Monday, September 27, 2010

Dari mana kekayaan luarbiasa ahli keluarga Reezal Merican ?

Reezal Merican Naina Merican Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas perlu mendedahkan kepada umum dari mana sumber kekayaan ahli keluarganya secara tiba-tiba.

Bapanya cuma seorang kakitangan awam biasa di Jabatan Pengangkutan Jalan manakala ibunya seorang jururawat desa.

Semasa hayatnya bapanya memiliki sebuah lori kecil empat tayar bagi menjalankan perniagaan 'gas masak'.

Reezal sendiri selepas tamatkan pengajian di IPTA, bekerja dengan Shahrizat Abdul Jalil.

Secara tiba-tiba apabila mendampingi Abdullah Badawi keluarga ini sudah mempunyai rumah harga berjuta-juta di Shah Alam, projek di sana-sini dan begitu juga memiliki banyak kereta mewah.

Orang Penang terkejut dengan kemewahan luar biasa keluarga Naina Merican ini dan berharap Reezal dapat memberitahu sumber kekayaan ahli keluarganya.

Orang ramai berpendapat jika ianya dari sumber halal - tidak mengapa. Jika dari sumber haram, orang Islam lebih rela menjauhi harta dan keluarga seumpama itu.

Itulah sebabnya UMNO dan Barisan Nasional bermati-matian enggan mengistiharkan harta yang mereka kira "harta emak bapa" mereka.

Saturday, September 25, 2010

Mahathir mula serang Najib Bangsawan

Ramai yang rasakan Mahathir Mohamed mantan Perdana Menteri mula menyerang Najib Bangsawan. Ahli UMNO sendiri berpendapat Najib menghidap 'sindrom bisu' dalam banyak hal sejak kebelakangan ini.

Sindrom ini pernah dihidapi oleh Abdullah Badawi.

Pentadbiran Abdullah pernah dikaitkan dengan kerajaan tiga beranak dan 'kerajaan 4K'.

Najib Bangsawan pula dikaitkan dengan kerajaan NKRA - Najib kerja Rosmah arah.

Rosmah Mansor adalah isteri kedua Najib Bangsawan. Ada yang mengatakan, beliau sangat digeruni oleh ahli kabinet. Entah ya entah tidak ?
(Karikatur UM yang diubahsuai)

Friday, September 24, 2010

CUEPACS tuntut bonus dua bulan

Baca di sini.

Depa bagitau, seorang Ketua UMNO masing-masing dapat satu projek. Busuk-busuk dapat berjuta-juta untung di atas angin. Busuk habis, katakan satu juta seorang sudahlah. Banyaknya duit !

Saturday, September 18, 2010

Khalid Samad perlu ikut pengarang Utusan Malaysia

Bukankah MAI dan JAI kerja ikut titah.

Khalid Samad tak faham-fahamkah ?

Ikutlah editorial Utusan Malaysia. Saya 'percaya' mereka semua faham agama. Didikan ibubapa mereka cukup sempurna. 'Ustazah Teo' tak boleh, 'Ustaz Kamal' boleh !

Mentaliti UMNO dan Utusan tak berkembang-kembang sejak 53 tahun yang lalu. Istihar saja merdeka, semuanya masih dijajah.

Itu yang mereka mahu terapkan pada orang lain yang berada di luar kerangka UMNO dan Utusan.

'Ustaz Kamal' MIC pula didakwa masuk masjid
Jabatan Agama paling corot dalam perkhidmatan awam

( Kartun di atas telah diubahsuai oleh alkerohi sebagai menyedarkan pembaca tentang amalan manusia dua darjat dalam politik Malaysia )

Perkasa diminta wujudkan banyak cabang

Ramai ahli UMNO di kawasan Gerik Perak mencadangkan agar Ibrahim Ali, Presiden Perkasa mewujudkan cabang bagi NGO itu.

Mereka mahu agar Pemuda Perkasa, Wanita Perkasa, Puteri dan Putera Perkasa diwujudkan bagi menarik lebih ramai ahli UMNO menyertai pertubuhan itu.

UMNO sudah tidak boleh diharapkan untuk membela kaum Melayu kata mereka. Najib Tun Razak dikenal pasti menghidap penyakit Abdullah Badawi iaitu membisu dalam banyak hal.

Mereka juga mahu agar Tun Dr Mahathir Mohamed terus menjadi penasihat Perkasa.

Orang luar pula diminta agar tidak campurtangan dalam pertembungan dua puak Melayu ini - UMNO dan Perkasa.

Biarkan mereka berlawan - menang jadi arang, kalah jadi abu.

Friday, September 17, 2010

Reman polis Kuala Langat

Apa habaq polis Kuala Langat ?

Datuk Peguam sudah direman selepas satu persatu mangsanya dibunuh. Senang pun ada, susah pun ada dibuatnya.

Dulu Kuala Langat terkenal dengan Pantai Moribnya. Keluasan Kuala Langat melebihi 87,700 hektar. Penduduknya mencecah 200,000 orang. Majoritinya Melayu.

Kini terkenal pula dengan pembunuh bersiri belaan entah siapa.

Kuala Langat juga terkenal dengan cebisan manusia yang ditemui di dasar sungai-sungainya. Kuala Langat menaikan nama polis kerana banyak laporan yang dibuat tidak habis disiasat.

Ramai sangat menuding jari. Pelbagai soalan yang ditanya. Ada yang tanyakan Ismail Omar, kenapa banyak kes orang hilang tidak disiasat polis ? Ismail berpendapat, itu yang memuskyilkannya.

Blog alkerohi juga ditanya. Bolehkah kakitangan Balai Polis Kuala Langat direman untuk disoal siasat ?

Ini memuskyilkan saya.

Ramai juga mahu agar Ketua Polis Selangor ditempatkan di bahagian statistik Bukit Aman. Dia dikatakan orang bijak. Bijak bercakap.

Ada juga yang bertanya, bagaimana cara memecat Hishamuddin Tun Hussein Onn sebagai Menteri Dalam Negeri ?

Referendum rakyat !

Nak harap dia letak jawatan atau dipecat oleh Najib Bangsawan yang juga merupakan sepupunya, kena tunggu matahari bersalji.

Khabarnya - ikan selangat pun sudah tidak berminat tinggal di Kuala Langat akibat kerenah manusia.

Thursday, September 16, 2010

Hari Malaysia : Sabah dan Sarawak diketuai Gandhi dan Mandela ?

16 September

Ramai yang tidak faham apa itu Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September.

Penduduk kampungku yang ketinggalan juga dalam banyak hal tertanya-tanya adakah ia bermakna Sabah dan Sarawak membangun dan rakyatnya hidup mewah seperti mereka di Washington dan London atau setidak-tidaknya di Tokyo.

Mereka juga diberitahu bahawa pemimpin di dua negeri itu hidup membakar diri menerangi rakyatnya sepertimana dilakukan oleh pemimpin di India dan Afrika. Mereka diibaratkan Gandhi dan Mandela.

Entah bagaimana dan di mana hendakku mulakan penerangan itu ! 47 tahun - satu jangkawaktu yang cukup lamakah ?

Sosilawati : Jika Rosmah, darurat pun boleh diistiharkan


Banyak kes orang hilang yang dilaporkan kepada Polis tidak disiasat. Ini diakui sendiri oleh Ketua Polis Negara yang baru Ismail Omar.

Sesudah ramai yang hilang, dibakar dan mati - dianggarkan peratus kes yang dapat diselesaikan hanyalah terlalu kecil.

Maka sempena Eidul Fitri yang mulia ini polis pun mengambil kesempatan mengucapkan TAHNIAH sesama sendiri biarpun rakyat menganggap gaji yang diterima polis masih belum berbaloi dengan perkhidmatan yang diberikan selama ini.

Jika simati jutawan kosmetik bukan orang terkenal, adakah polis akan berjaya dalam menyelesaikan kes tersebut ?

Sekali lagi, kita menyeru agar kerajaan wujudkan jawatankuasa peringkat daerah. Teliti dan bentangkan secara telus berapa kes kecurian, rogol, dadah, pecah rumah, peras ugut dan sebagainya yang dapat diselesaikan oleh polis di daerah-daerah.

Gaji sudah naik. Rumah sudah diberi. Kenderaan baru beratus buah dibekalkan. Anggota ditambah beribu-ribu. Pelbagai elaun disemak semula.

Namun kenapa rata-rata masyarakat masih tidak puas hati dengan kerja polis.

Ismail Omar wajib melakukan pembaharuan. Jangan jadi seperti Musa Hassan yang bengap itu. Dia tidak puas hati dengan tekanan dan campurtangan pihak atasan termasuk pihak Kementerian Dalam Negeri dalam kerja polis, tapi mahu khidmatnya disambung, disambung dan disambung.

Di negara yang pemimpinnya bertamadun - sudah lama mereka meninggalkan perkhidmatan awamnya demi memikul tanggungjawab dan amanah kepada Allah, rakyat dan negara.

Di Malaysia, Hishamuddin Tun Hussein Onn Menteri Dalam Negeri yang digelar kaki minum itu masih gembira dengan peranannya biarpun perlantikannya sebagai menteri adalah belas kasihan kerana mengenangkan bapanya dan hubungan dengan sepupunya Najib Bangsawan - bukan kerana kewibawaannya.

Kasihan rakyat biasa Malaysia. Mereka bukan sahaja menjadi mangsa kebodohan dan kerakusan politikus memerintah tetapi juga diabaikan penjagaan oleh pagar yang diharapkan.

Nasib baiklah yang hilang dan dimatikan itu bukan isteri Hashamuddin atau Rosmah Mansor.

Silap-silap segala bala tentera dan polis akan digunakan untuk mengesan 'datuk peguam'. Darurat pun boleh diistiharkan !

Wednesday, September 15, 2010

Ibrahim Ali "hero baru Melayu baru"


Sudah pasti Ibrahim Ali merupakan "hero baru Melayu baru".

Buat masa ini bukan sahaja Najib Razak malah KJ, Nazri Aziz, Ku Nan dan seluruh ahli UMNO yang setia kepada Najib tidak dapat menandingi pemikiran Ahli Parlimen Pasir Mas (dengan ihsan) itu.

Hidup Ibrah
im Ali ! Sudahlah KJ.

KJ, Nazri dan Ku Nan buke lawe mu.

Hidup Ibrahim Ali ! Sudahlah Nazri dan Teuku Nan.

Selagi masih belum mencium punggung Dr Mahathir, Ibrahim tetap dikira wira.

Hidup Ibrahim Ali ! Sudahlah MCA, Gerakan dan MIC.

Ada orang UMNO kata, berat dan kekuatan UMNO dan seluruh ahli-ahlinya kini ada hanya pada Ibrahim seorang.

Tuesday, September 14, 2010

Boleh percayakah statistik polis ?

Sesekali terjadi bencana, masyarakat mula gelabah. Tidak kira bencana semulajadi atau bencana buatan manusia.

Sejak dahulu lagi saya kurang percaya dengan statistik polis. Itu sebabnya saya mencadangkan diwujudkan jawatankuasa peringkat daerah bagi mengkaji samada laporan yang dibuat kepada polis sudah betul-betul selesai.

Ahli jawatankuasa ini boleh terdiri dari ketua masyarakat, pesara-pesara, orang awam, kakitangan swasta dan sebagainya.

Polis di daerah-daerah sepatutnya sekurang-kurangnya tiga bulan atau enam bulan
sekali membentangkan kes dalam jawatankuasa tersebut.

(Klik untuk baca)
Jika tidak, apa yang berlaku dalam kes-kes sebelum Sosilawati - beberapa orang yang dibunuh, dibakar dan dihilangkan - kesnya juga mungkin akan dianggap selesai oleh polis.

Apabila kita mendampingi masyarakat, baru kita tahu banyak kes-kes yang dilaporkan kepada polis masih belum selesai atau tergantung di atas pelbagai faktor termasuk campur tangan pihak ketiga dan ketidakcekapan sedangkan statistik polis membayangkan yang indah-indah belaka.

Kerajaan perlu bertindak segera untuk menjadikan statistik polis sebagai satu kenyataan.

Monday, September 13, 2010

Sosilawati : Polis tidak upaya kerana politik?


Kes kehilangan dan pembunuhan Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain menarik perhatian ramai sejak seminggu dua yang lalu.

Dikatakan peguam bergelar Datuk yang disyaki dalam pembunuhan ini mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan seringkali terlepas dari pendakwaan sedangkan sebelum ini pernah melakukan perkara yang sama.

Adakah polis Malaysia tidak cekap atau adakah campurtangan pihak ketiga juga dalam ketidakupayaan polis mendakwa 'peguam' berkenaan.

Cara pembunuhan hampir-hampir sama dengan Altantunya wanita Mongolia. Seorang dibunuh, dibakar dan dibuang ke dalam air dan seorang dibunuh, diletup dan ditinggalkan di atas bukit.

Wednesday, September 8, 2010

EID MUBARAK


Maaf zahir dan batin.

Selamat Menyambut Eidul Fitri pada 10 September 2010 bersamaan 1 Syawal.

(Foto:alhabib)



Saturday, September 4, 2010

Jabatan Agama paling corot dlm perkhidmatan awam

Ada orang kata Majlis Agama Islam (MAI) dan Jabatan Agama Islam (JAI) di negeri-negeri sekadar wujud sahaja.

Juga dikisahkan jabatan yang paling corot dari segi peranan, fungsi dan memberikan khidmat kepada masyarakat dalam perkhidmatan awam ialah MAI dan JAI.

Hatta dituduh kakitangan MAI dan JAI - tuntutan perjalanan mereka diantara yang paling tinggi. Ada kalangan sheih-sheih yang beristeri lebih dari satu berebut-rebut mencari sumber pendapatan.

Tuduhan juga dilemparkan bahawa ada pegawai agama dan kadhi bersikap seperti "Sir".

Bila dipersoalkan mereka akan berkata, "kami kerja ikut titah tuanku".

Dakwa mereka lagi, jabatan yang hidup segan mati tak mahu ini boleh digabungkan dengan jabatan yang lebih 'berperanan'.

Entah betul entah tidak dakwaan-dakwaan ini. Kot-kot tak betoi, sheih-sheih bolehlah pebetoikan !

Thursday, September 2, 2010

Musa Hassan : Perginya ditunggu dan gembirakan

Ketua Polis Negara yang ketujuh, Musa Hassan pastinya meninggalkan PDRM pada 12 September 2010 ini.

Memulakan kariernya sebagai Inspektor Pelatih pada tahun 1969.

Jangkamasa 41 tahun dalam sesuatu organisasi dikatakan ada kebaikan dan ada juga keburukannya.

Bagi jawatan terakhir Musa sebagai Ketua Polis Negara yang disandangnya sejak 2006, ianya melibatkan orang ramai. Termasuklah kepimpinan negara dan komuniti atau khalayak ramai.

Baik buruknya selain dari pemimpinnya, dinilai oleh masyarakat.

Musa terpalit dalam pelbagai isu dan skandal. Samada ianya berjaya dibuktikan atau disebaliknya adalah soal lain.

Kes usung tilam Anwar Ibrahim, kes rasuah judi haram di Johor, bersekongkol dengan Gani Patail yang seringkali kelihatan menyelamatkan dia, anaknya dituduh bersubahat dengan taukeh-taukeh judi, masalah dalaman dengan Ramli Yusuff, kes liwat Anwar dikatakan sengaja diada-adakan, menipu mahkamah bahawa ia memiiki ijazah dalam undang-undang dan pelbagai lagi.

Musa juga gagal memasyarakatkan Polis. Perhimpunan awam tidak dibenarkan. Provokasi kasar dan ganas digunakan di bawah pentadbirannya.

Malah taktik ugut digunakan. Sebagai contohnya dalam kes saman ekor. Malah cuba menarik rambut dalam tepung dengan Hishamuddin Tun Hussein . Ia mengatakan ada pihak ketiga cuba mengatur Polis sedangkan ianya adalah masalah peribadi sesama mereka.

Ismail Omar akan menggantikan Musa. Ramai yang mengatakan bahawa Ismail tidak sehaluan dengan Musa dari segi gaya pentadbiran. Ia bukan lembu yang boleh dicucuk hidung oleh orang politik sepertimana Musa kelihatan.

Namun, jika sikapnya itu boleh dikekalkan dengan jawatan yang bakal dipegangnya, maka sudah pasti gelaran hero polis dan hero demokrasi diberikan kepadanya.

Masyarakat bimbang - apabila mula memanaskan kerusi nombor satu, sifat kemanusiaan yang luhur yang ada pada Ismail akan mula pupus.

UMNO seperti biasa akan menggunakannya dan menjadikannya pesuruh sepertimana Musa yang cukup jijik itu.

Perginya Musa ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat. Gembira bagai simandul akan mendapat anak.