TNB Alor Setar kerap putus bekalan
Tenaga Nasional Berhad (TNB) kawasan Alor Setar dicemuh oleh penduduk di Jalan Sultanah terutama sekali mereka yang tinggal di Jalan Fajar.
Kata mereka, dalam bulan ini sahaja sudah empat kali bekalan elektrik terputus dan yang paling lama ialah bermula dari jam sepuloh malam dan pulih keesokkan harinya jam enam dua puloh pagi. Lebihkurang lapan jam lamanya.
Jika kejadian ini boleh diibaratkan sebagai 'diluar jangkaan', penduduk di kawasan itu bimbang apa impaknya jika perkara seumpamanya berlaku kepada MAS dan Feri Pulau Pinang. "Sudah ramai yang akan mati" mengeluh seorang penduduk.
Rata-rata penduduk menyifatkan persediaan TNB tersangat kurang. Difahamkan pembangunan di kawasan tersebut dari segi penambahan penduduk, pertambahan rumah kediaman, sekolah, masjid dan sebagainya semakin banyak.
Namun bekalan elektrik yang disalurkan masih dengan kuasa yang lama. Ianya tidak dapat menampung pertambahan yang berlaku.
Ada yang mengadu perlatan elektrik di rumah seringkali mengalami kerosakkan. Terpaksa menukar mentol, gangguan pada moto mesin basuh rosak, kipas , tv, air-cond dan yang paling ketara lampu seringkali malap.
Penduduk di Jalan Fajar mengharapkan agar TNB lebih peka dengan masalah masyarakat.
Terbaru, kejadian malam tadi di mana tiang TNB yang sama berhadapan Sekolah Syed Omar dan Sekolah Sultanah Bahiyah mengalami kerosakkan hampir empat jam. Dikatakan perkara seperti ini sering berlaku selepas waktu maghrib.
Ini telah menyebabkan kesesakan lalulintas di sebelah paginya apabila kesemua lampu isyarat di Jalan Sultanah tidak berfungsi.
TNB hendaklah bertindak sebagai satu agensi yang profesional. Aduan pengguna hendaklah diambil berat. Jangan hanya impikan keuntungan sedangkan pengguna mengalami kerugian yang bukan sedikit.
"Wan" Malaysia 'wan' GLC pembekal tenaga elektrik. Itu sebab agaknya mutu perkhidmatannya merosot.
No comments:
Post a Comment