Thursday, May 28, 2009

Hospital Kangar patahkan tulang bayi baru lahir ?

Doktor di Hospital Kangar patahkan tulang bayi baru lahir ?

Hospital lagi.

Ismail Merican bebas tanpa perlu menjawab kepada rakyat. Satu-satunya Kementerian di Malaysia yang sinonim dengan qada' dan qadar.

Dan satu-satunya kementerian yang tindakan pegawai-pegawai perubatannya 'dibiaqpi'kan oleh orang Melayu Malaysia.

Dan juga satu-satunya kementerian yang tindakan pegawai perubatan seperti ini tidak diambil tindakan tatatertib dan tidak dibantah oleh mana-mana kesatuan sekerja.
(Foto:Flickr)

10 comments:

Anonymous said...

Salam...

Saya pelajar perubatan. Dalam belajar obstetric, memang ada bab nak kena patahkan tulang bayi ni baru boleh keluar. Jadi itu tak semestinya silap doktor. Tulang bayi yang baru lahir nanti itu pun akan sembuh. InsyaAllah.

Ducati7

Anonymous said...

Ada ka doktor suka-suka nak patahkan tulang orang apa tah lagi budak baru lahir? Cuba pikiaq pakai otak sikit. Selalunya tangan baby yang patah semasa kelahiran adalah sebab komplikasi kelahiran itu sendiri seperti 'shoulder dystocia', 'impacted face presentation' dan sebagainya. Tak dak lah saja-saja mana-mana pengamal perubatan nak kepak atau pulas tangan baby yang baru nak keluar ke dunia sampai patah.Sebelum mem 'blog' pasal isu yang awak tak faham lain kali pi lah buat research sikit pasal apa ada kes-kes baby tersangkut dan terpatah tulang tangan atau tulang selangka semasa kelahiran.Ni tau mau hentam orang saja.....nak habag mai orang melayu kalau tak dak hospital gomen pakat ramai-ramailah beranak atas pangkin dalam rumah sebab tak dak duit nak pi hospital swasta.Kalau gomen tak tolong pakat pakai bidan kampung macam kat Lombok nu lah......

AFRAR YUNUS said...

salam Ducati7
terimakasih di atas penerangan.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra ano
suka tak suka patahkan kaki dan tangan, itu soal lain. anda kena terima hakikat pegawai perubatan samada hosp kerajaan atau swasta 'penakut' terketar-ketar kepala lutut untuk hadir ke mahkamah jika perlu beri keterangan. saya pernah bekerja di mahkamah. doktor wanita ada yg sampai menangis sebelum bicara. doktor lelaki, tergagap-gagap.
anda tidak perlu beristilah perubatan dengan saya kerana saya tidak minat. realitinya, hospita masih bermaharajalela kerana tidak disaman.

II. Nasib baiklah arkitek, jurutera dll di Malaysia sudah disaman, jika tidak ramai penghuni bangunan mati setiap hari

Doktor di malayasia masih boleh terlepas kerana sesama anda takut ke mahkamah.
tk

Menteri Kesihatan said...

Salam
Dalam isu pembunuhan Kugan, Hospital Serdang dan PPUM memberikan istilah masing-masing. Itu baru dua buah hospital dan dua orang pegawai perubatan. Maksudnya mereka cekap istilah tapi gagal mengenal pasti punca pembunuhan. Itu sebab orang ramai marah. Belum Serdang dan PPUM kena sapina ke mahkamah. Teori banyak-banyak memang sedap.

Saddam said...

Tuan,
Hangat pungkok doktor jika masyarakat mula saman mereka. Hospital PPUM sudah berapa kali tutup dan selesai kes cara belakang.
Ada hospital mau sunat budak, terus potong 'anu' dia. Ini pakai istilah apa pula ?

AFRAR YUNUS said...

salam menteri kesihatan,
tk kerana memberikan contoh di depan mata. itupun jika ada kakitangan hospital yg buta mata hati, mereka akan keliru selama-lamanya. mereka akan sentiasa bangga bahawa tiadalah mereka boleh ditandingi. sesama mereka berlaku pertikaian, siapa pembohong. rakyat pula cuba diperbodohkan.
tk

AFRAR YUNUS said...

salam sdra saddam,
18 tahun saya bekerja pergi balik mahkamah.saya biasa jumpa jurutera, arkitek, polis, ahli perniagaan, pekerja bawahan dsb - yg begitu berani di mahakamah. saya juga pernah jumpa doktor (tak banyak kes) yg sedikit tetapi cukup gelabah. tanya macam-macam, menangis pun ada sebelum memberi keterangan.

II.bayangkan, doktor pakar on call boleh bagi arahan dari rumah sahaja untuk melakukan pembedahan seperti kes di sg petani (kes tangkap polis berkhalwat).

tk kepada masyarakat malaysia yg membayar gaji doktor-doktor.

Anonymous said...

salam saudara afrar yunus

jika sesuatu terjadi sepatutnye salahkan kerajaan yg x menyediakn doktor yg secukupnye. Ade sesetengah doktor yg terpakasa 2-3 hari kerja tanpa tido(on call).Cube lah sekali tanye pada doktor-doktor ni terutamanye di hospital besar jika diberi masa untuk makan atau tido pasti mereka akan memilih tido biarlah x makan sehari pun,ini kerana penat nye tugas.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra atau sdri
saya menghormati pandangan anda. izinkan saya katakan, apa masalah dihospitalpun, kebanyakkannya menyusahkan pesakit.

jika saya ditempat anda, saya akan salahkan kerajaan juga.

mana pemimpin kesatuan sekerja anda? dimana anda semua? mahukah menyalurkan maklumat atau apa-apa kepada kami untuk didedahkan. saya faham dan saya berjanji akan merahsiakan semua itu. bagaimana?

tk