Sunday, July 27, 2008

PAS belum berdiri, mahu lari sekuat-kuatnya


Jika ditanya pandangan, samada muzakarah atau muqabalah - memang patut ianya diadakan. Tetapi apabila ianya sampai ke peringkat rahsia besar dan bukan untuk pengetahuan ahli-ahli parti, maka sesuatu yang luar biasa sedang dilakukan oleh Presiden PAS, Timbalannya Nasharuddin Mat Isa, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mustafa Ali dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad.

Walaupun sudah lima puluh tahun di persada politik tanahair, usia lima bulan PAS ibarat 'budak hingusan' dalam pembentukan kerajaan negeri apatah lagi membincangkan soal kerajaan campuran UMNO dan PAS. Manifesto pilihanrayanya pun masih tergantung di sana-sini, apa mahu dibincang soal yang lebih merumitkan.

Dikira masih belum boleh berdiri dengan kaki sendiri mahu pula berlari ke peringkat antarabangsa. Wah! hebatnya pemimpin PAS.

PAS tidak mempunyai keyakinan diri. Presiden PAS sejak awal lagi sanggup menjadi orang bawahan dan pak turut. Sebelum ini beliau beria-ia dengan menawarkan berkali-kali jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat andainya PAS menguasai majoriti.

Itulah agaknya sebab kenapa Terengganu terlepas ke tangan orang.

Apakah matlamat PAS mengadakan perbincangan sedemikian rupa dengan UMNO ? Mahu menyelamatkan bangsa Melayu? Atau mahu menyelamatkan Islam ? Atau, mahu berkongsi kuasa menggadai maruah ?

Bagi saya diri sendiri PAS belum bersedia dan yakin. Apakah UMNO dan BN yakin dengan PAS atau mereka mempunyai agenda memfaraidkan kemusnahan yang sedang dihadapi supaya PAS dan Pakatan Rakyat sahaja yang menanggung saka kepupusan itu.

Diandaikan UMNO dan BN terus mendapat sokongan rakyat sama seperti pada pilihanraya ke sebelas yang lalu, adakah PAS akan diajak untuk bermuzakarah atau bermuqabalah seperti sekarang ?

Kita tidak mahu pemimpin PAS lupa diri. Jarum yang Abdullah Ahmad Perdana Menteri Malaysia hulurkan mungkin berbisa.

Muzakarah atau muqabalah boleh diadakan. Apa yang hendak disemukakan. Apakah rakyat tidak berhak untuk mengtahui ? Sepatutnya, asas kefahaman adalah titik permulaan. Bukannya negeri dan jawatan.

Karpal Singh dari DAP rakan Pakatan Rakyat sudah mula mempersoalkan dan ingin tahu hasrat PAS tersebut. PKR sudah gelabah dan mahu penjelasan. Penyokong PAS sudah nampak jalan bercabang-cabang.

Berhati-hati supaya tidak di'terajang' untuk kali kedua. Jika ini berlaku, percayalah, penyokong PAS dimerata pelusok tidak akan melepaskan kepimpinan mereka pergi begitu sahaja.

Saya kira kenyataan dan pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh dijadikan iktibar dan ikutan dalam kemelut ini
(Foto:Malaysiakini)

2 comments:

Anonymous said...

salam Sdr. Alkerohi..

Rasanya agak sukar untuk kedua2 parti terbesar yang didominasi oelh bangsa Melayu ini untuk bergabung...

1. Ideologi yang berbeza seperti langit dan bumi.
2. Pas sudah pasti mahukan cara pemerintahan Islam bukan lihat pada bangsa tetapi UMNO tetap denganKetuanan Melayu...
3. UMNO lebih kepada pemerintahan pro sekular dan banyak isu-isu keagamaan tidak dapat diselsaikan dngan baik..contoh paling ketra isu Murtad..yang dibangkitkan oleh PAS tetapi dinafikan pulak oleh (Jakim) YB dari Terangganu tu...Hakikatnya memang ada...

Saya peercaya Isu pergabungan hanya impian pemimpin UMNO yang semakin terhakis...

AFRAR YUNUS said...

salam sdra,
sudah 50 tahun Pas berjuang. beberapa kali ura-ura untuk mengadakan muzakarah terpaksa dibatalkan. sebenarnya umno tidak ikhlas. pru ke 12 menunjukkan mereka kalah.akhirnya mereka cuba 'memperdayakan' pemimpin pas yang terhegeh-hegeh utk mengadakan kerajaan campuran. kenapa terhegeh-hegeh? kerana ajk kebangsaan mereka sendiri tidak tahu. apatah lagi, ahli biasanya. bincang apa dalam selimut? kerusi, kerajaan atau keyakinan, falsafah, perjuangan dsb?