Musa Hassan : Perginya ditunggu dan gembirakan
Ketua Polis Negara yang ketujuh, Musa Hassan pastinya meninggalkan PDRM pada 12 September 2010 ini.
Memulakan kariernya sebagai Inspektor Pelatih pada tahun 1969.
Jangkamasa 41 tahun dalam sesuatu organisasi dikatakan ada kebaikan dan ada juga keburukannya.
Bagi jawatan terakhir Musa sebagai Ketua Polis Negara yang disandangnya sejak 2006, ianya melibatkan orang ramai. Termasuklah kepimpinan negara dan komuniti atau khalayak ramai.
Baik buruknya selain dari pemimpinnya, dinilai oleh masyarakat.
Musa terpalit dalam pelbagai isu dan skandal. Samada ianya berjaya dibuktikan atau disebaliknya adalah soal lain.
Kes usung tilam Anwar Ibrahim, kes rasuah judi haram di Johor, bersekongkol dengan Gani Patail yang seringkali kelihatan menyelamatkan dia, anaknya dituduh bersubahat dengan taukeh-taukeh judi, masalah dalaman dengan Ramli Yusuff, kes liwat Anwar dikatakan sengaja diada-adakan, menipu mahkamah bahawa ia memiiki ijazah dalam undang-undang dan pelbagai lagi.
Musa juga gagal memasyarakatkan Polis. Perhimpunan awam tidak dibenarkan. Provokasi kasar dan ganas digunakan di bawah pentadbirannya.
Malah taktik ugut digunakan. Sebagai contohnya dalam kes saman ekor. Malah cuba menarik rambut dalam tepung dengan Hishamuddin Tun Hussein . Ia mengatakan ada pihak ketiga cuba mengatur Polis sedangkan ianya adalah masalah peribadi sesama mereka.
Ismail Omar akan menggantikan Musa. Ramai yang mengatakan bahawa Ismail tidak sehaluan dengan Musa dari segi gaya pentadbiran. Ia bukan lembu yang boleh dicucuk hidung oleh orang politik sepertimana Musa kelihatan.
Namun, jika sikapnya itu boleh dikekalkan dengan jawatan yang bakal dipegangnya, maka sudah pasti gelaran hero polis dan hero demokrasi diberikan kepadanya.
Masyarakat bimbang - apabila mula memanaskan kerusi nombor satu, sifat kemanusiaan yang luhur yang ada pada Ismail akan mula pupus.
UMNO seperti biasa akan menggunakannya dan menjadikannya pesuruh sepertimana Musa yang cukup jijik itu.
Perginya Musa ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat. Gembira bagai simandul akan mendapat anak.
3 comments:
Syukur alhamdulillah...biarpun doa kita supaya dia berhenti awal lambat dimakbulkan oleh Allah swt akhirnya fitrah kejadian manusia terlaksana jua insyaallah.
Sempena bulan baik ini marilah kita bacakan yassin dan solat hajat semoga dengan tamatnya khidmat orang ini nanti akan memberikan semula sinar yang selama ini makin pudar dan menghampiri gelap yang seakan tiada peluang untuk menjadi cerah kembali.
Biarlah dia pergi dengan membawa pelbagai cerita yang tidak akan dilupakan oleh kita semua dan insyaallah akan diadili dimahsyar kelak.
Dengan tamatnya khidmat orang ini marilah kita doakan semoga penggantinya dapat mengembalikan kegemilangan undang-undang di negara ini.
salam sdra azman
semoga penggantinya tidak hangat-hangat tahi ayam. pengaruh dan tekanan kerajaan memang akan ada. sejauh mana ismail akan dapat bertahan ?
Beri projek hilanglah ketelusan. Kah..kah..kah...
Post a Comment