Aku dapat bintang kerana Sultan kenal aku
Di dalam posting di sini, saya pernah menulis tentang kegemaran sesetengah individu mengutip bintang dan pingat. Manusia memang pelik. Ada yang gemar mengumpul stem, ada yang gemar memburu, ada yang gemar bersukan, ada yang gemar mengutip botol, ada yang suka jika diberi pingat dan bermacam-macam lagi.
Jasa kepada masyarakat dan negara tidak ada. Tetapi kerana baik dengan orang tertentu, boleh ambil borang ‘anugerah’ dan mengisi sendiri, lalu meminta orang tertentu itu mentandatanganinya.
Saya tertarik dengan tulisan Dato’ A Kadir Jasin. Kata beliau, “Maaf cakaplah. Macam sesetengah gelaran diraja, gelaran kehormat universiti pun, kata orang putih, sudah jadi ‘a dime a dozen’ atau dalam loghat Kedah, sedozen sekupang”.
“Di sesetengah negeri, gelaran diraja (termasuk oleh Gabenor) sudah jadi macam lawak. Budak 20-an tahun pun boleh dapat asalkan bapanya jutawan yang pemurah dengan ‘derma’ dan ‘sedekah’” katanya lagi.
“Sejak empat lima tahun kebelakangan ini, ada pengarang media massa yang dapat lima atau enam gelaran Datuk daripada negeri dan wilayah. Tak cukup dengan gelaran Datuk, diberikan pula gelaran Datuk Seri” tulis Dato’ Kadir lagi.
“Kalau di Malaysia, sang isteri akan mengatakan suaminya layak dianugerahkan itu dan ini” tambah beliau.
Saudara Syed Imran atau Pak Tuan pula menulis, “saya diberitahu bahawa seorang kenalan lama semasa di Kelawai, Pulau Pinang akan bergelar Tan Sri dalam tempoh terdekat ini”
“Bukankah gelaran seperti itu sudah tidak dihairankan orang?”tulis Pak Tuan lagi.
“Saya mendapat tahu bahawa nama kawan saya itu dikatakan dikemuka dan disokong oleh mantan perdana menteri sebelum dia melepaskan jawatannya itu”
Cuma seronok kerana ada orang seronok mengutip bintang sahaja. Untuk membantu orang tidak pula kecuali jika ada media membuat liputan. Apabila ditanya, katanya “sultan kenal aku, itu sebab dapat bintang. Bukan diminta membantu orang”.
Jasa apa orang seperti ini ? Seperti kera mendapat bunga.
Rasanya, tindakan orang yang memberi bintang kepada manusia seperti ini seolah-olah 'mencurahkan air didaun keladi'.
3 comments:
salam Tuan
Saya adalah puluhan ribu rakyat negara ini yg berpeluang mendapat anugerah tetaPI PINGAT AJE. Tak kisahlah tu, kerana itupu rekomen dari pejabat untuk suatu pengiktirafan pekerjanya.
Semasa mengisi borang pencalonannya, ada ruang yg perlu diisi berkaitan dengan aktiviti individu itu. lGI BANYAK AKTIVITI lagi cerah peluang untuk menerima pingat.
Namun bagi mereka kenal orang atasan, tak perlu banyak aktiviti, selang beberapa tahun asyik terima pingat je, sehingga peluang orang lain tak dapat. Kalau rapat dengan SUK lagi senang dapat pingat main tunjuk je dah boleh jadi calon untuk menerima pingat. Wallahualam
mn ada harga bintang2 ni.. sultan pun bkn dia cek. skolah pun takat SPM mn nak cerdiknya..
salam sdra kl,
pertama sekali tahniah kerana anugerah pingat.
2.memanglah, pingat patut diberi kepada orang yg berjasa - kepada negara, masyarakat dsb.berbaloilah. sekadar kenal orang, isi borang, minta dia tt, sedozen sekupang nilainya seperti kata dato kadir jasin.
3.apapun saudara kl, ada yg sanggup tunggu, tak cukup tidur, isteri, anak-anak dan satu keluarga dok nganga untuk pingat dan bintang.
tk
II.salam sdra ano,
lama-lama kita bimbang, dok nampak dah - takdak nilai. penjenayah dapat, penderhaka dapat, kaki mabuk dapat, pelanggan pelacur dapat, penipu, dsb dapat.
tk
Post a Comment