Kisah Benar Dari Fail Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Bagaimana seorang gadis berusia 19 tahun menjadi mangsa kepada keadaan. Berasal dari Seremban. Anak sulong dalam beberapa beradik, berhijrah ke Butterworth bersama kawan-kawan dengan alasan mencari pekerjaan . Menyewa sebuah bilik yang agak besar dengan kadar RM250.00 sebulan. Pemergiannya ke negeri Pulau Mutiara tidak diiringi ibu, bapa atau oleh mana-mana ahli keluarga. Hanya berbekalkan kepercayaan dan keikhlasan. Akhirnya dalam satu serbuan, gadis ini ditangkap. Ketika disoal siasat Pegawai Kebajikan Masyarakat (PKM), ia memberitahu pendapatan bulanannya mencecah RM8000.00. Pengakuan berterus terangnya memberitahu ia bekerja sebagai pelacur . Kadangkala menunggu satu atau dua pelanggan sahaja dalam sehari ataupun dalam beberapa hari seorang pelanggan. Ketika pemeriksaan dibuat ke bilik sewaannya didapati segala alat keperluan rumah seperti tv, peti sejuk, rice-cooker, sofa, katil, alat soleknya dan bermacam-macam lagi terdapat dalam ruang yang ala kadar ini. Ia juga mengirimkan wang RM700-RM1000 sebulan kepada ibunya. "Bekerja sebagai eksekutif di sebuah kilang" ia memberitahu ibunya. Ibubapa yang tua dan uzur di kampung mempercayainya 100%. Ketika PKM memeriksa beg tangannya mendapati jel, kondom, ma'ajun, ubat-ubatan, alat solek dan pelbagai lagi. Apabila ibu dan bapa hadir ke pejabat dan dimaklumkan PKM tentang kegiatan anaknya, "astaghfirullahhhhhhh....." dengan teriakkan dan tangisan yang sangat berpanjangan. Anak mereka bukan lagi anak dara desa . Ada masyarakat yang tahu aktiviti seumpamanya namun enggan mencampuri dengan alasan ianya urusan "rumahtangga orang lain". Ciri-ciri keluarga meluas sudah mulai pupus. Semangat kejiranan meretak . Masyarakat sudah masuk ke era globalisasi. Kepada ibubapa, apabila nasi sudah menjadi bubur, tiada guna mencari punca dan menuding jari ke sana-sini. Anak di perantauan harus dipantau. Baik ia sebagai pelajar atau pekerja.
No comments:
Post a Comment