Monday, June 22, 2009

Letak kereta di K.Baharu - Penguatkuasa kurang teknik didikan

Apabila orang mengatakan Kelantan tertinggal dan mundur sejak di bawah pemerintahan PAS, saya menyangkal dakwaan tersebut.

Banyak juga pembangunan dilakukan di sana baik oleh kerajaan negeri atau pihak swasta termasuk indidvidu-individu korporat.

Setiap dua atau tga bulan sekali, saya terpaksa ke Kota Baharu di atas urusan peribadi.

Perjalanan dari Alor Setar atau Pulau Pinang ke Keroh, Gerik, Banding, Bukit Bunga, samada ke Machang atau Pasir Mas jelas membuktikan ramainya pengguna jalanraya ke bandar Serambi Makkah itu.

Adakalanya saya memikirkan perlu ada satu laluan baru dari Tanah Merah terus ke kota Darul Naim kerana jalanraya sediada menuju ke Kota Baharu terlalu sibuk dan pelbagai ragam pemandu melambatkan perjalanan kecualilah pada hari-hari tertentu.

Paling membosankan saya ialah ketika berada di bandar Kota Baharu. Sudahlah tempat letak keretanya sedikit, kerap pula pengguna disaman oleh Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatannya.

Seawal jam 8.10 pagi Penguatkuasa ini sudah berkeliaran di tempat-tempat letak kereta. Mereka mula menyaman. Bayangkan jam berapa mereka keluar rumah dengan misi menyaman pengguna tempat letak kereta ini.

Seolah-olah hanya bertugas untuk mengutip hasil dari industri pelancongan dengan cara kurang beradab itu.

Apa salahnya jika tunggu sehingga jam 8.45 pagi atau 9.00 pagi. Bertolak ansurlah sedikit. Ramai pemandu yang berjalan jauh. Selepas solat subuh, merebahkan diri untuk setengah atau satu jam. Keletihan dan perlu istirehat.

Tetapi ini tidak berlaku di Serambi Makkah. Jam seawal 8.10 pagi - sudah ada yang menyaman anda di Kota Baharu.

Lebih baik di Pulau Pinang, Johor dan beberapa negeri lain. Ianya lebih bermoral dan diajar cara mendidik pengguna. Tidaklah se'buta' di Kota Baharu.

4 comments:

Anonymous said...

apabila kena pada diri sendiri mula la melatah..orang lain kurang didikan...sedangkan dah tertera waktu perlu bayar parking....

belajarlah juga hormati orang lain menjalankan amanah dinegeri serambi Makkah tu...

Alamin

Anonymous said...

pagi-pagi lagi kan elok saman. kerajaan pas kelantan mana ada duit. orang tengah cari syiling, pekedai di kelantan masih sedang tidur, elok serang masa tu.

Diana said...

Salam
Kena saman ni perkara biasa je..

Anonymous said...

Subuh di Mekah awal. Serambinya pun sama. Bawa syiling awal-awal lain kali.