Selamat Hari Lahir Yang Ke 16
Pada 15 Februari yang lalu merupakan hari lahir anak kedua saya yang genap 16 tahun. Masih meupakan pelajar Kolej Sultan Abd Hamid Alor Star setelah bertukar sekolah dari MRSM Kulim di atas alasan 'makanan di asrama' kurang sedap. Ikannya berbau dan sayurnya ada ulat. Puas umminya memujuk untuk meneruskan pelajarannya di sana namun ia tetap dengan pendiriannya. Sekolah itu baik, pelajarnya cemerlang, susah nak dapat tempat, abba dulu juga tinggal di asrama dan bermacam jenis pujukkan dan rayuan diutarakan namun gagal. Zahin kini di Kolej dan nampak ceria. Bagi kami,didoakan agar bukan sahaja Zahin malah kakaknya Naazira dan adiknya Zarif berjaya dalam menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang anak, pelajar, warga Malaysia dan dengan menuruti kehendak yang mahakaya. Kesabaran dan ketabahan mereka melihat keadaan ummi mereka yang menderita melawan penyakit parkinson's sejak 11 tahun yang lalu sangat mengkagumkan.Semoga Allah mengakhiri ujian yang diberikan kepada kami. Amin.
No comments:
Post a Comment