Takziah kepada keluarga kekanda
Kelmarin 9 Julai 2008 (Rabu) jam 11.05 pagi kembalinya kekanda kami Almarhum Shamse Alam B Md Yunus ke rahmatullah dalam usia 48 tahun akibat penyakit diabetes.
Telah disemadikan di tanah perkuburan Kg Kuak Luar Keroh Perak selepas waktu asyar.
Takziah kepada anak-anak saudara Shahzadah Aftaab Alam dan enam adik-adiknya. Tabah menghadapi keadaan, banyak bersabar, ingat Allah swt selalu dan mohonlah kepadaNya dalam apa jua perkara.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan rohnya bersama-sama orang yang soleh dan memberkati JannahNya.
2 comments:
salam ALKEROHI,
SEMOHA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEPADA ALLAHYARHAM KEKANDA SAUDARA.
AL-FATIHAH.
salam sdra kl,
adakalanya kita spt terlupa bila insan yg dikasihi berada di alam fana ini biarpun dia berdekatan. apabila dia sudah tiada, jauhnya dan kehilangannya sangat-sangat terasa.
sdra,
kami redha dan terima kasih di atas ingatan dan ucapan sdra.
Post a Comment