UMNO Kedah sudah runtuh dan cair
Sebentar tadi singgah di Baling, Kedah. Pekan yang bersempadan dengan kampung saya, Keroh. Baik Keroh atau Baling, kedua-duanya merupakan lagenda.
Nama Chin Peng pemimpin Parti Komunis Malaya tidak dapat dipisahkan dengan nama pekan-pekan itu. Keroh menjadi laluan darat Chin Peng anak kelahiran Sitiawan Perak kerundingan Baling pada tahun 1955.
Bukan sahaja penduduk Perak dan Kedah tergamam 54 tahun dahulu tetapi Malaysia dan negara Cina juga turut merasai kepanasan rundingan bersama Tunku Abdul Rahman di Sekolah Rendah Tunku Putera pada ketika itu.
Kini bukan sahaja Baling malah seluruh Kedah tergamam sekali lagi dengan satu lagi kejutan bilamana UMNO kehilangan pemimpin-pemimpin yang satu masa dahulu dikira sebagai berwibawa.
Pemimpin-pemimpin UMNO ini bukannya mati dibunuh oleh Chin Peng tetapi bergelimpangan dek tindakan Najib.
“Saya malu sungguh. Kita ada Tan Sri Osman Aroff bekas Menteri Besar yang cukup disegani dan teruja. Kenapa tidak melantik dia untuk sementara sebagai Ketua UMNO Kedah” kata veteran yang sudah berusia 80 tahun itu.
“Afifudin Omar masih ada. Bekas exco kanan Abdul Rahman Ibrahim besar jasanyanya, Sanusi Junid juga masih boleh pakai. Saya hairan apa motif Najib” marah Pak Din bekas komando yang sudah kabur penglihatannya.
“Apa salahnya Tun (Mahathir) dalam hal ini. Ketika mahu jadi perwakilan G7, beliau dipinggirkan. Sekarang dalam kepimpinan di Kedah Shafie Apdal pula diutamakan” sambung seorang lagi veteran UMNO.
Nampaknya bukan sahaja tindakan Najib tidak diterima, malah kepimpinan Shafie Apdal ditolak.
Peranan Ahmad Bashah sebagai timbalan Shafie dianggap sebagai mengarut. ADUN Bakar Bata yang kelihatan ‘smart’ dari segi pakaian, dikatakan gagal berfungsi di kawasan pengundinya sendiri.
“Apa nak diharapkan orang yang menang hanya 300 undi. Berapa kali jadi ADUN dan exco tetapi di ’tendang’ keluar oleh orang-orang harapannya” kata Pak Mid penduduk Pumpong.
Bashah disamakan pula dengan Mahdzir Khalid. Mahdzir pula disinonimkan dengan pembawa malapetaka dan penghancur UMNO dan Barisan Nasional di Kedah.
Pinang selaya dari kota
Putuslah sudah harapan hati,
Gugur berderai si airnya mata.
Veteran UMNO betul-betul kecewa dengan perkembangan mutakhir politik Kedah. Bagi mereka, UMNO Kedah kini bak langit sudah runtuh, bumi juga sudah cair.
2 comments:
Assalamualaikum Brother!
Saya bukan tak setuju dengan cadangan brother tu. Memang susah nak cari orang berkelayakan dan dapat diterima sebagai pemimpin oleh semua orang. Kalau dilantik orang-orang veteran yang saudara sebut tadi, nanti akan ada ada sebahagian lagi yang setuju. Tak ada perubahan pula. Macam tak ada orang lain.
Lantiklah siapa pun, pasti ada pro dan kontra. Kan ini politik? Lantik imam pun kadang-kadang jadi kontroversi!
salam sdra Ekeng(?)
ketika di baling tempohari, veteran umno yg kenal dan enggan mendedahkan nama telah meminta saya menulis dan saya dapati ada benarnya kenyataan itu. bukan pandangan saya 100%.
tk sdra,ziarah lagi.
Post a Comment