Dr Asri : Rakyat ada hak mengkritik raja-raja
Di dalam Islam tidak ada sesiapa yang mengatasi undang-undang. Seperti kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohamad Asri Zainul Abidin - masyarakat tidak terlepas dari hak untuk dikritik.
Beliau diminta mengulas isu derhaka yang timbul di Perak baru-baru ini.
Perak menjadi perhatian apabila politiknya menjadi kelam kabut akibat pergeseran dua parti politik utama selepas beberapa bulan pilihanraya umum kedua belas Mac 2008 yang lalu.
Malah katanya raja-raja juga tidak terlepas dari kritikan. Rakyat berhak mengkritik raja-raja.
Datuk Seri Nizar Jamaluddin Menteri Besar awal, asal dan dikira sebagai sah dari parti Pakatan Rakyat telah digantikan oleh Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional.
Dalam wawancara dengan The Malaysian Insider tersebut, bekas mufti itu juga berkata jangan samakan Melayu dengan Islam. Islam diturunkan untuk seluruh umat dan bukan hanya untuk orang Melayu sahaja.
2 comments:
salam,
comment please:
http://msomelayu.blogspot.com/2009/05/maklumat-tengahmalam.html
salam sdra
dunia media atau kewartawanan di malaysia dibayangi oleh politikus yg memerintah. hubungan dengan ketua-ketua pengarangnya dsb.
zaman kalimullah sudah berlalu. ketika berada di nstp, banyak yg dilakukannya - yg membawa ketidakpuasan hati majoriti pekerja di situ.
malah kalimullah tidak mempunyai pengalaman editorial. dia diletak di nstp hanya kerana hubungan baiknya dgn pak lah.
malah ketika mula perlantikan, dia membawa masuk brendan dan beberapa orang kawannya untuk kononnya meningkatkan prestasi syarikat.
malang, penjualan akhbar syarikatnya merudum.
tulisan-tulisannya dipertikaikan kesahihannya.
kini tiba giliran orang lain pula un tuk menunjukkan kehebatan mereka.
tk.
Post a Comment