion,kami tau yang decide memilih company pharmacy itu ialah Menteri pelancongan yang baru di lantik,jawatankuasa tender tidak mempunyai kuasa untuk membantah keputusan menteri,hari ini keluar kenyataan KSU pelancongan yang menyatakan pemberian tender mengikut peraturan bulll shit!!!!We know bukan jawatankuasa yang decide tapi menteri itu sendiri yang mempunyai kepentingan dah sudah tentu mendapat habuan di atas pelantikan konsep minagkabau.

Anonymous said...

Tuan
ada orang kata, sprm pakat dgn mirza hendak jatuhkan azalina .....