Monday, July 7, 2008

53% mahu kerajaan BN ditukar

Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada pengunjung laman blog alkerohi yang telah bermurah hati bekerjasama memberikan undian terhadap soalan yang dikemukakan.

Selama satu bulan, sejumlah 177 undian telah diperolehi. Pertembungan Tun dan Abdullah, apa kata anda. Itulah soalannya.

56 daripada 177 orang iaitu 31% mengundi menyokong Tun Mahathir. Abdullah Ahmad pula mendapat 4 undi iaitu 2% sokongan.

Bermakna majoriti masih mengharapkan dan menyebelahi Tun.

Sejumlah 23 pengundi iaitu 12% tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak. Mereka merasakan adalah perlu membiarkan dua tokoh ini dengan masalah sendiri.

Secara keseluruhannya 94 pengundi daripada 177 orang iaitu 53% mahukan agar kerajaan yang ada sekarang iaitu BN ditukarkan atau digantikan.

Terimakasih sekali lagi.

4 comments:

Kerajaan Rakyat said...

Salam,

10 jasa UMNO kepada Melayu

Kerajaan Rakyat menerima banyak komen yang terpaksa kami ‘delete’kan kerana komen-komen tersebut berbau hasutan yang maha dahsyat.

Penulis komen tersebut telah menghasut agar rakyat membenci Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memang terkenal dengan sifat suka menipu, suka meraba perempuan, suka joli wang rakyat dan rasanya dia pun merompak hak rakyat. Malahan bukan dia seorang je, dengan kaum kerabat dia sekali dia ajak merompak harta negara.

http://www.kerajaanrakyat.com/

AFRAR YUNUS said...

salam kerajaan rakyat,
"Penulis komen tersebut telah menghasut agar rakyat membenci Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad".
silap kot, kata oghang kedah, "betoi la tu, depa yakni penulis komen berkata yg benak"
tk

kulatlapok said...

salam Alkerohi,

53% tu dah cukup unutk menukarkan kerajaan baru. Macam lahni sekarang mereka pun cukup-cukup untuk memerintah negara ini. Itupun mereka kata mereka masih lagi diberi kepercayaan.

AFRAR YUNUS said...

salam kl
sebuah kerajaan yang kuat memerlukan sokongan daripada rakyatnya. namun jika kerajaan yang nipis kemenangannya , itulah yg seringkali mendakwa mendapat sokongan, mereka kuat, mendabik dada dan akhirnya kecundang. sebelum pru ke 12, macam-macam propaganda kerajaan tika itu. hasilnya...
tk kl.