Bengapkah pegawai SPRM ?
Sewaktu saya menjadi pelajar di ITM, gerakan mahasiswanya walaupun tidaklah sehebat zaman Anwar, tetapi masih boleh dikira berbisa juga di peringkat dalaman.
Saya tidaklah bercadang untuk masuk bakul dan angkat sendiri.
Alhamdulillah, kumpulan kami yang boleh dikatakan sederhana dalam semua bidang - akademik, sukan, persatuan pelajar, kerja amal siswa, pergaulan (dengan batas) dan sebagainya, mudah memasuki alam pekerjaan.
Ada pula satu golongan sahabat-sahabat kami yang menjadi ulat buku. Kerja dia belajar siang malam. Setiap semester keputusan peperiksaan cemerlang - CGPA 3.6 ke atas malah ada yang termasuk senarai cemerlang dekan.
Selepas tamat pengajian, segelintir dari puak ini payah mendapat kerja tetap sehingga ada yang berniaga insuran, menjual produk secara piramid, jualan langsung yang lain dan sebagainya. Bukan minat mereka ke arah itu, tetapi kata mereka, 'terpaksa'.
Sehinggalah berlanjutan tujuh lapan tahun - mereka berjaya dalam temuduga dan bekerja dengan BPR (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
Ada dari mereka yang pernah terlibat secara langsung dengan kes Pairin Kitingan di Sabah dan melahirkan rasa meluat akan 'ending' kes tersebut.
Ketika di kampus, mereka ini tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti persatuan, sukan, kurang bergaul dan hanya tahu 'study' sahaja. Mereka sendiri bersetuju telah menjadi 'bengap' kerana kurang berkomunikasi.
Apabila 'join' dengan BPR, hubungan mereka dengan dunia luar semakin sempit. Sudahlah tidak pandai berkomunikasi, tak erti macamana nak membawa diri. Bukan semua. Ini segelintir yang saya maksudkan.
Cuba bayangkan, apabila 'the real case' berada dihadapan mereka, apakah cara atau pendekatan yang mereka gunakan. Harimau yang lapar? Kucing kejar tikus ? Saya tidak nafikan mereka dihantar berkursus.
Namun bagi saya dunia teori sangat berbeza dengan dunia amali.
Saya bersyukur - ramai dari sahabat-sahabat ini setelah beberapa tahun di BPR sudah meninggalkan agensi berkenaan dengan pelbagai alasan - meluat, double-standard, hipokrit, takda gigi, terima arahan orang atasan, susah buat kerja dan pelbagai lagi.
Kawan-kawan atau sahabat yang masih di SPRM, diharap minda anda akan menjadi lebih terbuka, pandangan lebih meluas dan akan menjadi manusia sejati.
Empatilah dengan kes. Bayangkan kes dihadapan anda adalah ibu, ayah, kakak, abang, adik dan mertua anda. Jangan ghairah dan bongkak dengan akta SPRM.
Di zaman Musa Hitam, ada kawan-kawan anda juga terlibat dengan kes rasuah. Masih anda ingat. Beberap bulan yang lalu, saya pernah menasihatkan seorang daripada rakan anda yang terlibat memijak perut isterinya yang sedang mengandung.
Anda bukanlah maksum. Anda juga bukan malaikat.
Jika betullah apa yang dihebohkan tentang SPRM, kami kira ketua anda lebih lebih layak digelar bengap dan bangang. Makan gaji buta.
Anda ada dua pilihan. Jadilah macam sahabat-sahabat saya. Tinggalkan agensi itu jika kekuatan dalaman anda tidak berkeupayaan.
Atau, kekallah di lorong itu.
1 comment:
Setuju dengan artikelll..ini
Berusahalah untuk bekerja dengan jujur kerana kita akan dihisab di pengadilan Ilahi. Beria-ia sangat hakikatnya tak kemana...ada sapa-sapa hidup 100 tahun. Kalau tak ada anggaplah hidup ini hanya sementara.. Cari lah rezeki yg bersih untuk mengelak bencana dunia dan akhirat. Renungkan kejadian kemalangan jalanraya yg menjadi-jadi. Cuba fikir duit halal kah kita beli tayar, beli kereta, isi minyak, beri anak. Semoga kita dihindari dari bencana.
Pesanan ini ditujukan pada diri sendiri, polis, sprm, kastam dan semua pekerja/peniaga yang mencari rezeki di Planet ke-3 ini.
Galaksibimasakti
Post a Comment