Siswi UUM Berkahwin Suami Orang ?
Dua minggu yang lalu ketika ke taman tempat tinggal saya yang dahulu di Alor Setar, datang seorang kenalan mengadu hal suaminya yang bernikah dengan siswi UUM di selatan Thailand. Kata si kakak itu, diantara sebab siswi muda sanggup bernikah dengan suami yang berumur adalah kerana nasib mereka terbela dari segi kewangan, mendapat rumah, ada kenderaan, pengalaman dan sebagainya. Si kakak ini hanya mengetahui kisah perkahwinan suaminya setelah terjumpa pas sempadan siswi berkenaan di dalam kereta mereka. Apabila bertanya dengan suaminya, mulalah berlaku pertengkaran dan seterusnya melibatkan keganasan rumah tangga.
Katanya sambil menangis, "kakak telah tuntut cerai. Biarlah dia dengan perempuan itu. Anak kakak yang sulong pun sekarang sudah di universiti. Tapi kakak tak akan lepaskan dia. Kakak akan tuntut harta sepencarian. Kakak terkejut apabila mendapat tahu siswi berkenaan sedang mengandung 7 bulan".
Apa rasionalnya ? Berpoligami tidak salah tetapi pengabaian isteri dan anak-anak sehingga berlakunya perceraian perlu difikirkan. Mudah sangatkah siwa siswi di UUM berpeleseran dengan pasangan mereka di selatan Thailand ? Sampai ada yang bermalam dengan pasangan tanpa bernikah ? Dan ada yang mengandung ?
Mengadu seorang lagi wanita kepada saya, "mereka boleh pergi bermalam di hotel di Danok dengan bayaran RM30.00 semalam. Akhirnya saya kehilangan suami". Wanita kedua ini juga mempunyai anak yang sudah dewasa dan kini bergelar 'janda' satu kalimah yang sukar ditelan.
Kata seorang Pengetua Rumah Perlindungan Gadis bermasalah, "semakin menjadi-jadi. Saya pun tak faham. Nak bernikah lain tu perkara kedua. Sanggup memukul dan bercerai, perangai apa ini?"
Apakah fenomena ini masih diperingkat awal atau sudah merebak?

No comments:
Post a Comment