Iran menjadi sasaran
Seperti biasa Amerika dan Israel sangat bimbang dengan apa jua jenis latihan ketenteraan yang dilakukan oleh Iran. Terbaru, pelancaran peluru berpandu Iran Shahab-3 dengan sasaran sejauh 2000 km yang dikatakan mampu mengenai Tel Aviv dan kepentingan Amerika di Timur Tengah sangat menakutkan mereka. Negara-negara seperti Amerika, Israel, Britain, Peranchis, Russia dan sekutu mereka dibolehkan membuat dan memiliki senjata seperti itu tetapi Iran tidak dibenarkan. Inilah 'demokratik' dan undang-undang yang diamalkan oleh barat dengan diketuai oleh polis dunia Bush dan bapanya yang 'sewel' itu. Lebih mendukacitakan ialah, Arab Saudi dikatakan tiada apa-apa halangan jika Amerika dan sekutunya menyerang Iran. "Arab" yang masih tidak sedar bahawa mereka dibunuh seperti katak oleh Amerika dan Israel. Arab di Iraq merupakan contoh terbaik untuk diperhatikan. Satu ketika dahulu mereka melambai-lambai memanggil 'American Brothers' untuk me'nyah'kan Saddam Hussin. (Foto:Al Jazeera)
No comments:
Post a Comment