Kehakiman MB Perak : Sewelnya pengatur politik
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Zambry Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah.
Dengan keputusan itu juga bermakna, semua Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Menteri Besar di negeri-negeri kecuali ada mahkamah yang lebih tinggi yang membatalkan keputusan yang dibuat tiga orang hakim di mahkamah persekutuan tadi.
Seperti juga persempadanan semula kawasan pilihanraya yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada tahun 2003 sebagai talian hayat untuk menyelamatkan UMNO dan BN yang nazak suatu ketika dahulu. Mahathir dan partinya gembira apabila dengan tindakannya bersekongkol dengan Suruhanjaya Pilihanraya menampakkan hasil bilamana ramai pemimpin-pemimpin pembangkang terkorban apabila keputusan pilihanraya kesebelas diumumkan.
Akhirnya, pilihanraya umum kedua belas memakan diri UMNO dan BN. Pengundi yang sama bertindak balas terhadap UMNO dan BN.
Mungkin jika keputusan di Perak berkekalan seperti hari ini, jangan terkejut istana-istana akan dan boleh bertindak balas mengorbankan Menteri Besar dari UMNO dalam jangka waktu akan datang.
Selagi hak mengundi tidak dikembalikan kepada rakyat di Perak, kesemua institusi yang ada termasuk istana, mahkamah, polis, SPR, SPRM, kabinet Malaysia, UMNO Perak, Penasihat Undang-Undang (Jabatan Peguam Negara), SUK dan mereka yang terlibat secara diam-diam, telah membeli saham menderhaka dan menangiskan rakyat dan demokrasi di Perak.
Kebenaran sentiasa berkekalan sehingga ke syurga walapun tidak selalu kelihatan menang.
Manusia-manusia sewel kuasa sedaya upaya cuba mengaturkan politik dunia tanpa mengira hak, kepentingan dan masa depan rakyat tetapi akhirnya ada 'pencipta' yang menentukan kerakusan mereka.
Empayar Russia dan Shah Reza Pahlavi merupakan contoh yang belum terpadam dek sejarah untuk dijadikan rujukan, kajian dan panduan.
4 comments:
itulah hakikat yang sebenar bahawi 31 adalah mejoriti bukan 28, Allah maha berkuasa dan adil.
Hanya orang gila sahaja yang akan kata 28 adalah mejoriti.
Semoga kesemua adun 28 orang itu dapat dihantar ke hospital bahagia tanjung rambutan untuk berjumpa pakar psikoteri.
Mungkin pakar psikoteri sahaja yang dapat memulihkan mereka.
"Mungkin jika keputusan di Perak berkekalan seperti hari ini, jangan terkejut istana-istana akan dan boleh bertindak balas mengorbankan Menteri Besar dari UMNO dalam jangka waktu akan datang"
Satu usaha untuk memburukkan institusi beraja, seolah olah Sultan Azlan bertindak sesuka hati dalam menyingkirkan Nizar. Sebagai seorang Sultan yang boleh memperkenankan perlantikan, apakah yang patut dilakukan apabila komposisi ADUN menunjukkan ADUN BN seramai 28 orang, sementara DAP mempunyai 17 kerusi, PAS memilki 6 kerusi DUN dan PKR 5. Belum lagi aku nak memperincikan berapa orang Melayu, Cina dan India.. Apakah di sana masih tidak jelas di mata anda akan pilihan rakyat yang selama ini dilaung-laungkan oleh Al Juburi???
Salam Saudara,
Saya bukan mahu lihat 28 atau 31. Apabila Najib bersuara dahulu sebelum mahkamah membuat keputusan, bermakna ia cuba menyampaikan isyarat kepada hakim tentang kehendaknya.
2.Mahkamah di Malaysia sudah banyak kesnya. Isu VK Lingam masih belum selesai. Apa jadi kepada pengatur-pengatur hakim. Nama Dr Mahathir juga terlibat.
3.Diharap Mahkamah Padang Mahsyar dapat menghakimi mereka yang membuat keputusan dunia.
Salam...
jika kita lihat suasana di Perak macam2 belaku..tapi pendapat saya sultan perak tidak bersalah baginda telah mengikut segala yang di peruntukan oleh undang2.. pertama baginda telah memanggil kesemua adun bn dan kemudian kesemua adun bebas yang telah menyokong bn. bila kita lihat adun bn berjumlah 28 dan bebas yang menyokong bn adalah 3 jumlah adalah 31. bermakna mejoriti. jika Nizar jadi MB maka susahlah nak tadbir negeri sebab x cukup mejoriti. selain tu tak perlulah nak bubar dun kerana banyak buruk dari baik pertamanya kerajaan terpaksa keluarkan belanja yang besar, kedua membuang masa rakyat kerana baru pilihanraya nak ada pilihanraya lagi. memang betul nak tgk rakyat pilih apa...tapi x semestinya nak wat pilihanraya. bagi mahkamah pulah bila tgk mahkamah tinggi wat keputusan menyebelahi PR semua beul cakap mahkamah adil.. bila rayuan menyebelahi BN semua salah cakap mahkamah x adil.. adakah ini betol??? semua PR buat betul semua BN wat salah.. nape x marah nizar yang lulus kasi freehold kat cina pastu 100 hektar kar sekolah cina x di marah je.. melayu nak dapat pajakan 99 tahun pun susah... nape PAS seperti pak sanggup nape PAS diam sahaja.. PAS nak kuasa atau nak perjuang hak rakyat.. BUkan senag nak jadi pemimpin...
Post a Comment