Saturday, August 28, 2010

Sarawak : Tarik turun atau tendang keluar

Hendak bincang apa lagi ?

Jika di negara lain, ketua (bukan pemimpin) seperti ini sudah ditarik turun atau ditendang keluar.

Bukankah sudah ada ungkapan, Taib Mahmud adalah Sarawak dan Sarawak adalah Taib Mahmud. Takkanlah nak tunggu khazanah Sarawak kontang.

Empat puloh tujuh tahun Sarawak di bawah Barisan Nasional, kasihan majoriti pribuminya seperti berada di negara Afrika diketika belum merdeka.

Musykilnya - hendak keluar mulut buaya kena masuk mulut naga !

Pastinya, kejayaan Sarawak ialah pada kekayaan ketua-ketua politiknya.

Tun Mahathir sudah pasti akan menjahit serapat-rapat mulutnya dalam isu seperti ini.

Berkaitan:
Kedudukan KM S'wak: PM bincang 'hati ke hati'
Penan : Mana ada kes rogol ?

Apa kata Tun M, Taib Mahmud sama lama seperti Samy Vellu

Malaysia kaya rakyatnya susah

Friday, August 27, 2010

Kedah : Buang Bashah Bakar Bata (4B)

Kawasan Dewan Undangan Negeri N12 Bakar Bata di Kedah diwakili oleh Ahmad Bashah Md Hanipah dengan majoriti 300 lebih undi.

Dia juga merupakan Timbalan Pengerusi badan Perhubungan UMNO Kedah.

Di zaman Dr Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri, Bashah dan 21 ADUN UMNO pernah dipanggil mengahdap Mahathir. Mahathir rimas dengan tindakan kumpulan 22 ADUN termasuk Bashah yang tidak mahu Sanusi Junid dilantik sebagai Menteri Besar Kedah menggantikan Osman Aroff.

Biarpun sudah lama memegang jawatan sebagai ADUN dan Exco, tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh Bashah di DUNnya.

Ku Limah 68 penduduk di Pumpong memberitahu, "dia berjanji nak bawa guru masak setiap minggu untuk kaum wanita ke Pumpong jika menang pilihanraya. Sudah dua kali pilihanraya, kami tertipu. Dia tidak kotakan janjinya".

Seorang Jawatankuasa Kampung di Jalan Fajar merungut, "masalah longkang tersumbat dan jalan sempit di sini sudah empat kali dimaklumkan pada Bashah. Dia janji dan berjanji. Tiada tindakan setelah lapan tahun berlalu"

"Cakap bukan main berdegar-degar dalam mesyuarat pembangunan. Macamlah dia seorang sahaja yang berakal. Kami kakitangan KCS bukan semuanya yang bersetuju denga caranya" kata seorang pesara Pegawai Daerah.

Sebenarnya kelulusan akademik Bashah tidaklah tinggi. Lagipun pada masa lalu, UMNO sendiri telah mencantasnya.

Wakil Puteri Sungai Petani memberitahu, "kiamat dua kali pun kami pasti dia tidak akan menjadi MB"

Walaupun digandingkan dengan Shafie Apdal, ia ada serupa tiada. Perbalahan dengan Jawatankuasa Pemuda Bahagian baru-baru ini menampakkan kejelekan politiknya.

Eloklah UMNO sendiri melancarakan Gerakan 4B - Buang Bashah Bakar Bata.

Bashah dikatakan masih bermimpi untuk menjadi Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional menang.

Calon lain seperti Mukhriz Mahathir dan Jamil Khir bukan sahaja tidak digemari oleh ADUN lama, malah sedang ditunggu untuk di'tebang' oleh puak-puak UMNO di Kedah.

Peliknya, Mahdzir Khalid yang rekod pentadbirannya cukup teruk masih bermimpi mahu menjadi MB juga.

Shafie Apdal sendiri sudah merasakan bahang panas pengaruhnya sedang dibakar.

Apapun, puak-puak UMNO di Kedah perlu dibiarkan sesama mereka supaya menggeletek ular-ular berbisa dalam parti Melayu itu.

Tuesday, August 24, 2010

Bonus kakitangan : Persekutuan dan Kedah?

Ramai kakitangan perkhidmatan awam Persekutuan dan Negeri Kedah tertanya-tanya samada kedua-dua kerajaan berkenaan akan memberikan bonus sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang.

En Shabri berharap kerajaan persekutuan sekurang-kurangnya memberikan sebulan gaji sebagai bonus kepada penjawat awamnya.

Manakala Encik Mokhtar yang bertugas di Negeri Kedah meminta agar kepimpinan negeri mempertimbangkan untuk meringankan bebanan kakitangan awamnya sempena Eidul Fitri ini.

Ramai kakitangan awam yang menghubungi alkerohi menaruh harapan agar dengan peningkatan harga barangan dan dengan kedatangan hari raya tidak berapa lama lagi, kerajaan menghargai sumbangan penjawat awamnya dengan pemberian bonus tersebut.

Sunday, August 22, 2010

Belum berpolitik penuh, guru sudah tunjuk rasis ?

Belum apa-apa, guru sudah menampakkan rasis ala Umno.

Guru pro pembangkang belum bertindak liar seperti apa yang berlaku dengan guru di Kulaijaya Johor dan Bukit Selambau di Kedah.

Agaknya kena tempias BTN, Perkasa dan dirasuk hantu Umnokah.

Puak mana yang kata doa untuk Kamalanathan dibolehkan tapi doa untuk Lim Guan Eng tidak boleh ?

Dalam isu Guan Eng, Najib Bangsawan kelihatan lompat sakan macam kera yang juburnya di'ludah' ular.


Baca jika rajin :

Pengetua rasis UMNO BN patut dipersalahkan

Saturday, August 21, 2010

Mahkamah jadi kedai tuak dan hakim mabuk

Faktor apakah yang menyebabkan orang ramai semakin terhakis keyakinan mereka pada mahkamah dan hakim-hakim.

Tidak kira hakim peringkat kampung yang membicarakan kes kecurian ayam atau hakim yang mendengar dan membuat keputusan kes lebih besar yang melibatkan kepimpinan negara.

Tidak kira di mana-mana negarapun, apabila mahkamahnya sudah menjadi seperti kedai tuak dan hakim-hakimnya berperangai dan bertindak seperti orang mabuk, maka masa hadapan warganya, negaranya dan kedaulatan mereka akan hancur.

Hari ini keputusan lain, besok mendengarkan keputusan lain biarpun fakta kesnya hampir sama.

Terlepas di dunia bukan bermakna bebas untuk selama-lamanya.

Jika di negara Cina penjawat awamnya termasuk hakim-hakim yang didapati menyeleweng atau mengkhianati, kerajaan akan menjatuhkan hukuman mati keatas mereka.

Banyak negara mengaku Islam dan demokrasi, tetapi amalan pentadbiran awam mereka jauh tersangat buruk berbanding beberapa negara di dunia dalam hal seperti ini yang mendaulatkan undang-undang sebagai pengawal aktiviti negara dan masyarakatnya.

Apa yang boleh diharapkan dari mereka yang mabuk pada hari ini lalu mendengarkan tentang keadilan dan esok memberitahu tentang keindahan melacur prinsip keadilan itu sebagai matlamat utama tidak kira di atas faktor tidak waras, kurang ilmu, tekanan atau desakan.

Pemabuk-pemabuk yang diamanahkan untuk mengadili sesama manusia lalu bertindak sewenang-wenangnya dengan kuasa dan kedudukan yang ada pada mereka mengabaikan amanah dan tanggungjawab dikira sama taraf atau lebih hina dari binatang.

Thursday, August 19, 2010

FELDA dipijak kini milik orang ?

Anak peneroka main api, terbakar hatinya yang besar.

Air mata darah bercampur keringat, FELDA dipijak milik orang.

Peneroka banting tulang, Pengerusi dapat wang lumayan.

Orang lain tanam kelapa sawit sekitar RM500.00, FELDA tanam RM1200.00 ke atas bagi keluasan yang sama. Pakej selagi UMNO memerintah.

Tan Kee Kwong kata, kini FELDA ada duit yang cukup banyak iaitu RM200 juta dari rizab tunai awal sebanyak RM4.5 bilion.


Wah ! Pengerusi dan ahli lembaga adalah orang PAS, DAP dan PKR.

Tanah FELDA dipijak kini milik orang lain ?

Tuesday, August 17, 2010

Kedah bergelombang : UMNO mahu gerakan 4B

Kedah berombak darat. Bukan di kepulauan Langkawi atau di perairan Kuala Kedah. Bukan PAS dan bukan juga Pakatan Rakyat.

Kali ini UMNO Kedah. Api di dalam sekam sudah mula menampakkan warna kebencian sesama sendiri.

Bashah Hanipah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah merangkap ADUN Bakar Bata yang didakwa segak pada misai sahaja tetapi kerjanya sangat hudoh.

Kawasan DUN Bakar Bata yang diwakilinya selama ini terbiar. Kasihan pengundi di situ. Bashah cuma menang kurang lebih 300 undi sahaja pada pilihanraya 2008 yang lalu.

Selama ini parti pembangkang tidak gemarkan cara politiknya. Kini bukan sahaja ahli UMNO meluat dengannya, malah komponen Barisan Nasional tidak bersetuju dengannya dalam banyak hal.

Khabar bertiup kencang sesama mereka bahawa kepimpinan Pemuda, Wanita dan Puteri mahu dia dibuang segera.

Salah seorang dari Pemuda UMNO mencadangkan slogan "Buang Bashah Bakar Bata"

Semoga slogan 4B ini akan merebahkan Bashah dalam pilihanraya ketiga belas nanti kata mereka.

Tourism Malaysia : Azalina atau Mirza ?

Di Malaysia, adakah menteri pernah terlibat dalam rasuah ?

Mana ada.

Berita Ketua Pengarah Tourism dituduh pecah amanah RM888,000.00 sekali lagi menarik perhatian semua.

Bekas menteri Tourism Azalina Othman Said- apa habaq hang.

Apa kata Raja Petra tentang perkara ini. Kakitangan kerajaan di Malaysia seringkali menjadi kambing hitam.

Bermaksud mereka yang kena membasuh tahi menteri di kementerian mereka.

Jika rajin, baca:

Ketua Pengarah yang tibai duit?

Sunday, August 15, 2010

Buang bayi dan polis belasah orang awam, lagi banyak kes menjadi-jadi

Macam-macam cara difikirkan oleh masyarakat di Malaysia bagi mengurangkan kes buang bayi dan penderaan kanak-kanak.

Sehinggakan beberapa hari yang sudah, Karpal Singh mencadangkan hukuman mati dikenakan ke atas pesalah jenayah itu.

Malah Jabatan Peguam Negara bersetuju agar pesalah seperti itu dihukum mati.

Masyarakat juga asyik memikirkan satu lagi kes yang sinonim dengan kes buang bayi dan penderaan kanak-kanak.

Banyak mana difikir dan dibincang untuk penyelesaiannya, lagi banyak ia timbul.

Kes apakah itu ?

Kes polis memukul dan mendera orang awam. Tidak kira di tempat terbuka atau di tempat tertutup. Lagi banyak masyarakat bercakap, lagi banyak ia menjadi.

Inipun kes mendera juga. Mungkin Karpal dan Peguam Negara boleh mencadangkan hukuman yang sama kepada pesalah dalam kes ini.

Bukankah undang-undang melihat dan mentafsir dengan kacamata yang sama ?

Remaja dakwa dipukul sebelum disaman

Saturday, August 14, 2010

Musa Hassan dan Ismail Merican ambil gaji sampai mati ?

Polis-polis di bawah Musa Hassan bengap? Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan pun bengap ?

Betulkah pengganti Musa Hassan dan Ismail Merican sukar dicari atau tiada langsung ?

Malaysia Boleh !

Baca jika rajin ;

Lim : Tidak ada polis yang layak jadi IGP yang baru
Hospital : KP Kesihatan tidak dapat bawa perubahan

Friday, August 13, 2010

AUKU : Kerajaan malu mengubahnya

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 telah dipinda pada tahun 1975 dan merupakan 'buah fikiran' Dr Mahathir Mohamed Menteri Pelajaran ketika itu.

Zaman ketakutan Mahathir dan kabinet sekarang pada mahasiswa sepatutnya sudah lama berlalu.

Betul, gerakan mahasiswa pada tahun 70-an sangat hebat dan berbisa. Tidak kira di Malaysia atau di negara lain.

Banyak isu yang diketengahkan oleh mahasiswa. Ekonomi, pelajaran, budaya, sukan, agama, sosial, kemiskinan dan sebagainya.

Ramai pemimpin-pemimpin rendah moral dan korup dijatuhkan oleh golongan menara gading seperti jatuhnya buah nangka busuk.
Hari ini ada, esok sudah tiada.

Inilah agaknya punca kenapa kerajaan sekarang takut kepada anak-anak di pusat pengajian tinggi.

Sepatutnya mereka dididik, diajar, dibantu dan kerajaan menjadikan dirinya sebagai ikutan dan contoh terbaik.

Pastinya di gedung ilmu itu tidak ada sesuatu yang pelik buat masa ini. Di sana tidak diajar menipu, mengkhianat, merogol, membunuh, cantas mencantas dan tidak juga diajar memilik keluargakan harta rakyat dan kekayaan negara.

Cuma ada sebagai tambahan - perbandingan ilmu. Diantara yang baik dan tidak bermoral. Diantara teladan dan sempadan.

Tidak ketinggalan sedikit kekalutan dan kesombongan beberapa kerat kepimpinan jakun universiti tertentu.

Biar mahasiswa sendiri melahirkan idea dan bergerak mengikut acuan yang telah ditetapkan. Samada mahu mengikuti acuan sebenar atau acuan alternatif perbandingan.

Tidak pelikkah apabila kita takut mendidik anak-anak hanya kerana bimbangkan teguran balas dan bangkangan mereka.

AUKU yang diilhamkan oleh Dr Mahathir banyak keburukan dari kebaikannya. Faktor utama pengekang kegiatan mahasiswa yang telah dimasukkan ke dalam AUKU ialah;

*penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja,
*penggabungan di antara badan-badan pelajar.

Pengalaman di ITM banyak mengajar kami erti kehidupan sebenar sesama rakan sebaya . Pengalaman itu juga memberikan kami kesedaran betapa peritnya kehidupan rakyat Malaysia berbanding kemewahan pemimpin-pemimpin politik pemerintah terutamanya.

Melarang mahasiswa aktif berpolitik bermaksud menyekat perkembangan awal pemuda-pemudi sebagai tunas kepimpinan negara.

Dengan larangan ini juga bermakna hak dan kebebasan mereka dicabuli. Bukan itu sahaja. Ianya memantulkan bahawa ada banyak perkara yang cuba disorok oleh pemerintah dari pengetahuan rakyat.

Apa hendak dimalu dan ditakuti jika tidak mengamalkan sikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul.

Ubahlah AUKU.

Wednesday, August 11, 2010

Saman trafik : Tarik balik sampai Feb, tiada hapuskira dan diskaun

Senarai hitam kenderaan ditarik balik hingga Februari depan

2010/08/11

PUTRAJAYA: Kabinet memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kenderaan pesalah trafik mulai hari ini hingga 28 Februari tahun depan tetapi tidak akan menghapus kira atau memberi diskaun untuk saman yang sudah dikeluarkan.

Ini diumumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, di sini sebentar tadi.

Duit tetap Umno dan BN mahu. Rakyat didahulukan !

Tuesday, August 10, 2010

Jumudnya Chor, Bashah dan wakil BN, PAS disalahkan di Kedah

Kasihan pengunjung-pengunjung hospital Alor Setar.

Mereka merungut tak habis-habis. Serah kad di kaunter pendaftaran jam 10.30 pagi. Jumpa doktor jam 3.00 petang. Ambil ubat jam berapa ?

Piagam pelanggan cantik. Setengah jam boleh jumpa doktor.

Depa minta Chor Chee Heong Ahli Parlimen Alor Setar, Bashah Hanipah ADUN Bakar Bata dan lain-lain ADUN dan Ahli Parlimen Umno dan BN menjenguk situasi buruk di Hospital lama Alor Setar.

Jangan dok asyik berpolitik jakun saja.

Kerajaan Negeri jangan dok syok sendiri. Orang kampung tak tahu hospital di bawah kerajaan persekutuan.

Asyik-asyik kerajaan negeri dipersalahkan. ADUN dan Ahli Parlimen PAS dan Pakatan Rakyat buatlah kunjungan hormat dan ambil tahu apa masalah orang ramai di sana.

Chor, Bashah dan semua ADUN dan Ahli Parlimen Umno dan BN - jika berani bawa media bersama dan benarkan orang ramai luahkan apa yang terpendam.

Benarkan media pengampu menyiarkan keluhan dan aduan orang ramai itu.

Dengar dan lihat sendiri. Beza dan alami tinggi rendahnya langit.

Dr M suruh tukar kerajaan - Penarik Beca

Friday, August 6, 2010

Saman ekor : Mahfuz jaring, KJ mahu nama

Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (KASE), YB Dato' Hj Mahfuz Omar menyifatkan pergerakan pemuda Umno sebagai lembab.

"Apa tidaknya orang sudah lama berbincang isu saman ekor, dia pula baru bersuara" kata Mahfuz merujuk kenyataan Khairy Jamaludin yang membayangkan bahawa amalan saman ekor adalah tidak adil dan patut dimansuhkan.

Perlawanan sebenar dijangka pada 5 Ogos tetapi pada 4 Ogos lagi Menteri Dalam Negeri sudah istihar tidak akan turun padang.

KJ pula bercadang mahu 'menguis' bola rembatan Mahfuz supaya dia kelihatan sebagai penjaring. Jika boleh KJ hendak menanduk menggunakan tangan sepertimana Maradona pernah melakukannya.

Kerbau punya susu, sapi mahu dapat nama. Mahfuz punya jaringan, KJ mahu nama.

Dalam isu saman ekor, MCA, Gerakan dan MIC bukan sahaja dilihat lembab tetapi diibaratkan kaki bangku.

Ada atau tidak ada mereka di atas padang, serupa ada padang sahaja. Tarak apa-apa.

Wednesday, August 4, 2010

Sekolah 'hamil' tamparan bagi Shahrizat


Keputusan kerajaan Negeri Melaka untuk mewujudkan sekolah di Jasin bagi remaja yang hamil sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru.

Sekolah seperti itu sudah ada di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak tahun 70-an lagi.


Ketika itu di Rembau, Cheras, Sarawak dan Batu Gajah.

Dahulunya dikenali dengan nama Taman Seri Puteri. Kemasukannya menggunakan Akta Wanita dan Gadis 1973. Gadis di bawah usia 21 tahun diterima dengan perintah mahkamah dan wanita tanpa peringkat umur boleh diterima masuk asalkan di atas permohonanannya sendiri.

Entah berapa ribu remaja perempuan sudah masuk dan keluar dari institusi itu. Masuk seorang dan keluar berdua.

Kini Akta Kanak-Kanak 2001 digunakan bagi tujuan berkenaan tetapi golongan sasarnya sudah berbeza - gadis di bawah usia 18 tahun sahaja.

Pada hemat saya, berapa pun jumlah sekolah seperti ini diwujudkan, kes kehamilan tetap akan berlaku. Malah pertambahannya akan menjadi lebih dahsyat lagi.

Kenapa ?

Pengalaman selama lebih 20 tahun menunjukkan bahawa di dalam keadaan terdesak, pasangan bermati-matian mengaku akan berkahwin selepas mendapat anak. Beberapa minggu sahaja selepas insiden kendur, penceraian akan berlaku.

Silelaki akan mengatakan, "jika hang boleh tidur dengan aku, entah berapa jantan lain yang meniduri hang. Tidak pasti anak siapa ini".

Alasan penceraian yang cukup mudah.

Di Malaysia, pelaku persetubuhan secara sukarela tidak diambil tindakan. Ini adalah ibu segala jenayah maksiat.

Salah satu faktor kenapa jenayah hamil di luar pernikahan tidak habis-habis adalah kerananya.

Malah JKM pernah mengatakan bahawa ‘bakal’ pembuang bayi akan dibantu dengan kewangan jika bayi tersebut diserahkan kepada agensi tersebut. Apakah yang dimaksudkan ?


Pelaku persetubuhan samada yang lelaki atau yang perempuan bukanlah mangsa kecuali dilakukan secara paksa. Kes paksaan dikategorikan sebagai kes rogol. Mangsa rogol wajib diselamatkan, diberi perlindungan dan dikaunselingkan.

Jika kes suka sama suka seperti yang sedang berlaku sekarang dibiarkan dan disokong, maka tunggu dan lihatlah, beribu lagi kes-kes baru akan muncul.

“Pada tahun 2004 hingga 2006 catatan menunjukan 145 bayi iaitu 56 bayi lelaki dan 89 bayi perempuan diserahkan kepada JKM dalam keadaan yang masih hidup dan sihat.

Tetapi jumlah itu berbeza dengan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mencatatkan 176 kes bayi terbuang dalam tempoh sama, kerana jumlah bayi dicatatkan polis termasuk bayi dijumpai mati”

Ini tidak termasuk yang diserahkan melalui pintu belakang termasuk oleh kakitangan hospital atau pelegar awam yang sering menjadi orang tengah seperti yang berlaku di beberapa hospital baru-baru ini.

Bagi saya, biasanya yang di''kasihankan" adalah mangsa. Bukan yang secara sukarela.

Agensi kerajaan atau badan NGO wajib membantu menyelesaikan kemelut ini.

Saya tidak nafikan, adalah hak pemerintah memberikan perlindungan kepada gadis dan wanita sehingga lahirnya bayi.

Tetapi selepas itu, dakwa mereka berdua di atas kesalahan yang dilakukan.

Jika susah, bapa bayi perlu dicari melalui kaedah DNA. Kenapa gusar menggunakan teknologi ini ?

Kemudian dari itu, baru difikirkan soal berkahwin.

Sesiapa sahaja yang memberikan ruang tempat berlakunya perkara keji itu tidak sepatutnya terlepas dari hukuman.

Barat dan timur mempunyai nilai kemanusiaan yang berbeza. Seorang kawan yang pernah belajar di Amerika memberitahu bagaimana ia melihat persetubuhan dilakukan di bawah tangga bilik kuliah oleh pelajar di sana. Mampukah kita menerima slot ini di sini dengan alasan “masih ada yang sayang”.

Cadangan memberikan insentif oleh kerajaan negeri atau agensi bukan sahaja penggalak kepada seks luar nikah malah sudah kelihatan nilai-nilai keruntuhan peradaban dan tamadun bangsa.

Tidak cukup dengan sekolah persekutuan yang ada, gah juga Melaka mahu nama. Jika lebih baik dari sedia ada, berbaloilah.

Mungkin lepas Melaka menubuhkan sekolah hamil, seluruh dunia boleh tumpukan perhatian pada Malaysia.

Negara pengeluar bayi dunia dan negara pengeluar anak angkat terbesar di dunia.



Malaysia pengeluar terbesar bayi dunia

Tuesday, August 3, 2010

Saman ekor : Jaringan gol Mahfuz ditunggu


Rakyat Malaysia terutama sekali mangsa saman ekor mengharapkan Dato' Hj Mahfuz Omar Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) dapat menjaringkan gol ketika bertemu dengan pasukan Menteri Pengangkutan dan Menteri Dalam Negeri pada 5 Ogos ini.



Baca, jika rajin:

Saman ekor: PAS gesa batal senarai hitam kenderaan
Saman trafik : Rakyat didahulukan

Monday, August 2, 2010

Istihar harta dosa bagi Hisham banding minum arak

Hishamuddin Tun Hessein Menteri Dalam Negeri Malaysia yang dituduh kaki botol dan juga merupakan sepupu kepada Najib Bangsawan berkata bahawa cadangan untuk meminta semua menteri Malaysia mengistiharkan harta masing-masing adalah tidak sesuai dilaksanakan.


Sebelum ini, isu berkenaan sudah berkali-kali dibangkitkan oleh rakyat Malaysia.

Terkini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Datuk Seri Abu Kassim Mohammed membangkitkannya pula.

Abu Kassim bersetuju dengan cadangan bekas presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga supaya aset ahli-ahli politik terutama di kalangan anggota kabinet dan kehakiman didedahkan kepada umum untuk menunjukkan ketelusan.

Ianya seperti satu masalah besar bagi Hishamuddin. Agaknya perkara baik dan sifat integriti tidak perlu dimiliki oleh kabinet. Cuma rakyat Malaysia yang dikira 'bodoh' oleh Umno sahaja perlu meneriakkannya.

Bagi menteri-menteri penipu, ianya haram dilakukan.

Sebagai perompak, mereka hanya perlu melapor kepada ketua mereka sahaja iaitu Najib Bangsawan. Ini demokrasi ala Melayu Razak dan Melayu Hussein.

Jika rakyat tidak bangkit dan menterjah bangsawan-bangsawan ini, tunggu dan lihat Perdana Menteri Malaysia akan digilirkan sesama dinasti Hussein, Razak dan Mahathir.

Isi mereka yang makan. Kuah - rakyat bangang yang kena hirup. Samalah seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang - negeri kaya raya itu. Masyarakat awal Melayu dan Tamilnya kini kelihatan berjalan-jalan di Bukit Selambau.

Semua ini adalah angkara pemimpin Umno.

Mungkin istihar harta kepada rakyat merupakan dosa bagi Hishamuddin dan Umno berbanding minum arak - tidak ada apa-apa.