Monday, June 29, 2009

Kelantan makan Kelantan

Dahulu apabila disebut sahaja ‘orang Kelantan’, maka terbayanglah semangat kerjasama dan bantu-membantu sesama sendiri biar di mana mereka berada.

Hatta orang Kelantan ini pernah digelar dan dikenali sebagai mengutamakan kaum kerabat atau puak mereka sendiri.

Namun di dalam politik Malaysia kini, semangat ini sudah banyak berubah.

Tun Dr Mahathir Mohamed pernah membuat pengakuan bahawa Mustapa Mohamed ahli parlimen Jeli sekarang pernah mencadangkan kepada beliau untuk menahan dan memberhentikan apa-apa peruntukan kerajaan persekutuan kepada rakyat Kelantan sebagai hukuman tidak menyokong Barisan Nasional.

Bukan setakat Mustapa, Dr Awang Adek Hussin juga pernah mahu mendera dan menyeksa penduduk negeri Kelantan demi memenuhi temboloknya sendiri.

Beliau pernah dipetik sebagai berkata, jika Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan negeri, maka geran tahunan sejumlah RM400 juta yang diperuntukkan untuk negeri Kelantan akan ditambah menjadi RM1 billion.

Bermakna, wang untuk pembangunan negeri dan rakyat Kelantan memang ada dan disediakan.

Memandangkan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat adalah kerajaan yang berlainan ideologi dengan kerajaan persekutuan dan berlainan fahaman dengan penerimaan Mustapa dan Awang Adek, maka rakyat Kelantan didera dan diseksa dari segi materialnya.

Terengganu pernah dijadikan mangsa oleh kerajaan persekutuan pada pilihanraya kesepuloh yang lalu. Hasil sumber minyaknya dirampas ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Apakah rakyat Kelantan mahu sekali lagi menjadi mangsa kepada Tok Pa dan Awang yang sentiasa memberikan lampu hijau kepada kerajaan persekutuan untuk menindas dan mendera penduduk Serambi Makkah ini ?

Rupa-rupa diamnya Mustapa dan Awang ada udang di sebalik batu.

Dihadapan orang kampong mereka menjadi Lebai Ketayap tetapi ketika bersama pemimpin UMNO mereka menjadi pula Lebai Pulut.

Pilihanraya kecil Manik Urai (N41) akan diadakan pada 14 Julai depan. Masih belum terlambat.

Nampaknya rakyat Kelantan sekali lagi berhadapan dengan penipuan yang dibuat oleh UMNO dan Mustapa serta Awang Adek bilamana mereka bersekongkol lagi dengan kerajaan persekutuan bagi menafikan hak petroleum untuk rakyat dan negeri Kelantan.

"Hasil kajian kita mendapati dalam perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia," kata Saifudin Nasution ahli Parlimen Machang.

"Dianggarkan royalti minyak yang tidak dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada Kelantan telah berjumlah RM1bilion sejak tahun 2002" kata Saifudin lagi.

Penduduk Manik Urai yang mengambil keputusan untuk mengundi Mohd Fauzi Abdullah pastinya akan membawa satu isyarat kepada Mustapa, Awang dan kepada kerajaan peresekutuan bahawa masyarakat Manik Urai bukanlah “berminda kampong”.

Jadi takkan mahu mendengar ayat, Kelantan makan Kelantan. Nyahkan pengaruh Tok Pa, Awang, UMNO dan BN di Manik Urai itu.

Thursday, June 25, 2009

TNB Alor Setar kerap putus bekalan

Tenaga Nasional Berhad (TNB) kawasan Alor Setar dicemuh oleh penduduk di Jalan Sultanah terutama sekali mereka yang tinggal di Jalan Fajar.

Kata mereka, dalam bulan ini sahaja sudah empat kali bekalan elektrik terputus dan yang paling lama ialah bermula dari jam sepuloh malam dan pulih keesokkan harinya jam enam dua puloh pagi. Lebihkurang lapan jam lamanya.

Jika kejadian ini boleh diibaratkan sebagai 'diluar jangkaan', penduduk di kawasan itu bimbang apa impaknya jika perkara seumpamanya berlaku kepada MAS dan Feri Pulau Pinang. "Sudah ramai yang akan mati" mengeluh seorang penduduk.

Rata-rata penduduk menyifatkan persediaan TNB tersangat kurang. Difahamkan pembangunan di kawasan tersebut dari segi penambahan penduduk, pertambahan rumah kediaman, sekolah, masjid dan sebagainya semakin banyak.

Namun bekalan elektrik yang disalurkan masih dengan kuasa yang lama. Ianya tidak dapat menampung pertambahan yang berlaku.

Ada yang mengadu perlatan elektrik di rumah seringkali mengalami kerosakkan. Terpaksa menukar mentol, gangguan pada moto mesin basuh rosak, kipas , tv, air-cond dan yang paling ketara lampu seringkali malap.

Penduduk di Jalan Fajar mengharapkan agar TNB lebih peka dengan masalah masyarakat.

Terbaru, kejadian malam tadi di mana tiang TNB yang sama berhadapan Sekolah Syed Omar dan Sekolah Sultanah Bahiyah mengalami kerosakkan hampir empat jam. Dikatakan perkara seperti ini sering berlaku selepas waktu maghrib.

Ini telah menyebabkan kesesakan lalulintas di sebelah paginya apabila kesemua lampu isyarat di Jalan Sultanah tidak berfungsi.

TNB hendaklah bertindak sebagai satu agensi yang profesional. Aduan pengguna hendaklah diambil berat. Jangan hanya impikan keuntungan sedangkan pengguna mengalami kerugian yang bukan sedikit.

"Wan" Malaysia 'wan' GLC pembekal tenaga elektrik. Itu sebab agaknya mutu perkhidmatannya merosot.

Monday, June 22, 2009

Letak kereta di K.Baharu - Penguatkuasa kurang teknik didikan

Apabila orang mengatakan Kelantan tertinggal dan mundur sejak di bawah pemerintahan PAS, saya menyangkal dakwaan tersebut.

Banyak juga pembangunan dilakukan di sana baik oleh kerajaan negeri atau pihak swasta termasuk indidvidu-individu korporat.

Setiap dua atau tga bulan sekali, saya terpaksa ke Kota Baharu di atas urusan peribadi.

Perjalanan dari Alor Setar atau Pulau Pinang ke Keroh, Gerik, Banding, Bukit Bunga, samada ke Machang atau Pasir Mas jelas membuktikan ramainya pengguna jalanraya ke bandar Serambi Makkah itu.

Adakalanya saya memikirkan perlu ada satu laluan baru dari Tanah Merah terus ke kota Darul Naim kerana jalanraya sediada menuju ke Kota Baharu terlalu sibuk dan pelbagai ragam pemandu melambatkan perjalanan kecualilah pada hari-hari tertentu.

Paling membosankan saya ialah ketika berada di bandar Kota Baharu. Sudahlah tempat letak keretanya sedikit, kerap pula pengguna disaman oleh Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatannya.

Seawal jam 8.10 pagi Penguatkuasa ini sudah berkeliaran di tempat-tempat letak kereta. Mereka mula menyaman. Bayangkan jam berapa mereka keluar rumah dengan misi menyaman pengguna tempat letak kereta ini.

Seolah-olah hanya bertugas untuk mengutip hasil dari industri pelancongan dengan cara kurang beradab itu.

Apa salahnya jika tunggu sehingga jam 8.45 pagi atau 9.00 pagi. Bertolak ansurlah sedikit. Ramai pemandu yang berjalan jauh. Selepas solat subuh, merebahkan diri untuk setengah atau satu jam. Keletihan dan perlu istirehat.

Tetapi ini tidak berlaku di Serambi Makkah. Jam seawal 8.10 pagi - sudah ada yang menyaman anda di Kota Baharu.

Lebih baik di Pulau Pinang, Johor dan beberapa negeri lain. Ianya lebih bermoral dan diajar cara mendidik pengguna. Tidaklah se'buta' di Kota Baharu.

Saturday, June 20, 2009

Bukan duit bapa Musa PDRM

Apabila Musa Hassan Ketua Polis Negara tidak merasa apa-apa ketika PDRM disaman oleh orang awam, maka ramailah yang berkata, "apa yang dia nak hairankan, bukan duit bapa dia jika kerajaan diperintah membayar kepada sipenyaman oleh mahkamah nanti".

Saya nak cadangkan.

Selepas ini jika PDRM didapati cuai dan diperintah membayar ganti rugi kepada orang awam, tolonglah jangan guna wang rakyat bagi tujuan itu.

Buatlah kutipan wang sesama anggota PDRM seluruh Malaysia. Bayarlah secara 'gentle-man'.

Kemudian dari itu, barulah Musa akan sedar bahawa adanya pemberontakkan dalaman dari anggotanya sendiri.

Mereka akan berkata , "kenapa kami yang perlu bayar ? "

"Musa, hang sajalah yang bayar. Jadi ketua yang tidak tahu urus anak buah".


Tuesday, June 16, 2009

Lagi tahanan mati dalam jagaan polis

Lagi tahanan mati dalam jagaan polis.

Nasib A Gnanapragasam menjadi tanda tanya . Ada dakwaan bahawa tahanan ini pernah dipukul dengan teruk di dalam lokap dan ada kesan-kesan lebam di muka dan mata kanannya.

Juga difahamkan, tahanan ini pernah mengadu kepada majistret tentang hal ini ketika remannya mahu disambung polis.

Apa kata majistret berkenaan ?

Itu kena tanya Ketua Hakim Negara.


Malaysia yang dipimpin oleh Melayu UMNO menjadi bahan ketawa dunia.

Monday, June 15, 2009

Stadium T'ganu tempat pelancongan baru

Terengganu melahirkan sebuah lagi pusat pelancongan baru ?

Kelmarin ketika di Terengganu, mengambil peluang melihat sendiri sebahagian dari stadium yang sudah runtuh itu.

Ianya kelihatan seperti sebuah tempat pelancongan baru. Apa tidaknya ?

Bukan sahaja orang dari luar Terengganu malah penduduk tempatan yang begitu ramai mengambil peluang melihat sendiri "lumpuh"nya sebuah aset milik rakyat akibat kecuaian dan ketidaktanggungjawaban pemerintah.

Beratus juta telah dibelanjakan. Projek diberi kepada kroni. Akhirnya ianya menyembah bumi.

Itulah nasib penduduk 'Ganu Kite' memlih ketua kerajaan yang sebegitu rupa.

Bukan saya yang kata.

Itu yang disebut-sebut oleh segelintir rakyat Terengganu yang ada kesedaran demokrasi. Itulah yang disebut-sebut sesama ahli UMNO yang menjadi kerajaan dahulu dan sekarang.
(Gambar:alkerohi)

Tahniah Iran

Tahniah kepada rakyat dan kerajaan Republik Islam Iran di atas kemenangan Mahmoud Ahmadinejad sebagai Presiden bagi sebuah negara yang tidak dapat dicucuk hidung dan ditarik ke mana-mana seperti lembu.

Wednesday, June 10, 2009

UMNO Kedah sudah runtuh dan cair

Sebentar tadi singgah di Baling, Kedah. Pekan yang bersempadan dengan kampung saya, Keroh. Baik Keroh atau Baling, kedua-duanya merupakan lagenda.

Nama Chin Peng pemimpin Parti Komunis Malaya tidak dapat dipisahkan dengan nama pekan-pekan itu. Keroh menjadi laluan darat Chin Peng anak kelahiran Sitiawan Perak kerundingan Baling pada tahun 1955.

Bukan sahaja penduduk Perak dan Kedah tergamam 54 tahun dahulu tetapi Malaysia dan negara Cina juga turut merasai kepanasan rundingan bersama Tunku Abdul Rahman di Sekolah Rendah Tunku Putera pada ketika itu.

Kini bukan sahaja Baling malah seluruh Kedah tergamam sekali lagi dengan satu lagi kejutan bilamana UMNO kehilangan pemimpin-pemimpin yang satu masa dahulu dikira sebagai berwibawa.

Pemimpin-pemimpin UMNO ini bukannya mati dibunuh oleh Chin Peng tetapi bergelimpangan dek tindakan Najib.

Beberapa orang veteran UMNO yang ditemui melahirkan rasa kesal dengan tindakan Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri ‘wan’ Malaysia yang melantik Shafie Apdal sebagai Ketua Perhubungan UMNO Kedah.

“Saya malu sungguh. Kita ada Tan Sri Osman Aroff bekas Menteri Besar yang cukup disegani dan teruja. Kenapa tidak melantik dia untuk sementara sebagai Ketua UMNO Kedah” kata veteran yang sudah berusia 80 tahun itu.

“Afifudin Omar masih ada. Bekas exco kanan Abdul Rahman Ibrahim besar jasanyanya, Sanusi Junid juga masih boleh pakai. Saya hairan apa motif Najib” marah Pak Din bekas komando yang sudah kabur penglihatannya.

“Apa salahnya Tun (Mahathir) dalam hal ini. Ketika mahu jadi perwakilan G7, beliau dipinggirkan. Sekarang dalam kepimpinan di Kedah Shafie Apdal pula diutamakan” sambung seorang lagi veteran UMNO.

Nampaknya bukan sahaja tindakan Najib tidak diterima, malah kepimpinan Shafie Apdal ditolak.

Peranan Ahmad Bashah sebagai timbalan Shafie dianggap sebagai mengarut. ADUN Bakar Bata yang kelihatan ‘smart’ dari segi pakaian, dikatakan gagal berfungsi di kawasan pengundinya sendiri.

“Apa nak diharapkan orang yang menang hanya 300 undi. Berapa kali jadi ADUN dan exco tetapi di ’tendang’ keluar oleh orang-orang harapannya” kata Pak Mid penduduk Pumpong.

Bashah disamakan pula dengan Mahdzir Khalid. Mahdzir pula disinonimkan dengan pembawa malapetaka dan penghancur UMNO dan Barisan Nasional di Kedah.

Penangan juadah di atas peti,
Pinang selaya dari kota
Putuslah sudah harapan hati,
Gugur berderai si airnya mata.

Veteran UMNO betul-betul kecewa dengan perkembangan mutakhir politik Kedah. Bagi mereka, UMNO Kedah kini bak langit sudah runtuh, bumi juga sudah cair.

Tuesday, June 9, 2009

Lambang baru kerajaan PAS dan UMNO


Lambang baru parti politik gabungan PAS dan UMNO?

Siapa bakal menjadi Presiden dan Perdana Menteri...

Ihsan dari penarikbeca.

Berpadunya perpaduan.


Saturday, June 6, 2009

Hj Mahfuz terpilih, Mat Sabu tidak

Naib Presiden PAS
Tuan Ibrahim Tuan Man 871undi
Salahuddin Ayub 824undi
Dato' Hj Mahfuz Omar 636undi


Timbalan Presiden
Nasharuddin Mat Isa 480 undi
Datuk Husam Musa 281 undi
Mohamad Sabu 261 undi

Pada yang terpilih tahniah dan syabas. Mereka yang tidak terpilih, diharap terus komited dengan perjuangan membantu saf kepimpinan.

Thursday, June 4, 2009

Calon Timbalan dan Naib Presiden

Kurang berkemampuankah mereka ? Berpuloh tahun di dalam perjuangan PAS, ibarat lilin membakar diri

Saturday, April 25, 2009

Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden

Naib Presiden PAS Mohamad Sabu bersedia bertanding ke jawatan Timbalan Presiden pada muktamar parti itu Jun ini jika dicalonkan.

Katanya, "saya ingin membantu Presiden".

Sejarah dapat menyakinkan bahawa Mat Sabu adalah calon yang layak dan sesuai untuk jawatan itu.

Khidmatnya selama ini kepada parti rata-rata dikatakan sebagai 'berbaloi'.

Orangnya cukup berpengalaman bukan sahaja di peringkat dalam

Tuesday, June 2, 2009

Mahfuz terbukti ketokohannya


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, perwakilan PAS seluruh Malaysia akan membuat pemilihan saf kepimpinan yang baru.

Bagi jawatan Naib Presiden, terdapat seramai lima orang calon.
Mereka adalah Salahuddin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mohd Amar, Mahfuz Omar dan Mujahid Rawa.

Apapun ramai yang berpandangan bahawa salah seorang dari mereka yang perlu diberi perhatian adalah Mahfuz Hj Omar. Bekas Ketua Pemuda dan Ketua Penerangan PAS Pusat sekarang.

Beliau bukan sahaja pemimpin yang disegani dan digeruni di peringkat parlimen, malah di peringkat negeri, kebangsaan dan.......

Wednesday, June 3, 2009

Mampukah Samy dan 'pendatang asing' ajar Utusan

Samy Vellu mahu penulis penghasut di Utusan Malaysia didakwa di bawah Akta Hasutan.

Katanya, penulis tersebut melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang asing.

Bermakna, Samy juga termasuk dalam golongan pendatang asing. Agaknya berbeza sedikit dengan PATI.

Penulis penghasut tidak membayangkan perkara itu.

Mungkin Samy mahu dikategorikannya sebagai PADI - Pendatang asing dengan izin.

Inilah konsep permuafakatan di dalam Barisan Nasional yang diuar uarkan Perdana Menteri Najib Razak sebagai 'wan' Malaysia.

Jika Samy dan parti komponen yang dianggap penulis itu sebagai pendatang asing berjaya membawa penulis penghasut tersebut ke mahkamah, maka bolehlah diandaikan bahawa 'wan'Malaysia sudah berjaya disemai.

Jika tidak, kata orang Kedah, parti-parti politik dalam BN selain UMNO ibarat mengharapkan matahari mensaljikan iklim politik Malaysia.

Samy, MIC, MCA, Gerakan dan 'parti yang ahlinya dikira pendatang asing' oleh penulis penghasut di Utusan Malaysia itu, perlu 'mengajar dan menunjuk jalan' kepada media UMNO itu.

Itupun jika ada 'jantan'nya !

Tuesday, June 2, 2009

Mahfuz terbukti ketokohannya


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, perwakilan PAS seluruh Malaysia akan membuat pemilihan saf kepimpinan yang baru.

Bagi jawatan Naib Presiden, terdapat seramai lima orang calon.
Mereka adalah Salahuddin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mohd Amar, Mahfuz Omar dan Mujahid Rawa.

Apapun ramai yang berpandangan bahawa salah seorang dari mereka yang perlu diberi perhatian adalah Mahfuz Hj Omar. Bekas Ketua Pemuda dan Ketua Penerangan PAS Pusat sekarang.

Beliau bukan sahaja pemimpin yang disegani dan digeruni di peringkat parlimen, malah di peringkat negeri, kebangsaan dan peringkat antarabangsa.

Isu-isu yang sering dibawa beliau menjurus pada kehendak rakyat. Beliau dilihat sebagai salah seorang pemimpin yang sering membuat home work sebelum mebawa isu ke mana-mana peringkat.

Begitu mudah didekati dan disayangi oleh pelbagai lapisan rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Pemilihan beliau sudah tentu dapat membantu presiden dan timbalan presiden. Dengan pengalaman berpuloh tahun di dalam politik dan mempunyai 'track record' yang bersih, cakap-cakap berkaitan dirinya untuk menandingi jawatan Naib Presiden di dalam parti perlu dilihat sebagai satu aset kepada negara.

Dengan adanya beliau di dalam saf kepimpinan nanti, bukan sahaja PAS akan berdiri sama tinggi dengan parti-parti lain malah akan kelihatan lebih gah dan mampu menghadapi cabaran mendatang.

Monday, June 1, 2009

Kerabat diraja Kelantan disuntik sehingga berdarah

Apakah benar cerita menantu diraja Kelantan ini ?

Jakarta - Kekejian yang dialami Manohara Odelia Pinot sungguh mengerikan. Selain tubuhnya disilet, Mano mengaku disuntik bila dia berusaha melawan. Pernah setelah disuntik, Mano muntah darah.

Manohara menceritakan kejadian kejam itu usai jumpa pers di Markas Laskar Merah Putih, Jalan Biak, Petojo, Jakarta Pusat, Minggu (31/5/2009). Dalam jumpa pers itu, Mano mengenakan gaun krem dengan motif bunga-bunga merah dipadu cardigan coklat. Mano didampingi ibunya, Daisy Fajarina, Direktur Laskar Merah Putih Eddy Hartawan dan tim pengacara ibu Manohara.

Menurut Mano, ia sempat akan disuntik saat mencoba kabur ketika kerabat Kelantan ke Singapura, Sabtu (30/5/2009) kemarin. Sebelumnya, ia dua kali disuntik. Setelah disuntik, keesokan harinya Mano muntah darah.

"Saya muntah darah dan nggak lebih dari 4 hari berat saya naik 10 kilo. Itu kan nggak wajar," kisah Mano.

Mano menduga pihak Kesultanan Kelantan menyuntiknya karena ingin ia kelihatan gemuk atau sedang hamil. Padahal di Kelantan, Mano sangat takut makan. Ia takut makanan yang diberikan kepadanya itu mengandung obat-obatan.

"Sebenarnya saya takut makan karena pernah sekali makan habis itu langsung cepat tidur. Atau jadi grogian," cerita Mano.

Seandainya benar, apa pandangan putera Perak dalam hal mereka yang mengatasi politik ?
(detikNews-Foto Tabloid Nova)